21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah.

Ada orang kata, untuk membezakan orang kaya dan orang miskin, perhatikan tabiat menyimpan mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, saya tak ingin debatkan. Macam mana nak simpan duit dengan mudah?

Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dah cekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya.

Kemahiran bukan seperti bakat smeulajadi. Kemahiran menyimpan duit ini boleh dipelajari dan dilatih. Hasilnya bergantung kepada cara dan usaha individu. Disini saya kongsikan 21 tips untuk menabung dengan mudah.

#1 Berikan duit kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Bunyinya seolah-olah dialog Haji Bakhil. Cuba tanya mana-mana penasihat kewangan, mereka akan bersetuju; pay yourself first. Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut dan bakhil, tapi jika kita tidak mempunyai apa-apa, bagaimana kita mampu membantu sesiapa?

Pay yourself first. Titik peluh kita, kita yang rasa dahulu. Click To Tweet

Setiap kali menerima gaji, mendapat upah, dibayar oleh pelanggan, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah membayar diri kita sendiri. Biarlah bermula dengan sedikit, asalkan setiap bulan pastikan kita membayar diri sendiri. Kalau boleh catatkan bayaran ini. Lebih baik lagi asingkan di akaun lain.

Berapa akaun bank kita perlu ada? Kenapa kita perlua ada sekurang-kurangnya tiga akuan bank?

Tujuannya ialah supaya kita kenal perasaan gembira apabila mampu membayar diri sendiri dengan jumlah yang banyak. Begitu juga supaya kita sentiasa ingat kesedihan yang kita rasa kerana hanya mampu membayar diri sendiri sebanyak sepuluh sen, lebih sayu lagi hanya mampu sekadar lima sen.

Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang tercari-cari cara menyimpan duit gaji yang kecil. Bergaji kecil bermakna banyak perkara yang perlu dilangsaikan. Hutang, bil, keperluan diri dan keluarga, akhirnya tiada yang tinggal. Penyelesaiannya, bayarlah diri sendiri dahulu, selepas itu barulah bayar hutang, bil dan dibelanjakan.

Duit yang dibayar ini, diasingkan sehingga ingin bersara.

Baca: Gaji kecil, beli saham. Berbaloikah risiko itu?

#2 Tetapkan matlamat menyimpan, satu matlamat dalam satu masa.

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Inilah cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah. Saya katakan begitu kerana mempunyai sasaran untuk menyimpan adalah asas untuk menabung.

Bagi pelajar, sekolah atau universiti, kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap. Duit belanja atau biasiswa hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan yang amat asas sahaja.

Tapi, kita boleh lihat ada pelajar yang mampu membeli gadget atau barangan lain yang boleh dikatakan mahal. Bagaimana mereka mampu membeli benda itu?

Menyimpan tanpa matlamat, umpama memandu tanpa arah. Click To Tweet

Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai matlamat dan keinginan yang kuat. Dengan sasaran yang jelas, contohnya untuk memiliki iPhone, mereka akan mula ‘mengikat perut’ dan mempertimbangkan setiap sen yang dibelanjakan, semata-mata untuk mencapai hajat tadi.

Konsep inilah yang perlu kita bawa sehingga dewasa. Dalam alam pekerjaan dan berkeluarga terlampau banyak komitmen yang perlu kita penuhi. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan panjang, tetapi tidak terlampau banyak sasaran pada sesuatu masa.

Contohnya sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan duduk di rumah sewa dan baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga. Kesilapan paling besar dan kerap dilakukan ialah dengan berhutang untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah sekaligus.

Jika kita menggunakan cara menyimpan duit #2 ini kita akan memilih cara yang berbeza. Perkara pertama dibeli mungkin sekadar tilam dan dapur sahaja. Pada bulan berikutnya mungkin kita menetapkan mesin basuh sebagai matlamat simpanan. Simpan dan beli tunai. Apabila sudah tercapai, ubah pula matlamat tadi kepada peti sejuk, begitulah seterusnya sehingga semua dilengkapkan.

Kaedah ini akan mengajar kita membezakan mana satu yang penting dan perlu diutamakan. Kaedah ini mengajar kita perbezaan antara keperluan dan kemahuan.

Baca: Cara membuka akaun sspn-i secara online dari rumah.

#3 Tetapkan jangka masa tempoh menyimpan.

Antara cara menabung paling berkesan ialah dengan menetapkan tempoh masa tabungan. Kesinambungan dari contoh di atas, contohnya, ingin membeli peti ais dalam masa satu bulan. Maksudnya 30 hari. Apabila kita pecahkan begitu, kita akan lebih mudah mengenalpasti berapa ringgit sehari perlu dijimatkan dan disimpan.

Biasanya kita akan beli dahulu dan jimat kemudian. Itulah cara menyimpan yang salah.

Keputusan besar seperti berkahwin, membeli kereta, dan membeli rumah haruslah dilakukan dengan menggunakan menggunakan kaedah ini.

Tetapkan masa dan simpan duit dengan sasaran bulanan yang tetap. Elakkan zero downpayment kerana kita mungkin akan terjerat. Sekiranya kita mampu menabung untuk bayaran muka, maka kita tidak akan bermasalah untuk membuat bayaran bulanan.

Sekiranya setelah tabungan ‘duit muka‘ kita cukup, dan kita terjumpa pula tawaran zero downpayment, itu adalah satu bonus. Setidak-tidaknya kita akan mempunyai tabung kecemasan sekiranya nanti kita gagal untuk membayar ansuran bulanan.

Yang penting ialah kita mempunyai sasaran jangkamasa berapa lama untuk menyimpan. Sikap ‘nanti bila duit cukup’ tidak membantu. Hajat kita semakin akan semakin tertangguh. Jika kita mempunyai dateline sendiri, kita akan lebih bermotivasi untuk menabung.

Baca: Menabung guna unit trust untuk tempoh lima tahun. Boleh Tunggu Tak?

#4 Tetapkan jumlah sasaran duit untuk disimpan.

Apabila kita telah tetapkan tujuan dan jangka masa kita akan menyimpan, kita perlu tetapkan pula berapa banyak sasaran simpanan kita. Contohnya kita memerlukan RM 5000 dalam masa 6 bulan untuk membeli sebuah motosikal. Lihat bagaimana tips menyimpan duit #2 hinga #4 ini menjadi satu.

Hanya dengan menetapkan jumlah sahaja barulah kita akan nampak cara untuk menyimpan duit pendapatan kita agar sasaran kita tercapai. Jika kita hanga menagmbil pendirian tengoklah berapa banyak boleh simpan, kemungkinan besar kita akan gagal menabung.

Teknik menyimpan duit yang mudah
Cantik tak warnanya?

#5 Ketahui kemana wang kita dibelanjakan.

Cara yang paling selamat dan terperinci ialah mencatatkan setiap perbelanjaan, setiap hari. Jumlahkan perbelanjaan ini pada hujung bulan. Dengan itu, kita akan tahu jumlah sebenar dan untuk apa duit kita dibelanjakan. Petrol berapa, makan berapa, rokok berapa, berjalan jalan berapa, baju baharu berapa dan setersunya.

Apabila kita ada maklumat ini kita boleh mendapatkan cara menabung paling bekesan untuk diri sendiri. Apabila mahir, kita boleh ajarkan kepada ahli keluarga, agar semuanya tahu cara untuk menyimpan dengan bijak.

Cuba berikan kategori untuk setiap perbelanjaan. Contohnya apabila membeli beras, kita kategorikan sebagai keperluan rumah. Apabila pergi menonton wayang pula kita kategorikan sebagai hiburan. Jumlah duit yang telah dibelanjakan bagi setiap kategori akan memberitahu kita bagaimana wang kita dibelanjakan.

Sekiranya hiburan melebihi keperluan, kita seorang pembazir. Kategori yang paling penting ialah simpanan. Adakah kategori ini yang sentiasa kosong?

#6 Potong perbelanjaan yang tidak perlu.

Menarik Rezeki tanpa rasa tertekan.

Kali pertama ‘melihat’ kemana wang kita dibelanjakan, mungkin akan memberikan tekanan kepada kita. Pada masa inilah pelbagai soalan akan timbul.

“Kenapalah aku beli itu,”

“Kenapalah aku merokok,”

“Kenapalah tak boleh tunggu bulan hadapan,”

Ini perkara normal bagi manusia. Tugas kita disini ialah untuk memastikan kesilapan pada bulan semasa tidak berulang di bulan hadapan. Setiap kali hendak keluarkan duit, ingatlah kepada matlamat, jangka masa dan jumlah yang perlu disimpan.

Sekuat mana kita berkendakkan barang itu atau sekuat manakah kita hendak mencapai matlamat kewangan itu. Bagi yang mengumpul duit untuk berkahwin; secepat manakah anda ingin perkahwinan itu dilangsungkan?

Ingatkan diri sendiri setiap kali ingin berbelanja.

Jangan hidup ikut kemampuan. Hidup dibawah kemampuan, supaya kita sentiasa mampu. Click To Tweet

#7 Bina budget bulanan

Bajet ialah perancangan kewangan sendiri. Kenapa pembentangan bajet selalu menjadi perhatian sekitar bulan Oktober setiap tahun? Sebab disitulah kita akan tahu kemana duit akan dibelanjakan.

Begitu juga dengan diri sendiri. Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada bajet, kita akan rasa seolah olah-olah mampu membeli semua benda selagi mesin ATM mampu mengeluarkan duit. Bila baki tidak mencukupi, barulah kita pegang kepala.

Jika ada bajet, kita hanya perlu patuhi bajet, tiada dalam bajet, tidak dibeli. Lebih kuat displin dalam mematuhi bajet ini, akan lebih solidlah pengurusan kewangan peribadi kita.

#8 Berhenti membuat hutang yang baharu

Hutang ialah pembunuh kekayaan. Jangan mengganggap pinjaman peribadi ataupun personal loan sebagai jalan keluar. Ia bukanlah penyelesaian, malahan akan menjadi amsalah yang baharu.

Tanamkan nekad untuk tidak lagi mahu berhutang. Percaya suatu hari nanti kita akan berupaya membeli setiap yang dihajati secara tunai.

Hutang bukan masalah pekerja bergaji kecil sahaja. Mereka yang bergaji mencecah RM5000 sekalipun jika tidak mengawal hutang, hanya boleh membelanjakan RM500 sahaja sebulan. Gaji yang besar ditolah hutang kondominium, hutang BMW dan hutang kad kredit, akhirnya hanya tinggal RM500 sahaja.

Apabila sudah bertekad untuk tidak membuat hutang baharu, senaraikan hutang lama sedia ada untuk mengetahui jumlah sebenar dan separah manakah ‘penyakit’ kita.

Baca: Betul ke beli rumah lelong lagi mudah dan jimat?

#9 Berhenti menggunakan kad kredit.

Kad kredit ialah satu bentuk hutang ‘mudah lulus’ dengan bunga yang begitu tinggi. Walaupun kad kredit kita ialah kad kredit islamik dengan tiada unsur riba, ‘bunga’ tersebut sudah diubah kepada bayaran yang patuh syariah yang masih juga tinggi.

Apabila kita tidak lagi menggunakna kad kredit, kita secara automatik telah membantu kepada tips menyimpan duit #8 tadi, iaitu tidak membuat hutang baharu. Ingatlah, kad kredit ialah punca kebanyakan golongan muda di Malaysia disenarai hitamkan malah ada yang diistiharkan muflis.

Walaupun sekiranyanya digunakna dengan betul, kad kredit boleh digunakan sebagai alat kewangan yang bagus dan memudahkan, namun, bilangan individu yang tahu menggunakan kad kredit amat sedikit.

Kad kredit amat bahaya kerana ia seolah olah sebuah bank yang dengan mudah sahaja boleh meluluskan pinjaman anda. Mudahlah kita membuat hutang yang baharu.

Oleh itu, larang diri kita daripada menggunakna kad kredit. Sekiranya terguna, segeralah bayar sebelum bil dikeluarkan. Kita tidak perlu menuggu bil untuk membayar kad kredit.

Contohnya, kerana tiada tunai mencukupi, kita telah terguna kad kredit untuk mengisi petrol. Katakan jumlahnya RM 70. Terus lakukan pembayaran melalui online banking atau ATM pada hari yang sama. Dengan cara ini kita dapat memastikan kad kredit itu tidak akan menyebabkan hutang.

bEbas daripada hutang kad kredit
Bijak berbelanja, bijak membeli.

#10 Buat pemotongan gaji automatik.

Ramai yang berkata, apabila ada slip gaji, lebih mudah membuat pinjaman di bank berbanding bekerja sendiri. Itu bukanlah sudut yang kita patut lihat dari apadila kita mahu menyimpan. Slip gaji sebenarnya memberikan satu cara mudah untuk menyimpan wang secara automatik.

Tetapkan pemotongan secara bulanan sejak mula kita bekerja lagi. sekiranya belum, mulakan sekarang, dalam bulan ini juga. Potongan boleh dibuat ke akaun Tabung Haji, Amanah Saham ataupun akaun persendirian lain. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan sekiranya gaji kita dinaikkan.

Lupakan dan jangan guna wang dari pemotongan ini atas apa alasan sekalipun.

#11 Bekukan aset sendiri.

Cara yang paling terkenal ialah dengan membeli emas. Sama ada emas perhiasaan ataupun jongkong, terpulanglah kepada diri kita sendiri. Pembelian setiap bulan emas, mempunyai fungsi yang sama seperti pemotongan gaji automatik tadi.

Selain emas, kita juga boleh membekuakn wang simpanan kina di dalam fixed deposit ataupun simpanan berjangka. Ciri yang paling penting ialah memastikan duit yang disimpan itu sukar atau tidak boleh dikeluarkan. Inilah yang dikatakan kaedah menyimpan wang dengan cara membekukan aset sendiri.

Jarang dinar yang dibuat gred 999.
Jarang dinar yang dibuat gred 999.
Bar pertama aku, emas 999 seberat 10g
Jongkong emas 999 seberat 10g

#12 Beli barangan terpakai.

Mungkin ada yang berkata, kalau ada duit, bolehlah menyimpan, tapi kalau tiada langsung, macam mana? Bagi mereka yang sehari sebelum gaji terpaksa minum air kosong sahaja contohnya.

Jika kita dalam keadaan itu, kita perlu ‘adakan’ juga duit. Apabila gaji masuk bertekadlah; Aku mungkin tiada apa untuk disimpan bulan lepas, tapi bulan ini aku mahu menyimpan. Langkah pertama untuk menyimpan ialah berjimat. Cara yang paling penting.

Cara menjimatkan duti dengan membeli kereta terpakai.

Di antaranya ialah dengan membeli barang terpakai. Dengan syarat, barang tersebut masih elok dan tidak mendatangkan masalah kepada kita. Contoh yang jelas ialah antara dua sahabat yang baru mula bekerja, seorang membeli kereta terpakai buatan tempatan, dan seorang lagi memberi kereta baharu berjenama import.

Dalam masa tiga tahun, yang membeli kereta baharu mula merasai beban dan keretanya pula mula kerap memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan. Sahabat yang membeli kereta terpakai tadi, kini boleh pula menjual kereta terpakainya untuk membeli kereta terpakai lebih elok.

Tujuh tahun kemudian, dia menjual kembali kereta terpakainya itu, untuk dijadikan pula duit muka untuk membeli kereta yang lebih baik, juga terpakai. Mungkin ketika hendak bersara barulah dia menjualnya pula untuk dijadikan down payment kereta yang baharu, yang betul-betul baharu.

Telefon bimbit klasik - Sony Ericsson model T28s
Telefon bimbit klasik – Sony Ericsson model T28s
Cara menjimatkan duit bagi pasangan yang menanti kelahiran anak.

Menanti kelahiran anak amat menyeronokkan dan juga memerlukan belanja yang besar. Dalam pelbagai barang yang perlu dibeli, ada yang boleh dibeli dari kategori barang terpakai.

Internet telah memudahkan kita mecari barangan terpakai untuk dijual. Di Mudah, Lelong, Facebook malahan instagram, pelbagai pilihan ada. Cotohnya kereta sorong, katil bayi, walker dan sebagainya.

sekiranya masih elok, tiada masalah untuk kita membeli dan menggunakan barang terpakai keran itu cara yang mudah untuk kita menyimpan duit tanpa mengeluarkan duit.

#13 Hidup di bawah kemampuan.

Perbualan antara dua orang sahabat ini boleh kita jadikan tauladan intuk memahami bagaimana hidup di bawah kemampuan menjadi satu cara menyimpan wang dengan mudah;

Ali : Kenapa kau beli kereta ni?

Abu : Ini je aku mampu bro.

Ali : Patutnya engkau beli kereta kancil second hand je.

Bukan niat Ali untuk mencari gaduh dengan Abu. Tapi, ada kebenaran dalam kata-kata Ali. Abu memang mampu membeli kereta yang sekarangnya dia miliki. Tapi, jika dia mempunyai pilihan, dia sepatutnya membeli kereta yang di bawah kemampunanya.

Ramai orang kata, jangan lebih kuah dari senduk, hidup ikut kemampuan. Sebab itu jugalah ramai orang gagal menyimpan. Hidup melebihi kemampuan akan menjerut leher sendiri. Hidup mengikut kemampuan juga sebenarnya begitu. Jadi, yang terbaik ialah hidup di bawah kemampuan.

Jika mampu membeli kereta dengan bayaran bulanan RM1000, cari kereta yang 40% lebih murah dengan ansuran bulanan RM 600. RM400 yang baki itu jangan dibelanjakan ke arah lain. Tabung dan simpan. Belanjakan untuk kereta sahaja, dari segi servis, insurans dan cukai jalannya.

Jika masih ada lebih, simpan lagi, untuk membuat full settlement atau menokok bayaran muka ketika menukarkan kereta tersebut kepada kereta baharu.

Dengan cara ini, kita tidak akan terasa terbeban dan selalu over budget melayan kereta kita itu.

#14 Selesaikan hutang untuk perolehi pendapatan lebih besar.

Jika kita bekerja makan gaji, ada beberapa cara untuk membuatkan gaji kita bertambah. Kenaikan pangkat, kenaikan gaji tahunan, atau kenaikan tangga gaji. Tapi, ketiga-tiga cara itu adalah terpulang kepada budi bicara majikan.

Untuk berusaha ‘menaikkan’ gaji sendiri kita perlu mengurangkan jumlah yang dipotong daripada gaji itu. Pemotongan ini biasanya ialah hutang. Hanya pemotongan gaji yang diarahkan oleh kita sendiri untuk tujuan simpanan dan kwsp sahaja yang baik. pemotongan yang lain hanya akan mengurangkan jumlah gaji bersih yang kita terima.

Lebih banyak hutang yang boleh selesai, lebih besarlah gaji bersih yang kita akan terima. Jumlah ini lebih bermakna daripada memiliki gaji yang besar tetapai habis dipotong sahaja.

Pernahkah anda mendengar kaedah snowballing effect untuk melangsaikan hutang? Baca di SINI.

Melangsaikan hutang lebih awal menggunakan kaedah snowballing effect 4
Kaedah snowballing effect.

#15 Bermula awal

Pesanan yang selalu lambat kita dengar. Kalau dengar awal pun lambat kita sedar. Kalau sedar awal pun, lambat kita ambil tindakan. Dalam hal menyimpan wang atau menabung duit, sesiapa yang bermula lebih awal akan mendapat pulangan yang lebih besar.

Seseorang yang mula menyimpan secara konsisten sejak bermula kerja akan membunyai tabungan yang lebih besar. Ditambah pula dengan compounding effect yang diperolehinya.

Walaubagaimanapun tidka bermakna untuk kita menabung itu sudah terlewat. Kita masih boleh bermula dan menyaingi mereka yang bermula awal. Syaratnya simpanan kita perlu lebih besar dan kerap untuk mengejar mereka yang telah lama menyimpan.

#16 Jangan simpan di tempat yang mempunyai pulangan tinggi.

Pelik bunyinya. Sepatutnya kita perlu menyimpan di tempat yang mempunyai dividen atau pulangan yang tinggi, untuk membuatkan duit kita bekerja dan menggandakan dirinya. Benar.

Secara mudahnya, compounding effect ini ilah keadaan di mana pulangan dari satu pelaburan dilaburkan semula untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar. Contohnya sekiranya kita mempunya simanan di amanah saham yang memberikan pulangan 6% setahun. Simpanan kita pula ialah RM1000 setahun.

Tahun pertama: Simpanan + Dividen = RM 1060.00 (RM 1000 + 6%*1000)

Tahun kedua: Simpanan + Dividen = RM 2183.60 (RM 1060 + RM 1000 + 6%*2060)

Begitulah seterusnya.

Larangan menyimpan di tempat yang mempunyai ‘pulangan’ tinggi ini merujuk kepada skim pelaburan yang berunsurkan penipuan. Sebagai panduan, anda perlu berhati-hati apabila pulangan yang dijanjikan ialah 10% dan kea atas. Biasanya ada udang di sebalik batu.

#17 Simpan ikut nilai matawang.

Cara menyimpan duit yang ke-17 ini merupakan cara unik yang diamalkan oleh ramai orang. Contohnya mudah, setiap kali dapat duit kertas satu ringgit, ianya tidak akan dibelanjakan. Duit itu akan disimpan dan pada akhir bulan atau akhir tahun, duit itu akan di masukkan ke dalam bank.

Keseronokan menyimpan dengan cara ini ialah apabila kita melihat berikat-ikat duit kertas yang disimpan tadi. Visual ini akan memberi kita semangat untuk menyimpan lagi. Simpanlah di tempat yang mudah dilihat untuk memberi semangat. Disamp[ing itu juga, kita perlua ada semangat yang kuat untuk tidak menggunakan simpanan ini.

Berbeza dengan kaedah lain di atas, cara menyimpan duit sebegini tidak emmerlukan tempoh masa dan sasaran. Oleh itu ia sebenarnya lebih sesuai dikategorikan sebagai satu tabiat berbanding satu kaedah.

Penerangan lanjut kaedah ini boleh di baca dalam artikel ini: Teknik membina tabung kecemasan

#18 Jangan guna duit ‘durian runtuh’.

‘Durian runtuh’ ialah istilah yang digunakan bagi duit yang diperoleh secara tidah disangka-sangka. Mungkin dari duit bonus, bayaran hutang lapuk, menang peraduan ataupun menjadi jutawan melalui SSP BSN.

Apabila dapat duit sebegini kita seharusnya tidak menggunakan duit itu. Duit ini hanya boleh digunakna dengan cara berikut sahaja;

  1. Bekukan menggunakan cara menyimpan duit #11.
  2. Melangsaikan hutang seperti kaedah menyimpan duit #14.

Kita perlu berhati-hati kerana apabila sampainya ‘durian runtuh’ ini biasanya akan muncul pula ‘keperluan-keperluan lain yang muncul.

Belajar untuk berkata tidak dalam hal perbelanjaan, terutamanya untuk diri sendiri. Apabila kita berjaya menidakkan keinginan diri sendiri, menyimpan duit akan menjadi lebih mudah.

#19 Senaraikan barang yang ingin dibeli.

Kita biasa dengar istilah shopping list. Sebenarnya konsep itu boleh dikembangkan dalam seluruh kehidupan kewangan kita. Mungkin dahulu list ini di atas kertas, jadi sukar untuk dibawa ke mana-mana. Sekarang sudah banyak aplikasi telefon pintar yang menggantikan senarai itu.

Senarai ini hendaklah dibuat sebaik-baiknya ketika kita tidak berduit, ketika gaji belum diterima. Ini bagi membolehkan kita menyenaraikan barangan yang betul-betul perlu sahaja dan bukannya barangan yang teringin. Tetapkan diri pada senarai ini dan elakkan dari membeli barang yang tiada dalam senarai.

Sekiranya terpaksa atau kecemasan berlaku, gunakan peruntukan dari bajet kecemasan dalam bajet bulanan yang kita bina dengan cara menyimpan duit #7. Jika tidak, masukkan sahaja ke dalam senarai bulan berikutnya. Kemungkinan besar kita merasakan pada masa itu, keinginannya sudah berkurang.

#20 Jual barangan yang tidak diperlukan.

Kadang kala kita tergelincir dan akan membut pembelian barangan yang tidak diperlukan. Biasanya pakaian cantik berjenama ataupun pembelian yang berdasarkan hobi. Sekiranya kita kesempitan wang, juallah barangan sebegini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hutang.

Tidak bermakna setiap yang kita boleh jual itu ialah barang yang kita beli atas kesilapan dan keiginan semata-mata. Ada barang yang mungkin semas kita beli ia diperlukan, tetapi sekarang tidak lagi menjadi keperluan.

Contohnya apabila anak kecik kita telah membesar, kita boleh menjual semuala kereta sorong, walker atau buaian dengan harga yang murah.

Begitu juga alat ganti kereta atau motosikal. Apabila kita telah menjual kenderaan tersebut dan membeli pula kenderaan yang lain, mana-mana alat ganti yang tidak bersesuaian bolehlah di jual dengan harga yang murah.

Kadang kala, kita suka mengumpul. Mungkin syiling, pisau, pen atau sebagainya. Mana mana koleksi yang dirasakan sudah tidak dikehendakai atau kita mempunyai lebih dari satu koleksi barangan yang sama bolehla dijual.

Sekiranya tidak dijual, bolehlah ditukarkan pula dengan item lain dengan pengumpul yang lain unutk menggelakkan kita mengeluarkan duit membeli barang yang ingin kita kumpul (swap).

#21 Dapatkan sokongan moral.

Dalam berjimat dan menyimpan duit, kita memerlukan sokongan moral. Kalau isteri, perlulah disokong dna digahami suami, begitu jugalah sebaliknya.

Sokongan ini perlu ketika kita merasa berputus asa dalam menyimpan duit. Apabila tidak lagi bermotivasi untuk menabung wang, kita perlu dorongan dan kata-kata semangat dari orang sekeliling terutamanya orang yang kita sayang.

21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah.

Kesemua cara di atas amatlah bagus jika dapat dilaksanakan. Buat permulaan, tidak salah kita hanya mencuba sebahagian sahaja. Bermula dengan cara menyimpan duit yang kita rasa mudah selesa dan realistik untuk dilakukan. Lama-kelamaan, kembangkan cara tersebut dan cuba kuasai semuanya satu persatu.

Jika anda merasakan panduan ini berguna, kongsilah dengan rakan dan orang tersayang.

Jika anda ada cara yang tidak dinyatakan di atas, sudikanlah diri untuk berkongsi di ruang komen.

SELAMAT MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN

Ada penyakit ini?:

  1. DENGKI
  2. SAKIT HATI DENGAN ORANG
  3. CEMBURU
  4. MURUNG
  5. SEDIH
  6. MASALAH KOMUNIKASI
  7. LALAI
  8. LUPA
  9. TAK CUKUP DUIT
  10. MERASA DIRI HEBAT
  11. RIAK
  12. BERCELARU
  13. TIDAK TENANG TIDUR
  14. SUKA FIKIR MASALAH
  15. TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
  16. SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN

BACA: RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI.

Ingin simpan artikel ini di dalam iPad / tablet / smartphone anda?

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

3 thoughts on “21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah.

  1. Saya suka dengan tip jangan buat hutang baru tu 🙂 Ramai yang berlumba-lumba untuk bayar hutang dan buat simpanan, tapi selalu lupa untuk tak buat hutang yang baru 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge