5 Pen Unik Sesuai Sebagai Hadiah.

Lamy Pico

5 Pen Unik Yang Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Kaum Bapa.

Nak hadiahkan seseorang pen? Murah, mudah, boleh tahan lama jika dijada dengan baik dan yang paling penting boleh memberikan nilai sentimental bagi mereka yang menghargainya.

Pen selalu digunakan, selalu dipegang, selalu ditengok, jadi mudah diingat dan dikenang. Bukan hanya pada guru sahaja pen sesuai dihadiahkan. Pada pendapat saya, hampir semua profesion perlu kepada alat tulis. Perbezaannya hanyalah bergantung kepada jenis dan suasana tempat bekerja.

Cuba lihat pen-pen ini, menarik tak untuk dijadikan hadiah?

1. Fisher Bullet oleh Fisher Space Pen.

model Fisher Bullet dari Fisher Space Pen.
model Fisher Bullet dari Fisher Space Pen.

Ada dua ciri unik yang menonjol pada pen ini. Bentuknya, dan dakwatnya. Dakwat pen ini diletakkan dalam satu silender bertekanan tinggi yang sentiasa menekan dakwatnya. Oleh itu, apabila digunakan, pen ini tidak akan menghadapi masalah dakwat tidak keluar.

Pen ini boleh digunakan secara terbalik, menegak di dinding, di dalam air atau di angkasa lepas. Dari situlah pen ini mendapat nama. Semasa Amerika sedang giat menjalankan kajian dan usaha untuk menghantar manusia ke bulan, mereka turut mengkaji pen yang sesuai digunakan di keadaan grafiti sifar. Hasilnya, Fisher Space pen.

Pen Fisher Bullet ini sesuai dihadiahkan kepadala kaum lelaki yang bekerja dalam persekitaran lasak seperti oil and gas atau kilang.

2. Pocket Shark Pen oleh Cold Steel.

Pocket Shark oleh Cold Steel
Pocket Shark oleh Cold Steel

Cold Steel bukanlah sebuah syarikat pembuat pen. Cold Steel menghasilkan pelbagai jenis pisau untuk pelbagai kegunaan. Kemahiran mereka ialah mengahasilkan pisau untuk ikhtiar gidup dan pisau mudah dibawa untuk kegunaan harian atau pertahanan diri.

Jadi, kenapa mereka menghasilkan pen. Idea pen ini berasal dari satu senjata dalam seni mempertahankan diri yang dipanggil Yawara Stick. Senjata ini merupakan kayu yang amat pendek dan digunakan secara menggengamnya. Yawara Stick bukan sentaja yang bertujuan untuk membunuh (walaupun boleh digunakan untuk membunuh), tetapi adalah senjata tumpul yang digunakan untuk menyerang bahagian badan musuh yang lemah (weak point).

Pen Pocket Shark diperbuat dari plastik yang amat keras dan kukuh. Kekuatannya dikatakan mampu digunakan sebagai pemecah cermin kenderaan dalam keadaaan kecemasan. Mata pennya dibuat seakan akan mata pen marker. Pen Pocket Shar ini unik dihadiahkan kepada peminat seni beladiri.

 

3. Kaweco Supra (Brass) oleh Kaweco.

Pen Kaweco Supra
Pen Kaweco Supra

Kaweco ialah sebuah syarikat pembuat pen yang telah lama bertapak di german. Pen ini dari kategori fountain pen, iaitu pen yang mempunyai mata unik dan elegan serta menggunakan dakwat yang kebanyakannya berasaskan air. Pen ini unik kerana bentuk silendernya dan boleh dimampatkan apabila ditutup.

Keunikan pen ini ialah bentuknya yang kecil dan tidak membunyai klip. Jika ditutup sen ini dilihat seolah-olah sama bentuknya dengan sebutir peluru. Keseluruhan pen ini (kecuali penyuap dakwat dan matanya) diperbuat daripada brass logam yang biasa digunakan dalam perhiasan.

Brass terkenal kerana ketahanannya dan kebolehnya untuk digilap sehingga berkilat.

Review: Pen Kaweco Supra.

4. Pico oleh Lamy.

Lamy Pico
Lamy Pico

Lamy ialah pengeluar pen moden daripada German yang menghasil pen dengan menggunakan plastik bermutu tinggi sebagai bahan binaan pennya.

Pico menjadi pen yang unik kerana bentuknya yang kompak dan futuristik. Walaupun kelihatan pendek, apabila dibuka, pen ini akan memanjang ke panjang yang sesuai untuk dipegang bagi menulis.

Pen ini mempunyai sifat elegen kepada bapa yang mementingkan gaya.

5. Bolt G2 oleh Karas Kustoms.

Karas Kustoms G2
Karas Kustoms G2

Pen ini ialah pen buatan tangan oleh Karas Kustoms yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Pen ini diperbuat daripada 100% logam yang dimesin. Antara pilihan logam yang ada ialah Aluminium, Brass dan Copper. Keunikan pen ini ialah mekanisma bolt actionnya.

Mekanisma ini seolah – olah mekanisma rifle yang selalu digunakan sekitar era perang dunia ke dua. Sesuai dihadiahkan kepada mereka yang minat kepada pen taktikal, rare dan unik. Yang paling menarik ialah pen ini mudah diganti dakwatnya kerana ia boleh menggunakan refill pen pilot G2 yang mudah didapati di kedai buku atau Tesco.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

4 thoughts on “5 Pen Unik Sesuai Sebagai Hadiah.

    1. Harga aku tak dapat comfirm bro. Kebanyakannya semua kena beli online, ebay, tengok seller. Tak berani letak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge