4 langkah kilang OEM membantu pengusaha menghasilkan produk jenama sendiri.

Kilang OEM yang bagus menyediakan khidmat yang menyeluruh

Meghasilkan Produk Jenama Sendiri: Peranan kilang OEM.

Kebanyakan mereka yang terfikir untuk membuat produk jenama sendiri pada peringkat awal akan risau tentang duit. Melahirkan produk dengan nama sendiri bukan pekara kecil. Ramai yang mencuba, tapi hanya sebahagian kecil yang berjaya menjadi jutawan. Sebahagian kecil yang lain gagal di peringkat pengeluaran. Selebihnya berjaya, tetapi gagal dipasarkan.

Berapa modal menghasilkan produk jenama sendiri?

Bagaimana mengahsilkan produk jenama sendiri?

Dua soalan di atas mempunyai perbezaan yang nyata. Yang pertama risau tentang kos, yang kedua risau tentang cara. Kedua-duanya betul. Menghasilkan produk sendiri seumpama melabur. Perlukan ilmu, perlukan teknik, ada risiko kerugian, dan ada kemungkinan untung berlipat kali ganda.

Ilmu pengetahuan, senjata dan perisai alam perniagaan.

Mungkin kenyataan di atas terlampau dramatik. Tetapi, bagi sesiapa yang telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan, pasti setuju jika diberitahu dalam alam perniagaan sentiasa ada orang yang mahu mengambil kesempatan. Dunia makan kawan, dunia putar belit. Namun tidak adil jika jika kita labelkan semua peniaga begitu.

Ada peniaga ataupun owner product yang jujur. Jujur tidaklah sampai menawarkan produk yang amat murah atau percuma kepada pengguna, tetapi berniaga dalam erti kata membuat keuntungan tanpa menindas sesiapa.

Cuba kita lihat masalah yang sering dialami oleh pengusaha produk jenama sendiri:

  1. Ditipu pembekal, duit sudah bayar barang tidak sampai.
  2. Kilang tidak membuat produk mengikut spesifikasi.
  3. Lambakan stok kerana tiada stokis berminat.
  4. Produk tidak mendapat kelulusan KKM.
  5. Produk ditiru.
  6. Ditipu rakan niaga.
  7. Disaman pengguna.

Kesemua itu menakutkan. Hanya mereka yang berani sahaja boleh berjaya dalam usaha melahirkan produk sendiri melalui pengilangan tempatan. Jadi, sebagai persediaan, ilmu pengetahuan itu penting untuk mereka yang pertama kali ingin menghasilkan dan memasarkan produk jenama sendiri.

Belajar dari buku, belajar dari mentor, dan selepas itu belajar dari pengalaman. Itulah urutan paling selamat setakat ini. Ada orang yang terus mengeluarkan modal kepada kilang, tetapi hasilnya mengecewakan. Mereka ini akhirnya berjaya selepas gagal. Pengalaman mereka mahal. Jadikan mereka mentor.

Sekiranya mereka ada blog atau facebook, ikuti mereka. sekiranya mereka menerbitkan buku belilah buku itu. Sekiranya mereka ada mengadakan kelas atau seminar, sertainya. Kerana itu lebih murah berbanding melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

Apakah maksud Kilang OEM?

Original Equipment Manufacturer itu ialah nama penuh bagi OEM. Maksudnya ialah sesebuah kilang yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan sesuatu produk pada spesifikasi tertentu. Produk ini tidak dicap ataupun tiada jenama. Owner produk yang menentukan jena, cara ia dibungkus dan sebagainya berkaitan luaran produk tersebut.

Kilang OEM tidak terhad kepada penghasilan produk kecantikan atau produk kosmetik sahaja. Secara luasnya produk OEM boleh meliputi apa jua barangan yang boleh dijenamakan semula. Ini termasuklah produk makanan, minyak wangi, produk kesihatan, ubat-ubatan sehinggalah alat ganti kenderaan.

Kilang OEM yang bagus menyediakan khidmat yang menyeluruh
Kilang OEM yang bagus menyediakan khidmat yang menyeluruh

#1: Kilang OEM akan membantu anda menentukan kandungan dan resepi produk jenama sendiri yang anda inginkan.

Kilang OEM yang bagus akan menawarkan perkhidmatan bermula dari peringkat penentuan isi kandungan produk. Kebiasaannya pihak pengilang sudi berbincang dan mencadangkan igredients yang sesuai dengan pasaran semasa. Jika pada suatau masa dahulu habbatussauda  menjadi popular, pada masa yang lain ektrak buah delima mendapat perhatian pelanggan. Trend ini akan dibincangkan bersama bakal owner produk.

Idea dari kedua belah pihak boleh mennghasilkan produk yang bermutu. Pihak pengilang dapat memastikan produk yang ingin dikilangkan menepati standard yang amat dijaga bagi memastikan status pengilangan mereka. Pihak pembuat pula boleh mengetengahkan idea yang menepati citarasa mereka, kebiasaanya dari segi bau, rupa bentuk dan warna produk.

#2: Kilang OEM mempunyai BioTech Engineer, Formulator & Pakar Herba yang diiktiraf.

Kebiasaanya kilang mempunya beberapa formula ‘umum’ yang akan digunakan sebagai asas penghasilan produk. Sebagai contoh kita ambil perbincangan untuk menghasilkan minyak rambut. Daripada resepi asal ini owner produk boleh mengutarakan hasrat untuk memasukkan elemen tertentu.

Sebagai contoh owner produk mahukan pati daun sireh dimasukkan, tetapi mahukan minyak tersebut mempunyai wangian daun pandan. Pihak kilang akan menggunakan kepakarannya mengubahsuai formula produk itu untuk menepati kehendak owner product. Produk contoh akan dihasilkan. Sekiranya pelanggan bersetuju, barulah produk tersebut akan dikilangkan.

3# Kilang OEM yang bagus membantu pelanggan sepenuhnya sehingga produk sedia untuk dijual.

Kos untuk menghasilkan produk sendiri amat jauh berbeza dari satu kilang berbanding kilang yang lain. Perbezaan ini disebabkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kilang tersebut. Mungkin ada kilang yang lebih murah, tetapi memerlukan pelanggan mencari sendiri pembekal bahan mentah.

Kilang yang bagus biasanya akna memberikan perkhidmatan penuh, bermula daripada mencari pembekal bahan mentah, membeli botol dan pembungkusan sehingga mendaftarkan produk tersebut dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hanya kilang yang mempunyai status GMP sahaja boleh membantu penlanggan dengan pendaftaran di KKM.

GMP bermaksud Good Manufacturing Practice (GMP) atau Amalan Pengilangan Yang Baik.Pensijilan ini ialah satu pengiktirafan yang diberikan kepada industri yang mencapai piawai pengeluaran yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatanyang ditetapkan.

AMat berisiko jika beban mendapatkan kelulusan KKM ini diletakkan kepada owner product. Sekiranya gagal, pemilik produk akan terpaksa menanggung lambakan stok yang tidak boleh dijual. Jika pensijilan KKM ini dibantu oleh pengilang, pengilang boleh menghasilkan test batch dan melakukan pengeluaran berskala besar setelah kelulusan diperoleh.

4# Ada kilang OEM yang menawarkan pakej bantuan dari segi pemasaran.

Walaupun produk yang dihasilkan hebat, tanpa pemasaran, produk ini tidak akan dapat perhatian pengguna. Pemasaran, pengiklanan dan bagaimana produk itu akan dijual sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada product owner. Jika strategi mereka berjaya, jualan mereka akan meningkat dan membawa punlangan yang lumayan.

Ramai pemilik produk yang gagal di peringkat ini dan menyebabkan produk mereka tidak berjaya dijual.

Sebagai kilang yang proaktif, mereka akan membantu dari segi pemasaran. Tujuannya ialah untuk membolehkan produk tersebut habis dijual dan owner product akan menambah pesanan di kilang mereka. Ini yang dikatakan sebagai win-winsituation.

Walau bagaimanapun, kejayaan sesebuah produk untuk menjadi meletop dengan cepat, tetap bergantung kepada usaha promosi owner produk tersebut.

Pilihan yang tepat, keuntungan berlipat.

Dalam menghasilkan produk, modal perlu dikeluarkan dalam semua peringkat. Di peringkat permulaan (research and development R&D), di peringkat pengilangan sehinggalah di peringkat pemasaran. Dari segi pecahan ini, peringkat pengilanganlah yang memerlukan modal paling besar.

Oleh itu, kepada yang berminat untuk menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri dinasihatkan melengkapkan diri dengan sedikit sebanyak ilmu dalam selok belok menghasilkan produk sendiri.

DAPATKAN: Senarai Kilang OEM berdaftar di Malaysia.

Senarai Kilang OEM berdaftar di Malaysia
Senarai Kilang OEM berdaftar di Malaysia

BACA: Panduan menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

6 thoughts on “4 langkah kilang OEM membantu pengusaha menghasilkan produk jenama sendiri.

  1. Meeka yang nak jadi pemilik produk pun kena ada pengalaman mengendalikan bisnes dari asas, barulah tahu macam mana nak buat pemasaran, uruskan sistem ejen dan tingkatkan sales syarikat. Kalau tidak boleh bungkus Ooooo.

  2. Saya ada kawan yang ada kilang OEM ni. Dia maklumkan pernah dapat order yang dia baru tahu selepas tu yang rupanya produk tiruan. Dia dah tak terima order seterusnya bila dah kantoi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge