Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2016/2017

Apa hadiah utama bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2016/2017? Sebuah kereta Proton Perdana 2.4L! Tapi ramai yang tidak tahu adanya cabutan yang pemenangnya akan dihadiahkan kereta ini daripada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).

Secara ringkasnya; Kita akan membuka akaun deposit, yang dinamakan SSPN-i Plus untuk anak-anak. Akaun ini mempunyai komitmen bulanan bergantung kepada pakej yang kita pilih. Depositnya pula akan digunakan sebagai perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak. Semua pendeposit berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

BACA: Panduan membuka akaun SSPN-i PLus SECARA ONLINE.

Tempoh masa cabutan SSPN-i Plus bagi 2016/2017.

 

Cabutan ini merupakan cabutan tahunan dan cabutan suku tahunan yang menawarkan hadiah beberapa jenis kereta dan wang tunai. Bagi Cabutan Tahunan, tempoh promosi bermula daripada 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017. Bagi cabutan Wow! SSPN-i Plus Suku Tahun pula, tempoh dibahagikan seperti berikut:

  1. Cabutan Pertama : Bermula 1 Julai 2016 sehingga 31 September 2016.
  2. Cabutan Kedua : Bermula 1 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  3. Cabutan Ketiga : Bermula 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Hadiah Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/2017.

Lebih 300 hadia ditawarkan bagi musim ini. Jumlah terkumpul hadiah tersebut ialah RM 1.5 juta. Berikut ialah pembahagian hadiah utama mengikut sesi cabutan:

Hadiah bagi Cabutan Wow! SSPN- Plus Tahunan:

  • Proton Perdana 2.4 L – Seorang pemenang hadiah utama.
  • Toyota Vios 1.5L TRD Sportivo – Tiga orang pemenang tempat kedua.
  • Motorsikal Kawasaki ER-6f – Lima orang pemenang tempat ketiga.

  • Wang tunai bernilai RM2,000 – 250 orang pemenang hadiah saguhati.

Hadiah Cabutan Wow! SSPN-i  Plus Suku Tahun:

  • Suku Pertama : Honda Jazz 1.5L bagi pemenang utama dan wang tunai RM2,00 bagi 20 orang pemenang sagu hati.
  • Suku Kedua : Honda Jazz 1.5L bagi pemenang utama dan wang tunai RM2,00 bagi 20 orang pemenang sagu hati.
  • Suku Ketiga : Honda Jazz 1.5L bagi pemenang utama dan wang tunai RM2,00 bagi 20 orang pemenang sagu hati.

Syarat Penyertaan Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/2017.

  1. Penyertaan adalah automatik.
  2. Setiap deposit sebanyak RM 50.00 layak mendapat satu peluang cabutan (nilai minima ini sama bagi semua pakej SSPN-i).
  3. Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i  Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi.
  4. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (termasuk pasangan dan anak-anak) serta kakitanan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) tidak layak menyertai cabutan.
  5. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan.

Cara membuka akaun SSPN-i secara online.

Akaun SSPN-i boleh dibuka melalui permohonan online. Sila semak cara dan syarat membuka akaun online di sini. Terdapat beberapa jenis pakej yang boleh dipilih oleh pendeposit bergantung kepada sasaran dan komitmen yang mampu ditanggung. Pakej dengan komitmen paling rendah ialah sebanyak RM 30.00 sebulan manakala paling tinggi ialah RM 500.00 sebulan.

Pakej ini akan digabungkan dengan instrumen insurans yang memberi manfaat tertentu mengikut pakej yang dipilih. Selain secara online, bakal pendeposit boleh membuka akaun di kaunter PTPTN sendiri.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge