Bekas Stokist dan Drop Shipper lebih berpeluang berjaya sebagai Pengeluar Produk Jenama Sendiri.

Stokist lebih berpeluang berjaya jika asaskan produk jenama sendrii

Keluarkan Produk Jenama Sendiri.

Bagaimana menghasilkan produk jenama sendiri? Sebelum ini, kilang pengeluar produk makanan atau produk kecantikan hanya menumpukan untuk memperolehi kontrak daripada jenama besar. Apabila mereka (kilang OEM) memperolehi kontrak ini, mereka akan diberikan hak untuk mengilangkan jenama berikut mengikut piawaian yang ditretapkan.

Lama kelamaan, kilang-kilang OEM ini telah memiliki banyak teknologi dan memperolehi pelbagai persijilan untuk membuktikan mereka mempunyai kepakaran mengilangkan produk berkualiti tinggi. Sebagai strategi bijak, mereka mula memberi tujuan kepada segmen pasaran baharu yang belum diteroka.

Sasaran mereka; golongan yang baru hendak menghasilkan produk jenama sendiri dan belum terkenal. Sekirangan golongan ini berjaya, kilang akan melonjakkan namanya dan seterusnya dapat hak mengeluarkan produk tersebut. Oleh itu, ada beberapa kilang OEM yang bersungguh-sungguh membantu pengeluar produk berjenama sendiri ini untuk berjaya, atas dasar win-win situation.

4 Langkah kilang OEM membantu membangunkan produk.

Namun ramai penguasaha produk yang gagal.

Bagi mereka yang pernah menjadi stokist atau dropshipper bagi produk orang lain, harapan mereka lebih cerah.

Mengapa?

Faktor kegagalan produk jenama sendiri.

Tidak kira dalam bidang kosmetik atau makanan, memang terdapat sejarah owner produk yang akhirnya terpaksa berhadapat dengan masalah seperti produk tidak mendapat kelulusan KKM, lambakan stok produk tidak terjual malah ada yang ditipu oleh pelbagai pihak, termasuk pihak kilang dan stokis.

Antara sebab kegagalannya ialah:

Tidak melakukan proses R&D yang teliti.

Sebelum menghasilkan produk, proses kajian yang dilakukan perlu teliti dan kadang kala memerlukan modal yang besar bergantung kepada jenis produk yang ingin dihasilkan. Kadang kala kerana terburu-buru ingin jenama sendiri dan muka pengeluar berada di kotak produk, produk tersebut dihasilkan dengan secara tergesa-gesa dan tidak berkualiti. Hasilnya, jenama tersebut tidak bertahan.

produk jenama sendiri selamat tanpa merkuri

R&D KANDUNGAN DAN RESEPI PRODUK.

Mungkin pengasas produk telah mempunyai idea sendiri kandungan bahan atau resepi produk yang ingin dilancarkan. Namun begitu, pengeluar tidak boleh sesuaka hati membuat pesanan kepada kilang untuk terus memprosesnya. Kilang yang bermotifkan keuntungan tentunya akan terus menghasilkan produk tersebut kerana telah menerima bayaran tanpa memikirkan implikasi produk itu.

Bagi kilang yang mementingkan kualiti, resepi dan isi kandungan produk akan dibincangkan terlebih dahulu atas tujuan berikut:

  1. Mengelakkan kandungan berbahaya (produk kosmetik).
  2. Memastikan kos bahan mentah yang ideal.
  3. Memudahkan proses pensijilan (sijil Halal, Sijil KKM).

Kadang kala, ada kilang yang menumpukan kepada proses produksi semata-mata dan tiada khidmat rundingan R&D seperti ini. Dalam kes sebegini, pengeluar produk jenama sendiri perlu mencari pihak ketiga yang sedia memeriksa resepi mereka. Kebiasaanya pihak ketiga ini merupakan ahli bioteknologi, ahli kimia (chemist) ataupun pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.

Sebagi seorang stokist mereka telah terbiasa melihat kandungan produk yang dipasarkan. Stokist telah mampu mengenalpasti atau meramal produk mana yang berkesan atau tidak, merbahaya atau selamat, boleh boom atau tidak produk tersebut di pasaran.

Ini ialah hasil dari pemerhatian mereka kepada produk produk yang dijual sebelum ini. Sebagai seorang stokist tentunya mereka mengambil tahu dengan mendalam produk yang dijual.

Sampai satu peringkat, mereka sendiri mampu melahirkan produk sendiri.

Stokist lebih berpeluang berjaya jika asaskan produk jenama sendrii
Stokist lebih berpeluang berjaya jika asaskan produk jenama sendri.

R&D PERMINTAAN PELANGGAN.

Produk yang biasanya mendapat sambutan hangat di pasaran ialah produk yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh ramai orang. Sebagai contoh, produk menghilangkan jerawat lebih mendapat sambutan daripada produk menghilangkan ketuat.

Sebabnya mudah; kerana lebih ramai orang menghadapai masalah jerawat berbanding ketuat.

Proses kajian sejauh mana produk jenama sendiri ini akan diterima oleh pelanggan bergantung kepada pengeluar itu sendiri. Sekiranya owner merupakan seorang yanb baharu dalam dunia bisnes, langkah ini selalunya sukar. Kaedah yang ada hanyalah try and error.

Bagi mereka yang pernah menjadi stokist atau ejen dropship, mereka sudah sedikit sebanyak mengenali pelanggan. Melalui jualan-jualan yang telah dilakukan, stokist seharusnya telah ada data pelanggan. Data ini termasuklah demografi (jantina, kaum, lokasi pelanggan, umur, dan lain-lain).

Sekiranya stokist tidak membina database ini, mereka melakukan kesilapan yang besar. Data ini dapat membantu stokist membuat keputusan produk bagaimana yang harus dihasilkan sesuai dengan permintaan pelanggan sekiranya suatu hari nanti stokist ini berhasrat menjadi pengeluar produk kecantikan jenama sendiri.

R&D HARGA PRODUK YANG DITERIMA PELANGGAN.

Menetapkan harga yang tepat terhadap produk jenama sendiri menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan pelancarannya. Jika terlampau murah berbanding pesaing, pelanggan akan menganggap ia tidak berkualiti ataupun tiruan. Jiak terlalu mahal, menyukarkan jualan.

Jika apda awalnya harga yang ditetapkan tinggi, tetapi setelah beberapa lama harga diturunkan pula, pelanggan akan beranggapan produk ini tidak laku.

Sekali lagi stokist mempunyai kelebihan dalam bidang ini. Produk mahal tetap dapat dijual kepada golongan pelanggan berada. Bagi golongan lain pula mungkin ada produk yang lebih sesuai harganya. Kadang kala masalah ini boleh diselesaikan dengan isipadu produk yang dijual.

Sebagai stokist, anda pasti pernah melihat situasi sebegini; ada pelanggan yang gemar membeli botol yang besar, tapi jarak order yang lama. Ada pelanggan yang membeli dengan kerap, tetapi botol yang kecil sahaja. Pola sebeginilah yang diketahui oleh stokist dan ejen dropship tetapi tidak diketahui oleh orang lain.

Setelah menjadi owner produk, mereka boleh menggunakan pengetahuan ini sebagai kelebihan.

Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk jenama sendiri?

Dulu Stokist Kini Pengeluar.

Bermula sebagai pengedar produk jenama orang lain, kini mempunyai syarikat dan produk jenama sendiri yang dikilangkan di Malaysia. Cerita ini sudah tidak pelik. Merekalah yang boleh dijadikan rujukan, idola dan penanda aras jika ingin membuat produk jenama sendiri.

Cabaran yang dihadapi oleh Jenama Tok Guru.

Kopi pra campuran dan minuman kesihatan adalah antara hampir 50 produk yang dihasilkan di bawah jenama ini. Haji Ahmad Fauzi Mohamed Hashim dan isterinya, Hajah Hamizah Hussin dalam satu artikel menceritakan dengan antara cabaran yang mereka hadapi;

  1. Membina keyakinan pelanggan terhadap jenama produk.
  2. Masalah modal untuk mengilangkan produk.
  3. Terpaksa memasarkan produk sendiri.
Kami fobia dan tidak berani untuk menjual produk sendiri lagi kerana serik ketika perniagaan kami jatuh, sebaliknya kami fokuskan kepada menjual produk orang lain.
Walaupun pernah serik untuk berniaga barangan sendiri, namun Ahmad Fauzi dan Hamizah mempunyai semangat yang kuat untuk kembali bersaing dengan peniaga lain menerusi jenama sendiri, Tok Guru, dengan menubuhkan Saffron Integrated Marketing pada 2007.
www.sinarharian.com.my

Segala dugaan yang dihadapi akhirnya membuahkan hasil apabila kini mereka mempunyai kilang sediri di Halal Park SME Bank Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor, setelah melabur hampir RM 1.5 juta.

Antara pengajaran yang boleh diambil dari dua tokoh ini:

  1. Meletakkan produk di kedai – kedai runcit secara consignment. Bayaran hanya dipungut setelah produk berjaya dijual dan pekedai diberikan komisyen.
  2. Memasarkan produk di ekspo dan pasar malam untuk memberitahu pengguna tentang kehadiran produk mereka.
  3. Mengadakan kontrak pengilangan dengan kilang lain kerana tidak mempunyai kilang sendrii.
  4. Melaburkan kembali keuntungan melalui pengiklanan di kaca televisyen dan akhbar untuk memperkenalkan jenama Tok Guru.

Menjual serum rambut.

Berkelulusan Ijazah Perakaunan dari Universiti Sains Selangor (UNISEL), Che Feeya atau nama sebenarnya Suraya memberitahu, langkahnya membabitkan diri dalam bidang perniagaan dengan memasarkan serum rambut di bawah jenama NSA Beauty itu berbaloi kerana ia bukan sahaja memberikan pulangan lumayan kepada dirinya tetapi juga dapat membantu kaum wanita terutamanya yang menghadapi masalah rambut.

Sebelum ini saya banyak jual produk orang lain dan kini tiba masanya saya jual produk sendiri iaitu serum rambut NSA Beauty yang memang terbukti keberkesanannya,
Utusan Online.

Pengajaran yang boleh diambil:

  1. Menghargai ejen dan stokis jenama beliau.
  2. Tidak takut mengeluarkan modal untuk melabur.
  3. Tidak takut menceburi bidang kesusahawanan walaupun mempunyai ijazah di bidang Perakaunan.
  4. Berjaya menemui produk yang kurang saingan.
  5. Menggunakan sistem online bagi meningkatkan jualan.

Dulu jual asikrim, kini ada kilang aiskrim.

Siapa sangka dengan modal RM 300 menjual aiskrim di hadapan sekolah, seorang anak muda berjaya membuka sebuah kilang ais krim beliau sendiri. Situasi penjaja yang biasanya kita dengar ialah perebutan tapak perniagaan, diburu penguatkuasa majlis bandaran dan kadang kala persaingan tidak sihat dan kotor antara mereka sendiri.

Tidak bagi Muhammad Fadzli Mohamad Nasir, pengarah urursan Z Golden Legacy Sdn Bhd yang kini mempunyai kilang membuat aiskrim di ibu negara. Beliau membuktikan dengan kelulusan SPM sahaja, dengan tekad mahu terus maju dan tidak statik sahaja, beliau berjaya menjadi pengeluar aiskrim tempatan yang kini membekalkan aiskrim di Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Sabah.

Menceritakan pengalamannya, Fadzli yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berkata dia mempunyai cita-cita tinggi walaupun pekerjaan dilakukannya ketika itu dipandang rendah segelintir pihak.
Berita Harian.

Suri rumah 23 tahun hasilkan Rm 1 juta sebulan.

Suri rumah yang mana? Suri rumah yang memakai niqab. Bila sebut niqab (penutup wajah) ramai yang telah boleh meneka jenama kecantikan. Beliau menjual produk penjagaan kecantikan tanpa menunjukkan epenuhnya wajah beliau. Kerana beliau menjual produknya, bukan wajahnya.

Banyak tips berguna yang dikongsikan oleh beliau. Seperti mana usahawan lain, beliau juga pernah mengalami kegagalan. Cubaan dari segi ekonomi sehingga tahap yang tidak ramai kita dapat gambarkan jika tidak melaluinya sendiri. Untuk lebih mendalami cerita beliau, bolehlah cuba ke blog beliau dan membacanya sendiri.

Balik kampung, buat tak tahu je, tak susahkan mak ayah, beberapa bulan jugak lah, kami fikir balik, muhasabah diri, mesti ada sebab kenapa Allah uji kami, mungkin kita tak sedar kesilapan kita. Akhir tahun 2013, bulan Ramadhan, kami nekad nak ubah hidup balik, suami terpaksa kerja balik, Ramadhan 2013, setiap hari kami bangun qiamullail bersama-sama, nak cari redha Allah balik bukan senang, teringat lagi ustaz tu bagi ceramah di surau, Tuhan uji kita, dia tak puas lagi dengar kita merintih, menangis , memohon padaNya, takut-takut bila dah senang, kita akan lupa.
nurraysa.com

Perlu berani untuk berjaya.

Kejayaan mungkin hanya satu janji manis, atau mimpi disiang hari bagi kebanyakan orang. Bagi yang telah melalui keperitan dan jerih payah berniaga mereka akan faham turun naik roda kehidupan. Apabila di atas, sekecil prkara pun boleh melingkupkan segalanya. Apabila dibawah, sekelumit rezekipun boleh menjadi segunung kejayaan.

“Bacalah”

Membaca dengan takrifan yang lebih besar, mungkin sekadar buku, mungkin dengan berguru. Mungkin dengan bergelumang sendiri dan bangun dari setiap jatuhnya.

Kesemuanya membawa satu kesimpulan yang sama; tanpa ilmu, kita tidak ke mana.

Bagaimana untuk mencari ilmu? terpulang kepada perjalanan dan kesanggupan masing-masing.

Bagaimana menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri?
Bagaimana menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri?

Soalan wajib tahu pengeluar produk kosmetik jenama sendiri:

  1. Apa yang saya perlu tahu sebelum menjadi owner produk?
  2. Statistik berkaitan produk
  3. Kenapa saya perlu menjual dan menjadi ejen produk orang lain?
  4. Selepas saya tahu menjual dan menjadi ejen produk orang lain, apa yang saya perlu tahu dan buat?
  5. Apa yang saya perlu buat sekarang? Saya dah bersedia untuk membuat produk sendiri.
  6. Apa langkah-langkah untuk saya mulakan bila saya sudah bersedia?
  7. Apa itu produk oem?
  8. Kenapa saya perlu memilih produk oem?
  9. Bagaimana saya nak tahu kilang oem yang bagus?
  10. Apakah jenis produk yang boleh saya buat?
  11. Apakah produk kosmetik dan kesihatan yang biasa dibuat?
  12. Produk apa yang ada permintaan?
  13. Produk semua dah ada dan kebanyakkan sama, macam mana saya nak jual?
  14. Boleh tak saya nak buat produk homemade?
  15. Apabila saya nak buat produk, ada apa-apa perkara atau dokumentasi yang saya perlu tahu?
  16. Apakah langkah-langkah yang saya perlu buat bila saya dah selesaikan perkara asas dan memahami beberapa istilah dalam pembuatan produk?
  17. Bagaimana saya nak cari idea buat design produk?
  18. Bagaimana untuk memilih botol dan pembungkusan?
  19. Bagaimana tetapkan harga produk?
  20. Apakah startegi menjadikan produk sentiasa orang beli?
  21. Bagaimana cara pemasaran produk?
  22. Dimana perlu iklankan produk?
  23. Perlu atau tidak saya mempunyai office sebagai permulaan?
  24. Adakah saya memerlukan staff untuk uruskan perniagaan produk saya?
  25. Ada tak sistem yang digunakan untuk permudahkan perniagaan produk?
  26. Apa soalan yang kerap ditanya pelanggan dan perlu bersedia?
  27. Ada tak sistem kod keselamatan produk?
  28. Kenapa perlu masuk expo antarabangsa?
  29. Apa web info berkaitan produk kosmetik dan kesihatan?
  30. Jawab 3 soalan ini dahulu sebelum anda nak buat produk
  31. Nasihat dari beberapa owner produk
  32. Jika saya buat kesalahan, apa tindakan yang saya kena?
  33. Kata penggunaan yang dilarang
  34. Perkara yang tidak boleh diiklankan
  35. Badan yang mengawal periklanan
  36. Analisis yang dibuat oleh Forensic Lab
  37. Panduan Perancangan produk OEM
  38. Senarai 219 kilang yang mempunyai GMP
  39. Undang-Undang kawalan dadah dan kosmetik

Dapatkan jawapannya dalam ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk (MMOP).

 

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge