5 teknik menghasilkan gambar terbaik untuk iklan di media sosial

Gambar Menarik, Pelanggan Tertarik.

Mengiklankan produk dan servis di media sosial bukan sekadar menjadi trend tetapi sebaliknya menjadi satu saluran yang berbaloi untuk diterokai. Dengan pasaran yang luas daripada pengguna laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Whastsapp, potensi perniagaan online anda boleh berkembang pesat.

Salah satu elemen penting dalam mengiklankan produk dan servis di media sosial ialah penggunaan gambar atau grafik dalam iklan itu sendiri. Gambar yang berkualiti dan mempunyai WOW! Factor akan menggalakkan prospek untuk klik pada gambar anda dan seterusnya bertukar menjadi pelanggan.

Berikut ialah 7 ciri gambar yang menarik.

1. Gambar untuk iklan pakaian, yang terbaik ialah menggunakan model.

Bagi peniaga baju online, peniaga jubah online, ataupun pakaian pakaian lain, tips ini ialah tips paling penting dalam menghasilkan gambar produk pakaian untuk diiklankan. Penggunaan model dapat memberikan gambaran jelas bagaimana rupa tudung, jubah atau seluar itu apabila dipakai oleh pengguna.

Semasa sesi photoshoot pastikan juga saiz pakaian yang diberikan pada model adalah tepat. Halangan utama bagi peniaga online kecil – kecilan ialah untuk mengeluarkan modal mengupah model. Halangan ini boleh diatasi dengan beberapa cara kreatif. Bagi gambar untuk iklan online penjual boleh menjadi model sendiri dengan memperagakan pakaian yang ingin dijual. Jika segan, boleh dapat khidmat (percuma atau berbayar) daripada rakan atau keluarga terdekat.

Mengupah jurugambar profesional memang akan menghasilkan foto yang berkualiti untuk dijadikan bahan iklan, namun, pendekatan DIY juga tidak merugikan. Banyak telefon pintar ataupun kamera point and shoot dengan harga mampu milik mampu menghasilkan gambar berkualiti HD untuk digunakan sebagai iklan.

Jika masih segan untuk memperagakan sendiri pakaian yang ingin dijual, peniaga online bolehlah mengeluarkan sedikit modal dan membeli patung mannequin untuk memperagakan pakaian tersebut. Bagi tudung pula, kepala mannequin juga ada dijual dan didapatkan dengan mudah di Lazada, Mudah atau Lelong.

2. Ambil gambar dari perspektif berbeza untuk iklan gadget.

Bagi mereka yang menjual gadget atau peranti elektronik di atas talian, cara termudah untuk mendapatkan gambar gadget tersebut ialah melalui laman sesawang asal pengeluar. Namun, harus diingatkan, kadang-kala gambar dan imej di laman web tersebut adalah dilindungi oleh undang-dundang hakcipta ataupun copyright.

Untuk menghasilkan gambar iklan di facebook atau instagram, peniaga boleh mengambil sendiri gambar gadget yang ingin dijual daripada stok sedia ada. Cuba gunakan teknik macro untuk menyerlahkan keunikan produk yang dijual. Ciri ini dapat ditampilkan dengan meletakkan fokus kamera kepada ciri yang diingini dan membiarkan latar belakang gambar menjadi kabur.

Kebanyakan telefon pintar mempunyai fungsi makro terbina dalam. Jika tiada, kesan ini turut boleh didapati dengan menggunakan filter yang sesuai.

Sebagai contoh, jika anda menjual iPhone secara online. Selain gambar keseluruhan (overall) produk, ciri lain yang boleh ditampilkan dalam gambar iklan anda ialah rupa kamera, pembesar suara, home button, atau lain – lain rekaan menarik pada gadjet tersebut.

3. Ambil gambar perkhidmatan sedang diberikan.

Bagi mereka yang mengiklankan perkhidmatan di facebook atau instagram, suasana dan kerja-kerja yang sedang dijalankan boleh menjadi subjek menarik untuk diambil gambar dan dijadikan sebagai iklan. Gambar suasana ini secara tidak langsung dapat menampilkan ciri berikut kepada bakal pelanggan kita:

  • Gambaran kasar service yang dilakukan.
  • Peralatan yang dimiliki untuk melaksanakan service.
  • Reaksi pelanggan ketika menerima perkhidmatan.

Contohnya di sini jika anda mempunyai kemahiran service aircond dan terfikir bagaimana untuk  memasarkan perkhidmatan menyelenggara pendingin hawa anda di facebook. Gambar iklan yang sesuai ialah gambar ketika anda atau pekerja anda melakukan kerja penyelenggaraan tersebut.

Cuba pastikan pekerja atau anda memakai pakaian uniform atau sekurang-kurangnya kemeja T yang mempunyai nama dan logo perniagaan anda. Letakkan peralatan bersesuaian berhampiran agar dapat diambil gambarnya bersama. Sebagai contoh, tabung gas, tangga, atau lain-lain peralatan khas yang boleh menunjukkan tahap profesionalisma anda. Pelanggan akan lebih berasa yakin apabila melihat gambar anda membuka nat menggunakan spanner berbanding pliers.

perkhidmatan henna di facebook
perkhidmatan henna di facebook

Contoh yang lain pula ialah sekiranya anda seorang jurumekap atau pereka inai (henna artist) yang cuba mengiklankan produk anda di laman sosial. Tampilkan gambar anda sedang melakukan kerja sebagai bahan iklan. Gambar sebelum dan selepas juga amat baik untuk menunjukkan reaksi pelanggan.

Bagi kerja yang melibatkan seni, seperti makeup artist, henna artist atau pembuat kek, tampilkan rekaan berbeza dalam posting di facebook anda dan iklan yang berkaitan. Ini bagi menunjukkan anda mempunyai kemahiran yang bervariasi. Elakkan dari memuat naik gambar rekaan yang sama bagi pelanggan yang berbeza. Mereka yang melihat iklan fb anda mungkin akan beranggapan rekaan anda terhad.

4. Gambar testimoni boleh menjadi gambar iklan.

Jika kita sudah mempunyai pelanggan dan ingin menarik lebih ramai lagi pelanggan, gunakan gambar testimoni pelanggan terdahulu sebagai gambar iklan di facebook anda. Sebagi menjaga etika pelanggan dna penjual, terlebih dahulu mohon kebenaran pelanggan untuk dijadikan testimoni.

Gambar paparan skrin (screenshot) perbualan melalui aplikasi seperti whatsapp, wechat atgau telegram boleh dijadikan testimoni ataupun feedback bagi produk yang dijual dan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu juga, komen-komen di facebook, atau lain – lain media sosial juga boleh dijadikan testimoni.

Screenshot perbualan pelanggan sebagai testimoni.
Screenshot perbualan pelanggan sebagai testimoni.

5. Sekeping gambar = 1000 patah perkataan.

A picture worth a thousand words, itulah yang biasa kita dengar. Gunakan kelebihan ini untuk membantu bisnes online kita. Edit gambar iklan yang kita nak boost di fb supaya gambar itu mengandungi apa-apa promosi, diskaun, atau hadiah percuma. Tujuannya, supaya pelanggan tengok sekali je terus terpikat untuk baca iklan dan seterusnya membuat pesanan.

Namun begitu harus diingatkan supaya teks yang diletakkan pada gambar itu tidak terlalu semak dan banyak. Buatkan supaya jelas dan padat. Selain merimaskan pihak pembaca, pihak facebook juga tidka akan membenarkan iklan bergambar yang mempunyai tulisan melebihi 25% daripada keseluruhan gambar.

Tapi kita tidka perlu bimbang, kerana facebook dan instagram sekarang membenarkan banyak keping gambar di pos serentak. Jadi gunakan kelebihan ini. Muatkan sebanyak mana gambar yang perlu. Terlampau banyak gambar kana menyebabkan pelanggan hilang fokus, manakala terlampau sedikit gambar akan mengurangkan minat pelanggan.

BACA6 Modul Teknik Boost Post Advance dan FB Group Support.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

6 thoughts on “5 teknik menghasilkan gambar terbaik untuk iklan di media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge