7 tips berjimat di bulan Ramadhan

Bulan ramadhan adalah bulan yang penting diantara bulan – bulan Islam. Selain daripada menjalankan kewajipan dalam ibadah, bulan Ramadhan sepatutnya melatih umat Islam untuk hidup dengan lebih berjimat dan bersedarhana.

Bagaimana dengan persiapan bulan puasa ini? Bagaimana pula persiapan kita dari aspek kewangan untuk melalui bulan Ramadhan?

Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi (semasa artikel ini ditulis). Jika kita mahu mengelakkan pembaziran dalam bulan yang mulia ini, maka satu perancangan haruslah mula disiapkan untuk menghadapinya.

Tips berjimat dalam bulan Ramadhan.

Dalam realiti ramadhan, ramai antara kita yang mengeluh tentang perbelanjaan yang meningkat di semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Duit belanja habis lebih banyak berbanding bulan biasa. Jika ini keadaannya, maka pengertian ibadah di bulan puasa itu sendiri akan gagal dicapai kerana pembaziran yang berlaku.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diatasi. Dengan panduan berjimat dan perancangan kewangan yang betul, berjimat di bulan Ramahdan bukanlah sesuatu yang mustahil. Berjimat cermat di bulan Ramadhan sesuatu yang boleh dicapai dan diamalkan oleh semua umat Islam.

1. Memasang tekad untuk berjimat.

Sebagaimana ibadah puasa bermula dengan niat, begitu juga jika kita ingit berjimat di bulan puasa. Perkara yang paling penting ialah memasang azam dan tekad untuk tidak membazir.

Apabila kita telah mempunyai sasaran untuk menjimatkan sebanyak mana yang mungkin dalam bulan ini, maka segala usaha kita akan menjadi lebih mudah. Sebagai mana azam yang lain, azam untuk berbelanja dengan lebih berhemah di bulan Ramadhan ini akan lebih berkesan jika ditambah dengan perkara berikut:

  1. Azam itu ditulis
  2. Melihat dan mengulangi (membaca) azam itu setiap hari.
  3. Memberitahu orang yang rapat dengan kita.
  4. Merekod kemajuan dan pencapaian azam tersebut.

2. Sentiasa bangun untuk bersahur.

Apa kaitan antara bersahur dan berjimat? Ramadhan ialah bulan yang menguji nafsu, dengan tujuan untuk membentuk dan mengawalnya. Cabaran utama dalam bulan ini ialah rasa lapar.

Rasa lapar inilah yang akan mendorong kita untuk berbelanja secara berlebihan terutamanya ketika hendak berbuka puasa. Membeli belah dalam keadaan lapar dan dahaga akan mempengaruhi keputusan kita.

Oleh itu, bangun sahur amat penting.

Bersahur membezakan puasa umat Islam dengan amalan puasa dalam agama lain. Selain dari segi ibadah berpuasa di bulan Ramadhan, manfaat dari segi kewangan dan kesihatan yang boleh diperoleh dengan bangun bersahur.

Bagi yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan dalam bulan Ramadhan, menu sahur diet menjadi satu pertimbangan yang penting. Memakan makanan sunnah seperti buah kurma boleh membekalkan tenaga yang banyak untuk kita melalui hari berpuasa.

Banyakkan juga meminum air masak atau air kosong ketika bersahur untuk memastikan jumlah air yang diambil seharian kekal pada tahap yang sepatutnya.

Sebaik-baiknya, selepas sahur janganlah terus tidur kembali kerana apabila tidur, sistem pencernaan akan berehat. Sekiranya terjadi begitu, apa yang kita makan semasa bersahur tidak dapat dicerna dengan baik dan tenaga daripada makanan itu tidak dapat diserap sepenuhnya untuk digunakan semasa berpuasa.

3. Hadkan perbelanjaan harian dalam bulan Ramadhan.

Sentiasa letak had perbelanjaan harian anda untuk setiap hari di bulan Ramadhan. Jumlah ini seharusnya mengikut kemampuan kita tetapi lebih rendah dari had perbelanjaan harian di hari biasa.

Sekiranya kita telah meletakkan had sebegini, maka mudahlah kita membuat keputusan atas pembelian yang dilakukakan. Berusaha sedaya upaya untuk kekal dalam bajet Ramadhan kita dan catatkan kejayaan atau kegagalan kita mematuhi bajet ini untuk memastikannya berjaya.

Hadkan duit yang dibawa ke #bazarramadhan untuk mengelakkan terlebih belanja. Click To Tweet

4. Membeli makanan vs memasak makanan sendiri.

Perosoalannya, yang mana lebih jimat? Memasak sendiri makanan untuk berbuka puasa atau membeli juadah yang dijual? Jawapannya berbeza, bergantung kepada berapa orang yang perlu berbuka puasa.

Jika kita hidup secara bersendirian, sebagai contohnya, seorang pelajar atau di rumah bujang. Memasak makanan dilihat sebagai tidak praktikal. Bagi menampung keperluan diri sendiri sahaja, membeli makanan yang telah siap adalah lebih menjimatkan, dari segi duit dan masa.

Cuma, kita perlu berhati – hati dengan jumlah makanan yang dibeli untuk berbuka puasa dan bersahur. Hadkan pembelian kepada juadah utama, satu jenis juadah sampingan dan satu jenis air.

Jika kita benar-benar ingin berjimat, cukuplah dengan membeli sejenis makanan sahaja dan membancuh sendiri air minuman. Harga kuih muih, murtabak, dan roti john contohnya semakin meningkat setiap tahun.

Hadkan pembelian aneka jenis makanan sampingan ini dan fokus kepada makanan yang benar-benar perlu sahaja.

Jika kita sudah hidup berdua tetapi belum mempunyai anak, membeli makanan sudah siap juga boleh menjadi praktikal. Memasak perlukan masa yang agak lama dan ditambah pula dengan kekangan waktu kerja, menjadikannya tidak berbaloi untuk menyediakan makanan bagi dua orang.

Dalam membeli juga, kita boleh berjimat dengan berkongsi juadah. Beli sahaja dua hidangan utama, sejenis kuih dan sejenis air, untuk dikongsi berdua.

Jika kita mempunyai keluarga yang besar, membeli sudah tidak lagi praktikal. Selera yang berbeza antara kita membuatkan senarai makanan yang diingini lebih banyak dari berseorangan.

Bagi membeli makanan untuk jumlah orang yang ramai, modal yang besar diperlukan setiap hari. Oleh itu, lebih berbalaoi sekiranya yang kita korbankan ialah masa dan tenaga berbanding wang ringgit.

Dalam menyediakan menu ramadhan untuk berbuka bersama, faktor yang perlu diambil kira ialah jumlah yang mampu dimasak dan kos penyediaannya. Jangan memasak menu yang terlampau banyak jenis.

Sebaliknya, masaklah hanya dua tiga jenis dalam kuantiti yang banyak. Selain untuk keperluan ahli keluarga, makanan ini juga boleh digunakan untuk bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga.

Hidup berkeluarga tapi masih mampu menyimpan RM 1,000.00 sebulan.

5. Ramadhan Buffet pembaziran atau penjimatan?

Buffet Ramadhan akan menjadi seperti satu pesta di dalam bulan puasa. Daripada harga yang mewah sehinggalah buffet bajet, hotel, restoran dan pelbagai premis cuba bersaing menawarkan harga dan menu Ramadhan terbaik untuk pilihan pengguna.

Secara amnya, buffet Ramdhan ialah satu pembaziran, sekiranya kita pergi terlampau kerap. Namun begitu, ada ketikanya Ramadhan buffet boleh dihadiri atas sebab tertentu.

Sebagai contohnya, kita ingin meraikan ahli keluarga atau saudara mara yang datang, maka tidak salahlah jika kita memutuskan untuk berbuka puasa secara buffet mengikut kemampuan.

Begitu juga sekiranya kita mengadakan majlis amal atau majlis penghargaan kepada pekerja. Modal untuk mengadakan buffet Ramadhan adalah kecil berbanding manfaat yang boleh diperoleh melalui majlis itu.

6. Berjimat di bazar Ramadhan.

Bazar Ramadhan bukan sahaja tempat untuk berjimat cermat, malahan merupakan lubuk untuk membuat duit di bulan Ramadhan sekiranya kita pandai mengintai peluang.

Peniaga Air Bazar Ramadhan Raih RM 7,000.00 sebulan.

Namun, tidak dapat dinafikan, bagi kebanyakan orang lain, bazar Radhan ialah tempat yang selalu berlaku pembaziran dan perbelanjaan di luar bajet. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada penganut agama Islam sahaja, malah turut dirasai oleh kaum lain yang berkunjung ke sana.

Hadkan duit yang dibawa ke bazar Ramadhan, sekitar RM 5 sehingga RM 10 sahaja. Had ini bukan sekadar di minda, tetapi secara fizikalnya memang duit yang dibawa sebanyak itu sahaja.

Jika di dalam beg duit kita ada lebih dari itu, sorokkan dahulu di dalam kereta. Apabila kita di Bazar Ramadhan, di tangan hanya ada RM5 atau RM10 sahaja. Gunakan yang itu sahaja.

Pergilah ke satu bazar Ramadhan sahaja. Tujuannya ialah supaya kita cepat berasa biasa dengan juadah dan pilihan makanan yang dijual di sana. Sekiranya kita sentiasa melihat sesuatu yang baharu, keinginan untuk mencuba juadah itu menjadi tinggi.

Sekiranya kita telah biasa melihat juadah itu, kita telah terbiasa dengannya dan keinginan akan kurang. Sekiranya kita tidak dapat membeli sesuatu pula, kita tidak akan kecewa kerana esok kita akan datang kembali dan juadah itu masih ada di sana.

7. Libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.

Tidak kira anda orang yang penting atau tidak, sepanjang bulan puasa pasti anda akan menerima jemputan untuk majlis berbuka. Jangan sia-siakan peluang ini. Tujuan utamanya ialah untuk mengeratkan pertalian silaturahim dan semangat muafakat masyarakat, bonusnya, anda dapat berbuka secara percuma.

Tempat paling kerap anda boleh kunjingi ialah ke masjid. Bulan Ramadhan akan dipenuhi jadual berbuka puasa dan more di setiap masjid. Sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran, mereka amat mengalu-alukan kedatangan setiap tetamu.

Tidak tehad kepada masjid, perstuan, pertubuhan dan pelbagai badan juga ada mengadakan maslis berbuka puasa. Begitu juga tempat kita bekerja. Dengan memenuhi jemputan ini, kita dapat meraikan mereka yang menganjurkan majlis dan dalam masa yang sama menjimatkan perbelanjaan kita.

Majikan bolehlah bantu pekerja berjimat dengan anjurkan majlis berbuaka puasa untuk staff. Click To Tweet

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

3 thoughts on “7 tips berjimat di bulan Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge