4 Perkara Utama Yang Wajib Dielakkan Apabila Menggunakan Fanpage Sebagai Platform Pemasaran.

Elakkan daripada mendedahkan maklumat sulit penlanggan.

Fanpage Facebook : Lubuk duit atau Kubang Kerbau?

Tidak kisah apa barang yang kita jual secara online. Produk digital, produk fizikal, servis freelancer, perkhidmatan b2b (business to business), atau apa sahaja yang boleh dijual, kita memerlukan platform online. Setiap platform ada kelemahan dan kelebihan masing masing. Ada yang berjaya hanya dengan menggunakan whatsapp, ada yang cemerlang cukup dengan menggunakan igshop sahaja, dan majoriti yang lain, menjadikan facebook sebagai lubuk duit mereka.

Cara paling mudah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan ialah dengan membina fanpage.

Kerana ia terlampau mudah jugalah, ramai yang secara tidak sengaja melakukan kesilapan-kesilapan kecil dan remeh yang merugikan fanpage kita sendiri.

Mari kita kaji apa kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik fanpage.

1. Maklumat produk atau perkhidmatan yang tidak lengkap.

Pengguna facebook tiba ke fanpage kita kerana dia mahukan sesuatu. Dia belum mahu membeli lagi, tetapi dia mahukan maklumat sebelum dia membuat pembelian. Sebagai admin yang bagus, tugas kita ialah melengkapkan segala maklumat yang diperlukan di fanpage kita, supaya pembaca tidak perlu tertanya – tanya.

Persoalannya dimanakah hendak diletakkan maklumat – maklumat ini?

Gunakan gambar cover fanpage  sebagai papan iklan.

Sekiranya kita mempunyai gambar seekor kucing yang amat comel, dan gambarnya ditangkap oleh adik sepupu kita yang amat berbakat dengan kamera DSLRnya yang paling canggih, gambar kucing itu tidak sesuai dijadikan sebagai cover fanpage kita. Tidak kira berapa comel kucing itu dan berapa mahal DSLR itu.

Kecuali fanpage kita ialah fanpage kedai haiwan peliharaan.

Menurut facebook, gambar ini dipaparkan dengan saiz 820 pixels lebar dan 312 pixels tinggi (820×312) di skrin komputer manakala dipaparkan dengan saiz 640 pixels lebar dan 360 pixels tinggi (640×360) di telefon pintar. Saiz paling minima yang diterima ialah 399 pixels lebar dan 150 pixels tinggi (399×150).

Tetapi.. kalau nak gambar paling laju semasa upload, gunakan gambar berukuran 851 pixels lebar dan 315 pixels tinggi dengan saiz kurang daripada 100 kilobait. Dimana saya dapatkan maklumat ini?

Macam mana nak boost post di FB?
Contoh cover page yang memuatkan maklumat perkhidmatan.

 

Apakah maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam cover fanpage ini? Antara maklumat yang biasa diletakkan ialah:

  1. Rupabentuk produk
  2. Jenama atau Nama Syarikat
  3. Nombor yang boleh dibuhungi
  4. Alamat (jika perlu).

Dengan gambar yang memuatkan maklumat ini, sekali pandang sahaja, pengunjung sudah boleh mengetahui hampir 100% yang perlu diketahui.. kecuali harga. Kenapa harga kita tidak paparkan di sini?

2. Kurang aktif post di fanpage.

Post di facebook tidak perlu panjang seperti menulis karangan SPM atau entri blog. Lebih panjang sedikit dari twitter tapi pendek sedikit daripada surat tunjuk sebab kepada cikgu displin. Pendek kata, post di facebook pendek – pendek belaka.

Masalahnya, apa yang kita nak post?

Bayangkan ini fanpage yang baru kita bina dan belum ada liker, mahupun haters. Setelah memilih nama fanpage, kita pun memuat naik cover picture yang kemas dengan segala maklumat yang dicadangkan di atas. Sekarang, apa kita perlu buat?

Dapatkan fan, followers, peminat, kaki like yang kebanyakkannya terdiri daripada sanak saudara dan sahabat handai kita yang merupakan friends kita di facebook. Betul?

Sabar dulu Kak Long, fanpage kita belum ada post. Buat post dahulu.

Masalahnya, apa yang kita nak post? (Soalan yang sama lagi).

Simpan dahulu kelebihan produk dan servis kita. Mulakan post dengan pengenalan. Lokasi perniagaan, siapa anda, apa yang anda jual. Kalau boleh satu post hanya menjawab satu soalan. Dengan menggunakan teknik soalan 5W1H kita telah ada enam post yang baru. Itu belum termasuk kelebihan produk kita.

Jikalau produk atau servis kita ada 12 kelebihan, maka sekurang-kurangnya kita ada 12 post, tambah satu lagi post yang menceritakan kesemua kelebihan itu sekaligus.

Ok, post dah banyak, tapi janganlah post semuanya serentak.

Apa yang perlu kita post di fanpage?
Apa yang perlu kita post di fanpage?

Gunakan teknik delayed post.

Kita boleh menulis 100 post sehari jika mampu, asalkan tidak semuanya dipostkan pada hari itu juga. Gunakna fungsi scheduling untuk memastikan post-post tersebut keluar pada masa bakal-bakal pelanggan kita bersedia membacanya. Post yang banyak itu juga boleh bertahan berhari-hari sebelum kita perlu membuat post yang baharu.

Dengan cara ini kita tidak perlu menghadap fanpage itu setiap jam.

Masalahnya, bilakah masa yang sesuai untuk post itu diterbitkan?

Ada tiga situasi yang dianggap sebagai prime time oleh kebanyakan orang yang menggunakan facebook sebagai media pemasaran:

  1. Awal pagi semasa pembeli mula-mula menghidupkan komputer atau mula-mula mencapai telefon pintar (selain untuk matikan alarm).
  2. Semaktu rehat tengah hari, sama ada sebelum makan atau selepas makan.
  3. Setelah pulang kerumah apabila habis kerja.

Jika anda seperti saya, bangun pukul 10 pagi, makan tengah hari dekat-dekat pukul empat dan balik kerumah semasa pontianak mula punch card, jangan bersedih. Kita hanya minoriti. Rakyat Malaysia yang lain sebenarnya mempunyai kitaran hidup berjadual yang terkawal dan on time.

Untungnya, facebook tahu pukul berapa penggunanya aktif. Nak tahu tak pukul berapa?

3. Tidak upload post tentang aktiviti perniagaan.

Ada buat event pembukaan? Bagus, postkan di fanpage kita. Sebelum nak hantar shipment ke pejabat pos, tangkap dahulu gambar bungkusan-bungkusan pos laju itu dan upload ke fanpage kita. Ada buat cabutan bertuah, giveaway atau contest? Masukkan semuanya dalam post kita. Biar nampak meriah dan akan lebih meyakinkan pelanggan untuk berurusan.

Dalam memuatnaik gambar di facebook, privasi pelanggan haruslah menjadi keutamaan. Jangan dedahkan maklumat pelanggan secara sengaja atau tidak. Boleh buat gaduh tu. Mungkin niat kita baik sekadar nak menunjukkan kita jujur dan cepat post barang, tapi cuba bayangkan kalau nama, alamat dan nombor telefon pelanggan terdedah kepada umum.

Katakanlah kita menjual krim penegang payu dara, apakah perasaan akak yang membeli tu apabila tengok nama, alamat dan nombor telefon dia jelas terpampang dalam post di fanpage kita? Sentap juga beliau. Kalau nak beri tracking numbur sekalipun, PM. Maklumat pelanggan tidak boleh didedahkan kepada umum.

Elakkan daripada mendedahkan maklumat sulit penlanggan.
Elakkan daripada mendedahkan maklumat sulit penlanggan.

Begitu juga testimoni. Dapatkan dahulu persutujuan dan feedback positif pelanggan sebelum dimuat naik ke fanpage kita. Jika tiada persetujuan, muat naik secara umum sahaja. Contohnya:

“Terima kasih rider dari Kulim, harap helmet sampai dengan selamat. Happy Riding”, contohnya kalau kita ada fanpage menjual helmet di facebook. Untung -untung apabila dia terbaca dia akan komen balik dan beri feedback positif.

4. Tidak mengendahkan pertanyaan pembaca.

Menjawab komen kadang kala meletihkan. Asyik – asyik soalan yang sama. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan template untuk mejawab soalan – soaalan yang selalu ditanya dan jawab melalaui PM. Jika kita menjawab di ruang komen, kemungkinan besar jawapan itu akan tenggelam apabila komen mula bertambah.

Cara terbaik ialah menjawap dengan menggunakan post. Jika ada orang memerlukan penerangan yang sama, dia boleh baca di post. Mention juga penyoal asal agar soalannya terjawab. Soalan itu timbul munkin kerana ada kekeliruan, atau perkara yang kita belum terangkan di mana, mana post.

Contohnya jika kita menjual produk kesihatan, sama ada pil, krim ataupun suplement lain. Ada pelanggan yang bertanya tentang status kelulusan KKM terhadap produk yang kita pasarkan, inilah peluangnya untuk memuat naik sijil-sijil kelulusan berkaitan dan nombor – nombor kelulusan KKM bagi peroduk itu.

Walaupun biasanya kita hanya memasarkan produk yang dikilangkan oleh orang lain, sebagai peniaga, keselamatan pengguna turut menjdai tanggujawab penjual.

Sekiranya kita ragu, dapatkan penerangan daripada stokis atau owner produk itu sendiri. Selidik sama ada produknya menggunakan bahan berbahaya atau tidak, contohnya merkuri, gelatin haiwan atau alkohol.

 

5. Apa yang perlu dilakukan setelah mempunyai fanpage.

Fanpage pada mulanya akan berkembang secara oraganik. Bermakna, mereka yang like page kita terdiri daripada senarai kawan-kawan kita di facebook dan ahli keluarga mereka (mungkin). Biarkan keadaan ini beberapa ketika, sebelum kita mencari like dengan agressif dan melaburkan duit untuk pengiklanna di facebook.

Ingat post -post kita tadi? Itulah ‘peluru’ kita untuk promosi iklan di facebook, yang jika kena caranay, kita tak perlu terbitkan post baharupun. Cukup sekadar recycle apa post yang ada dan boost di facebook.

Jika entri ini dibaca dengan teliti, ada beberapa persoalan yang sengaja dibiarkan tanpa jawapan. Kerana, entri kali iini hanyalha bertujuan sebagai artikel pengenalan tengtang kuasa fanpage dalam pemasaran di facebook. Jawapan bagi soalan – soalan itu ada di langkat seterusnya, iaitu bagaimana kita menggunakna boost post untuk mendapatkan bakal pembeli dengan harga pengiklanan yang minima.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “4 Perkara Utama Yang Wajib Dielakkan Apabila Menggunakan Fanpage Sebagai Platform Pemasaran.

  1. jarang sangat dah ni update fanpage..lepas ni kena konsisten sikit update, mana tau ada rezeki dapat customer dari fanpage pulak kan.

  2. Bab jaga privasi pelanggan ni masih ada peniaga yang gagal.

    Beri skrinshot testimoni siap dengan nombor phone. Bagi tracking number siap dengan nama penuh.

    Sebagai pelanggan, saya pun tak suka kalau maklumat saya didedahkan kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge