Bankrap: 8 Pindaan Dalam Pindaan Rang Undang Undang Akta Kebangkrapan 2016

Orang Yang Bankrap Perlu Menyediakan Penyata

8 Perubahan Dalam Pindaan Rang Undang Undang Akta Kebangkrapan 2016

Semua orang tidak mahu berstatus bankrap. Kebangkrapan akan menghadkan banyak perkara dari segi kewangan di Malaysia. Proses perundangan akan menjadi rumit dan sukar jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentang kebangkrapan. Kemungkinan untuk akaun bank dibekukan, aset dan harta dirampas adalah menakutkan bagi mereka yang gagal membayar hutang dan dibankrapkan.

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada KPI dan KPI bertanggungjawab utnuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan bankrap

Bagaimana status bankrap boleh diletakkan kepada seorang individu?

Pemberi hutang boleh memohon kepada mahkamah untuk mengistiharkan seseorang yang berhutang kepadanya sebagai bankrap sekiranya individu itu gagal membayar hutangnya. Dalam perundangan sedia ada, jumlah minima hutang yang boleh menyebabkan bankrap ialah RM 30,000.00.

Namun, jumlah ini dicadangkan untuk dinaikkan melalui pindaan pada Rang Undang – Undang 21/2016 yang bertujuan untuk meminda Akta Kebankrapan 1967. Jumlah baharu yang dicadangkan ialah RM 50,000.00.

Kebankrapan juga boleh dipohon kepada mahkamah oleh orang yang berhutang itu sendiri sekiranya dia dapat membuktikan dia tidak mampu menyelesaikan pinjaman dengan jumlah yang sama.

#1 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Nilai minima dinaikkan.

Akta sedia ada memperuntukkan RM30,000.00 sebagai had minima untuk seseorang diistiharkan sebagai bankrap.Dari segi sejarah, nilai minima kebankrapan adalah seperti berikut:

  1. Tahun 1967 : RM 1,000.00
  2. Tahun 1976: RM 2,000.00
  3. Tahun 1992 RM 10,000.00
  4. Tahun 2003 RM 30,000.00

Melalui pindaan ini, nilai minima di bawah Seksyen 5 Akta Kebangkrapan dinaikkan daripada RM 30,000.00 kepada RM 50,000.00.

#2 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Pelindungan Penjamin Sosial.

Satu senario yang biasa menjadi isu ialah seorang yang dibankrapkan hanya kerana dia telah menjadi penjamin kepada orang yang lain. Oleh itu ramai yang keberatan untuk menjadi penjamin kerana khuatir orang yang dijamin tidak membayar hutang sehingga memberikan kesan kepada penjamin.

Dibawah pindaan ini, penjamin sosial diberikan pelindungan mutlak. Bermakna penjamin sosial tidak boleh dibankrapkan sekiranya orang yang berhutang tidak membayar pinjaman mereka. Perlu difahami, keistimewaan ini hanyalah untuk penjamin sosial dengan contoh pinjaman seperti berikut:

  1. Biasiswa.
  2. Penyelidikan.
  3. Perumahan
  4. Kenderaan.

Dalam contoh di atas, penjamin dianggap tidak boleh mendapatkan faedah dan keuntungan daripada pinjaman yang dilakukan. Oleh itu, penjamin ini dikategorikan sebagai penjamin sosial.

Bagi pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman koperat, penjamin masih boleh menjadi bankrap sekiranya peminjam aggal membayar hutang.

Namun begitu, untuk menjadi penjamin, kita masih perlu berhati-hati. Walaupun tidak boleh dibankrapkan, penjamin sosial dan koperat tidak terlepas dari tindakan undang lain. Harta, aset atau wang simpanan penjamin masih boleh dirampas, dibekukan, dilelong atau disita untuk membayar balik hutang orang yang dijamin.

#3 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Serahan kendiri notis dan petisyen.

Pihak yang memfailkan tuntutan kebankrapan (biasanya pihak bank) perlu menyerahkan notis  atau petisyen bankrap tersebut kepada orang yang berhutang secara serahan kendiri. Tidak memadai sekiranya notis tersebut hanya dipaparkan di papan notis mahkamah atau surat khabar sahaja.

Ini bagi mengelakkan orang yang berhutang tidak mengetahui status kebankrapan yang ingin dikenakan ke atasnya. Sekiranya seseorang menerima notis bankrap ini, dia masih boleh mengambil tindakan untuk mengelakkan dirinya diistiharkan bankrap dengan menggunakan “mekanisma penyelamat”.

#4 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Mekanisma Penyelamat.

Mekanisma Penyelamat merupakan jalan akhir yang boleh diambil oleh orang yang berhutang sebelum status bankrap dikenakan ke atasnya. Penghutang perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah interim. Dalam perintah ini pihak yang berhutang, pihak pemberi hutang dan satu lagi pihak nominee perlu mencari jalan untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Pihak nominee boleh dilantik daripada AKPK, Peguan, akauntan atau lain-lain entiti yang dibenarkan mahkamah. Orang yang berhutang, perlu dalam tempoh 90 hari menyelesaikan hutang terbabit dengan dipantau oleh nominee.

#5 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Pelepasan tanpa bantahan pemiutang.

Seseorang yang telah dibankrapkan oleh mahkamah boleh dilepaskan daripada status itu tanpa bantahan pemberi hutang sekiranya orang itu telah meninggal dunia, seorang penjamin sosial, seorang pesakit kronik ataupun seorang OKU. Dalam hal ini mahkamah boleh membuat keputusan dan keputusan itu tidak boleh dibantah oleh pemberi hutang.

#6 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Pelepasan automatik.

Undang – undang sedia ada memerlukan orang yang berstatus bankrap mengemukakan permohonan untuk dilepaskan. Dengan pindaan ini, status bankrap boleh dilepaskan selepas tiga tahun dari tarikh pemfailan penyata Hal Ehwal, memenuhi sasaran bayaran yang telah ditetapkan, dan memfailakn penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam bulan.

Namun, dalam keadaan ini pihak yang memberi hutang boleh mengemukakan bantahan sekiranya tidak mahu orang yang berhutang itu dilepaskan daripada status kebankrapan.

#7 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Sistem 1 perintah kebangkrapan.

Single Bankruptcy Order akan menggantikan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Pindaan ini mengambil kira mekanisma penyelamat yang ada dalam pindaan terbaharu ini. Tujuannya ialah membolehkan perbicaraan, hukuman dan status bankrap dijatuhkan dengan lebih cepat kepada orang yang gagal membayar hutang.

#8 Pindaan Akta Kebankrapan 1967: Tabung Bantuan Insolvensi.

Tabung ini bukan bertujuan untuk melunaskan hutang yang gagal dibayar. Tabung ini sebenarnya berfungsi sebagai dana Jabatan Insolvensi Malaysia dalam pengurusan kes – kes kebankrapan.

Pindaan Rang Undang Undang Akta Kebangrapan 1967
Pindaan Rang Undang Undang Akta Kebangrapan 1967

Apakah Perkara – Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Orang Yang Berstatus Bankrap.

Sebaik sahaja diistiharkan bankrap, kesemua harta orang yang berhutang itu akan ditadbir oleh Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). Satu Cawanagn Insolvensi akan ditugaskan untuk mengendalikan kes tersebut. Dalam status bankrap terdapat beberapa sekatan yang dikenakan ke atas orang yang berhutan tersebut.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya diistiharkan bankrap?

Apabila seseorang telah dihukum bankrap oleh mahkamah, dia mesti hadir ke cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes kebankrapannya. Cawangan yang mentadbir kes bankrap biasanya adalah salah satu yang terdekat kepada Mahkamah Tinggi yang mana perintah kebankrapan telah dibuat.

Apabila dia menghadiri cawangan, beliau akan diperlukan di bawah undang-undang kebankrapan untuk memberikan butir-butir dalam sesi pertanyaan awal, antara lain butiran mengenai nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat kediaman, ahli keluarga dan sebab-sebab kebankrapan.

Bankrap juga akan dikehendaki untuk memfailkan Penyata Hal Ehwal yang memerlukan beliau untuk mendedahkan aset dan liabiliti kepada KPI.

Bagaimana untuk mematuhi perintah kebankrapan?

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap mesti memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapan dan merealisasikan aset beliau. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset dan liabiliti, transaksi kewangan dan perkara lain yang berkaitan.

Tanggungjawab bankrap termasuk:

1. Menghadiri di pejabat KPI secepat mungkin apabila menerima Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dan lain-lain mesyuarat berikutnya dengan KPI apabila dimaklumkan perkara berkenaan;
2. Menyerahkan semua asset kepada KPI;
3. Mengemukakan Penyata Hal Ehwal yang lengkap;
4. Mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam (6) bulan;
5. MEnghadiri semua mesyuarat pemiutang;
6. Membuat sumbangan/bayaran terhadap estet kebankrapan daripada 10% pendapatan peribadi;
7. Elakkan daripada
8. Dilarang menerima sebarang pemberian wang/kredit sebanyak RM 1,000.00 atau lebih daripada mana-mana pihak tanpa memaklumkan pemiutang status beliau sebagai seorang bankrap;
9. Tidak membuat pembayaran secara terus kepada pemiutang;
10. Memaklumkan kepada KPI atas perubahan nama, alamat, nombor telefon, pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan; dan
11. Memberi maklumbalas atas pertanyaan KPI dalam masa yang ditetapkan.

Kad Kredit dihadkan kepada RM 1,000.00

Orang yang berstatus bankrap tidak boleh menggunakan kad kredit melebihi jumlah RM 1,000.00. Jika had ini ingin dinaikkan orang itu hendaklah emmohon sendiri kepada bank tersebut dengan menyatakan status bankrapnya. Kegagalan menyatakan status bankrap itu merupakan satu jenayah.

Jumlah hutang yang dituntut tidak boleh dikurangkan.

Ketua Pengarah Insolvensi tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah hutang seseorang. Orang yang dibankrapkan hendaklah memeohon sendiri kepada pihak yang memberi hutang sekiranya ingin jumlah itu dikurangkan. Sebarang persetujuan baharu hendaklah dimaklumkan kepada KPI.

Hutang tidak boleh dibayar secara terus kepada pihak yang memberikan hutang.

Orang yang bankrap tidak boleh membayar sendiri hutang kepada pihak yang menuntut. Kesemua bayaran hendaklah dibuat kepada Jabatan Insolvensi dan Jabatan Insolvensilah yang akan menyalurkan bayaran kepada pihak yang menuntut.

Kesemua akaun bank akan dibekukan.

Semua akaun bank milik orang yang bankrap akan dibekukan dan tiada trasaksi dibenarkan. Mereka tidak boleh menerima atau mengeluarkan duit melalui akaun tersebut. Sekiranya akaun diperlukan untuk pembayaran gaji, pampasan atau sebagainya, orang yang bankrap perlulah memaklumkan kepada Cawangan Insolvensi yang mentadbir kesnya.

Jabatan Insolvensi akan memutuskan sama ada akaun tersebut boleh digunakan kembali atau tidak. Orang yang bankrap tidak boleh membuka akaun bank yang baharu.

Orang Yang Bankrap Perlu Menyediakan Penyata
Orang Yang Bankrap Perlu Menyediakan Penyata

Orang bankrap tidak boleh melakukan pindah milik harta.

Rumah, tanah, kenderaan dan sebagainya tidak boleh dipindah milik oleh orang bankrap kepada sesiapapun. Ini kerana harta tersebut telah dipindahkan di bawah kawalan Jabatan Insolvensi.

Orang yang bankrap tidak boleh keluar negara.

Sebarang perjalanan keluar negara adalah disekat sepenuhnya. Jika orang yang bankrap ingin keluar negara, kebenaran perlu diperoleh daripada KPI ataupun mahkamah. Selagi tiada kebenaran ini orang yang bankrap berada dalam senarai orang yang disekat perjalanannya ke luar negara.

Orang yang berhutang boleh membankrapkan diri sendiri.

Seorang individu boleh membuat permohonan ke mahkamah untuk mengisytiharkan dirinya bankrap seperti dibenarkan di bawah Seksyen 7 Akta Kebankrapan. Individu tersebut perlu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi dengan menyatakan ketidakmampuan menjelaskan hutang. Segala prosedur hendaklah dipatuhi sepertimana yang dinyatakan dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan.

Bankrap menghalang seseorang daripada menjadi pengarah syarikat.

Seorang yang bankrap dan belum dilepaskan hilang kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat berdasarkan Akta Syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah.  Orang yang bankrap juga dilarang menjalankan perniagaan milikan tunggal, bekerja di syarikat milik pasangan, anak atua saudara-mara.

Sekatan-sekatan lain terhadap orang yang bankrap.

Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:
(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;
(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);
(c) Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
(d) Mengamalkan profesion tertentu;
(e) Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongisan atau menubuhkan syarikat;
(f) Bekerja dalam perniagaan saudara;
(g) Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa kebenaran KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;
(h) Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;
(i)Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap.
(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu.

 

 

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

2 thoughts on “Bankrap: 8 Pindaan Dalam Pindaan Rang Undang Undang Akta Kebangkrapan 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge