2018: Senarai Pemenang dan Hadiah SSP BSN ( Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional )

aliran tunai cashflow

Hadiah Yang ditawarkan BSN SSP bagi tahun 2018.

Bank Simpanan Nasional meningkatkan peruntukan jumlah hadiah bagi cabutan SSP daripada RM 17.7 juta kepada RM 20 juta bagi tahun 2018. Ramai yang memiliki Sijil Simpanan Premium di BSN ingin tahu apakah perubahan yang bakal berlaku.

Tiada lagi 12 jutawan setahun.

Perubahan paling besar ialah Jutawan BSN. Berbanding menghadiahkan sejuta ringgit setiap bulan kepada pendeposit, pada tahun 2018 hanya akan ada seorang sahaja pemenang cabutan istimewa yang akan membawa pulang RM 1 juta pada penghujung tahun 2018.

Tiada lagi hadiah kereta mewah.

Terkenal dengan kemenangan yang menawarkan kereta mewah daripada jenama BMW dan Mecedez setiap bulan kepada pemenang cabutan bulanan, bagi tahun 2018 hadiah kereta ditukarkan kepada kereta Perodua MyVi 1.3LX. Ramai yang mengerutkan dahi apabila jenama mewah ditukarkan kepada jenama tempatan.

Perbezaaannya ialah jumlah pemenang akan meningkat. Jika sebelum ini hanya seorang pemenang yang membawa balik sebuah kereta BMW atau Mercedes bagi setiap cabutan bulanan, pada tahun 2018 jumlah pemenang akan bertambah. Setiap bulan 5 orang pemenang bertuah dipilih melalui cabutan dan setiap daripada mereka akan membawa pulang sebuah kereta Perodua MyVi 1.3LX.

SSP BSN 2018 menghadiahkan Perodua MyVi 1.3LX
SSP BSN 2018 menghadiahkan Perodua MyVi 1.3LX

Langkah ini mungkin ialah satu respons kepada suara netizen yang ingin lebih ramai pemenang. Ada juga netizen yang menyatakan hadiah kereta mewah kurang sesuai kerana ada antara pemenang yang terpaksa menjual kereta yang dimenangi kerana lebih perlu kepada wang tunai.

Tidak semua pemenang mampu menanggung kos penyelengaraan, insurans dan cukai jalan bagi kereta – kereta mewah seperti BMW atau Mercedez. Apabila hadiah ditukar kepada Perodua Myvi, kemungkinan pemenang akan menyimpan kenderaan tersebut berbanding menjualnya adalah tinggi.

Cabutan Tempatan diperkenalkan semula.

Ketiadaan cabutan tempatan pada versi SSP BSN sebelum ini turut mendapat rungutan daripada sebahagian pendeposit. Dengan adanya cabutan tempatan bagi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional, jumlah mereka yang memenangi hadiah akan meningkat.

Hadiah yang disediakan adalah sama dengan hadiah cabutan di peringkat kebangsaan iaitu Perodua Myvi 1.3LX. Cabutan tempatan akan membuatkan penyimpan dari setiap negeri terpilih sebagai pemenang, berbanding cabutan biasa yang tidak mengambil kira faktor negeri pendeposit.

Hadiah cabutan SSP BSN kategori remaja ditambah.

Melalui versi-versi sebelum ini pihak BSN melihat pendeposit remaja sebagai satu segmen pelanggan yang baharu dan menggalakkan. Oleh itu, pada tahun 2018 pihak bank nampaknya meningkatkan jumlah dan nilai hadiah untuk kategori remaja.

Cabutan Khas kategori remaja pada tahun ini menawarkan hadiah bernilai RM25,000 bagi sepuluh pemenang remaja yang bertuah. Setakat ini iPhone tidak diumumkan sebagai hadiah yang bakal ditawarkan dalam kategori ini pada tahun 2018.

Senarai Pemenang BSN SSP 2018

#akan dikemaskini dari masa ke semasa.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge