Air kosong boleh membantu poket anda untuk tidak kosong.

botol air minuman

Aku antara berjuta rakyat malaysia yang zaman sekolah rendahnya membawa bekal. Kita letak tepi cerita ada duit belanja atau tidak. KIta fokus kepada membawa bekal ke sekolah, khususnya botol air. Kepada sesiapa yang sezaman dengan aku botol air paling popular pada masa itu ialah botol air benbentuk telefon atur. Antenanya jadi straw.

Tertunggu, tunggu jugak aku kalau-kalau trend hipster akan kembalikan botol air telefon jenama Atur ni.

Malangnya, aku mengada-ngada. Tak pernah nak air kosong di isi dalam botol itu. Kalau mewah, masa tu air ovaltine, kalau biasa – biasa, air teh o sahaja. Air milo jangan harap la, itu kena tunggu lori milo datang sekolah baru merasa.

Kalaulah masa tu aku tahu tabiat membawa dan minum air kosong ini kana memberi kesan kepada kesihatan dompet aku semasa dewasa.

Fast foward ke alam kedewasaan.

Aku bersembang dengan seorang kenalan yang aku tahu sentiasa membawa botol air bersama-sama kemana-sahaja dia pergi, sama ada bekerja apa lagi kalau beriadah. Botol air dia pun boleh tahan bergaya. Sekejap botol kaca, sekeap botol plastik. Kadang-kadang botol air yang dapat free apabila beli minyak hitam di stesen minyak Shell atau Petronas tu.

Ada sekali aku tengok dia bawa botol air bentuk kertas A4 yang tebal dekat seinci. Mungkin sebab aku gelak besar sangat hari tu, dia tak bawa dah botol air fail dia tu. Katanya dah bagi kat bini.

Satu hari aku gatal mulut bertanya tentang tabiatnya membawa air kosong setiap hari itu:

Aku: Engkau ada kencing manis ke, asyik bawak air kosong je. Try la Vivix tu. aku tengok banyak blog promote. Aku tengok engkau pun duit banyak je…

Din Botol: Betul.

Aku: Betul apa? Kencing manis?

Din Botol: Tak, tak de kencing manis. Aku cakap betul aku duit banyak. Pasal selalu bawa air botol la.

Aku: Engkau kencing keluar petrol ke? Lepas tu tadah tuang dalam kereta. Jimat duit minyak. Macam tu?

Din Botol: Tak la sampai macam tu. Engkau kalau singgah stesen minyak selalu je aku tengok beli air tin. Kalau sehari tiga ringgit, sebulan berapa?

Aku: Ala kalau aku tak beli pun jimat tak sampai seratus je sebulan.

Lalu aku kena syarah dengan Din Botol yang isinya lebih kurang macam ni.

Mampukah kita meyimpan RM 1000 sebulan?

botol air minuman
botol air minuman

“Aku tak beli minuman dalam tin atau kotak bila berjalan. Untuk elakkan rasa haus, aku bawa air botol. Dapatlah jimat, betul, jimatnya sikit je. RM90 sebulan je, kalau kau andaikan kau beli air botol RM3 setiap hari. Itu bukan sebab aku jadi banyak duit. Tapi itu sebab aku dapat simpan duit sikit.

Itu baru satu habit. Kalau aku dinner di rumah setiap hari dan tapau lunch di office, aku jimat lagi. Dapat la jimat sikit lagi, mungkin RM50 sebulan. Kalau aku konsi kereta dengan kau bergilir-gilir ke pejabat, dapat la jimat lebih RM100 sebulan duit minyak. Itu baru tiga habit. Bayangkan kalau aku ada sepuluh habit yang boleh jimatkan aku RM100 setiap satu.

Sebulan aku boleh jimat RM1000.00.

BACA: Tips Praktikal berjimat. TARGET: RM1,000 sebulan bagi mereka yang bergaji RM 3000.

Kalau kau berhenti merokok sahajapun, kau dah boleh jimat RM500 sebulan, separuh dari apa yang aku boleh jimat. Itu engkau baru buang satu habit.

Simple je, setiap hari ko teliti apa ko buat, cari satu benda yang boleh ko buang, yang boleh jimatkan kau RM3. Jadikan Habit. Cukup sepuluh, Ko akan jimat RM900 sebulan. Simpanlah extra sikit Rm100 untuk cukup kan RM100. Jadi tak mustahil nak simpan RM1000.00 sebulan kan?”

Akau faham apa din cuba sampaikan. Rumah terdiri daripada ratusan bata yang kecil. Kalau tiba-tiba nak simpan selonggok, memang akan terduduk. Tapi kalau ‘cukur’ dua tiga ringgit dari perbelanjaan yang dah ‘terbiasa’ itu, memang boleh nampak hasil kalau konsisten dan ada kemahuan.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “Air kosong boleh membantu poket anda untuk tidak kosong.

  1. Setuju dgn pendapat brader air kosong tu. Kita kalau nak berjimat memang kena bentuk dari habit dan kena konsisten. Ni kalau sekejap sekejap, lepas tu bila dah nampak duit dah berlebih sikit, dah mula nak enjoy pun tak jadi apa juga. Hehe

  2. hehe..Betul. Saya sangat setuju dengan post ni..Lagi satu bila sebut pasal bawak bekal ke sekolah teringat dulu mak selalu buatkan sarapan roti sapu margerin tabur gula.. Milo memang tak mampu beli jadi alternatif terbaik adalah Ovaltine kalau tak pun Vico 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge