Adakah anda disenarai hitamkan oleh PTPTN?

Kalau sebut tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) biasanya perkara yang selalu dikaitkan ialah hutang, bayaran balik dan senarai hitam. Banyak berita tentang kepayahn unutk membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran. Apabila gagal, nama pula akan disenarai hitam di Imegresen dan CCRIS.

Sebagai peminjam PTPTN, saya akui, kadang kala peminjam ada masalah untuk membuat bayaran balik. Sesiapa yang menggunakan pinjaman PTPTN untuk menanggung perbelanjaan pengajian pasti boleh faham dengan apa yang saya katakan. Tambahan pula jikalau pengajian itu di universiti swasta. Apabila tamat pengajian, jumlahnya mencecah antara RM 50 ribu ke RM 60 ribu bagi program ijazah.

Adakah PTPTN kejam? Bukankah lebih kejam institusi pengajian tinggi yang mengenakan yuran ‘premium’ yang menyebabkan jumlah hutang kita terlalu besar bagi seorang graduan yang baru tamat belajar. Belumpun dapat pekerjaan, kita sudah mempunyai hutang yang nilainya mampu membeli sebuah kereta sedan.

Secara peribadi, saya tidak suka kepada PTPTN. Suka atau tidak, perjanjian tersebut kita tandatangani, semata-mata untuk merasa ke menara gading. Tidak semua lepasan SPM, STPM dan matrikulasi mendapat tawaran ke universiti awam. Alternatifnya, ke kolej atau universiti swasta yang tinggi biayanya.

Maka, bermulalah kehidupan seorang penghutang, dalam keadaan belumpun bergelar graduan. Dalam ramai-ramai peminjam, ada juga yang terpaksa mengalami pengalaman pahit apabila bayaran pinjaman lambat dikreditkan. Ada pula yang berputih mata apabila bayaran ditahan kerana keputusan semester yang buruk.

Itu semua hitam putih kehidupan seorang penuntut. Akhirnya, berjaya juga. Bermula pula mimpi ngeri untuk pembayaran balik. Hutang tetap hutang, walau apa pun justifikasi kita terhadapnya.

Kisah ‘Cinta’ Saya dan PTPTN.

  • Sebelum memperolehi pekerjaan tetap, saya banyak bertukar-tukar kerja. Biasanya part-time bergaji rendah dan bersifar seasonal. Saya hanya mampu membayar RM 50 sebulan pada ketika itu. Jumlah itu tidak mampu menampung kos pentadbiran 3%. Hasilnya, hutang ‘pokok’ meningkat.
  • Apa yang saya patut puji ialah, sebelum saya mampu membayar RM 50, saya langsung tidak mampu membayar. Saya memberanikan diri menulis surat kepada PTPTN dan memohon penagguhan. Alhamdullilah, permohonan itu diterima ditangguhkan setahun.
  • Setelah memdapat pekerjaan tetap, saya dalam menaikkan bayaran bulan kepada RM 200, walaupun kalau mengikut jadual pembayaran asal, saya perlu membayar RM 400 sebulan pada tahun tersebut. Dahulu, jadual pembayaran PTPTn ini bermula dengan nilai yang rendah pada tahun pertama, naik pada tahun kedua dan seterusnya.
  • Apabila Ujrah diperkenalkan, saya serta merta memohon. Setelah ditukarkan kepada Ujrah dan pelarasan dibuat, hampir RM 3,000 bayaran lebihan dikredit semula, mengurangkan hutang sedia ada.

Penyelesaian kepada Hutang PTPTN.

Semasa saya menandatangani perjanjian PTPTN, SSPN-i belum diwujudkan. Sekarang, nak buka akaun SSPN-i Plus pun boleh secara online. Penyelesaian terbaik ialah ibu bapa yang mula menabung sejak anak kecil lagi. Dengan pendekatan ini, jumlah tabungan bulanan tidak perli besar.

diterbitkan di azwans.com

Boleh bermula daripada RM 30 sebulan sehingga RM 500 bergantung kepada jangkamasa berapa lama lagi anak nak masuk universiti dan sasaran yang perlu disimpan. Akun SSPN-i ini juga sudah digabungkan dengan beberapa kelebihan insuran.

Bagi yang seperti saya, sudah lama meminjam dan dalam proses melunaskan bayaran balik, cara yang terbaik ialah bayar dengan konsisten dan naikkan kadar bayaran setiap tahun supaya cepat habis. Kalau tidak nanti takut bermaslaah apabila hendak ke luar negara atau hendak membuat pinjaman lain.

Jika kita jadikan hutang ini sebagai satu keutamaan terlibih dahulu, Insyallah akan boleh selesai. Tangguhkan dahulu mana-mana hal yang bukan keperluan.

PTPTN merupakan satu kemudahan. Walaupun yang sebaiknya ialah pendidikan percuma, kehidupan dalam alam realiti ini mengajar kita tiada yang percuma. Alangkah baiknya kalau suatu hari nanti semua warga negara berpeluang ‘ditanggung’ oleh kerajaan sehingga ke peringkat ijazah?

Selagi kita masih dalam realiti ini, janganlah kita mengelak dari tanggugjawab yang perlu kita laksanakan.

Jika anda seperti saya…

  • Bergelumang dengan kebocoran rezeki dan masih berhutang?
  • Sering tertanya-tanya mengapa duit selalu keluar macam air?
  • Kekurangan duit sampai gelisah tak tahu mana nak cari duit?

Mungkin ini dapat membantu : Rahsia tentang REZEKI

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

One thought on “Adakah anda disenarai hitamkan oleh PTPTN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge