Bagaimana untuk keluar dari bankrup di usia muda?

Ebook setebal 400 muka surat? Tentang Bankrup?

Pertama kali saya mendengar wujudnya eBook setebal 400 muka, dalam Bahasa Melayu, saya terus berminat untuk tahu lebih lanjut. Bukan kerana topiknya, tapi semata-mata ketebalannya. Bagi saya, ini antara eBook yang rare.

400 muka  surat ni menceritakan apa yang penulisnya pernah lalui dari kecil sampai lah dia besar sekarang. Jangan salah anggap, ebook ini bukan novel. Siapa yang menulis ebook ini? Nama dia di Facebook ialah Hafiz Mansor, pengasas kepada produk serum rambut wanita berhijab iaitu CoolHijab.

Ebook ini bukan setakat bercerita dengan gaya yang bersahaja, tapi macam-macam. Ada sedih, ada motivasi, ada pengajaran, ada tips, ada lucu. Gambar juga dari tahun 2000 sehingga kini dia masukkan. Cerita pula 100% ditulis sendiri dari hati dan pengalaman.

Bankrup pula ketika usia 30 tahun. Hilang segalanya. Dia jadi murung, sedih, kecewa tapi bagaimana dia bangkit semula dalam tempoh yang singkat? Apa yang dia buat?

Kita biasa dengar kisah kejayaan, tapi bukan kisah kegagalan.

Jarang sekali orang nak ceritakan satu persatu apa yang dia buat dalam hidup terutama kisah berniaga sehinggalah dia bankrup. Memang memalukan tapi dia tak nak orang lain alami nasib yang sama. Jika ada yang senasib, dia nak yang bankrup tu bangkit jangan mengalah dan buat apa yang dia buat.

Bukan semua orang boleh kongsi cerita bagaimana mereka bankrup.

 

Hafiz Mansor hanya orang biasa-biasa yang suka berniaga. Hanya kerana nak cepat jadi kaya diusia muda, dia buat macam-macam bisnes yang sebenarnya sedang membunuhnya. Dari apa yang dia lalui sehingga bangkit semula, dia kongsikan dalam satu ebook untuk kita belajar sesuatu.

Sesiapa yang beli ebook ni juga akan dapat buku fizikal yang boleh kita pegang dan simpan. Ebook dapat, Buku pun dapat.

diterbitkan di azwans.com

 

 

bagaimana mengatasi bankrup di usia muda

Apa isi kandungan ebook ini?

  • Tentang kehidupan Hafiz Mansor dalam perniagaan dari kecil sehingga kini
  • Kerja dan bisnes apa yang beliau lalui dalam hidup
  • Rintangan dan permasalahan yang beliau hadapi
  • Kesalahan atau kesilapan yang dilakukan beliau ketika berniaga
  • Bagaimana beliau tercetus idea membuat CoolHijab
  • Bagaimana beliau menghadapi tekanan tanggung hutang 1/2 juta ringgit
  • Bagaimana beliau susun semula strategi mendapatkan sumber modal ketika bankrup
  • Apa yang beliau lakukan selepas muhasabah diri
  • Bagaimana beliau membuat duit walaupun status bankrup
  • Bagaimana beliau menghasilkan 6 angka didalam akaun dalam tempoh 6 bulan
  • Apa amalan yang dilakukan sehingga mampu membina kembali empayar bisnes.

Boleh dapat buku fizikal dengan membeli eBook ini?

Ya. Sebab itu saya katakan eBook ini berbeza dengan yang lain. Selain daripada bentuk pdf, pembeli juga boleh memilih untuk mendapatkan buku fizikial, kertas licin, berwarna warni.

Tapi jangan risau, 400 muka surat itu bukannya seperti buku teks. Bilangan muka suratnya banyak kerana perenggan yang ditulis disusun dengan baik supaya tidak crowded, dan banyak gambar yang berinformasi. Pesan saya, jangan lihat gambar – gambar tersebut sebagai perhiasan;

  • Jika yang dipaparkan gambar kedai, perhatikan susun aturnya, pekerjanya, promosinya, banyak yang boleh dipelajari.
  • Jika yang dipaparkan gambar dokumen, kaji jumlahnya, institusi kewangannya, di situ juga ada banyak maklumat.

Selamat membaca.

Jangan dicerca orang yang melakukan kesilapan, tapi belajarlah dari kesilapan itu. Click To Tweet

Penulis yang sama berkongsi panduan menghasilkan produk jenama sendiri (Klik gambar):

mudahnya menjadi owner produk sendiri
Mudahnya menjadi owner produk sendiri
azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

One thought on “Bagaimana untuk keluar dari bankrup di usia muda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge