Blog, dari hobi kepada kerjaya; cara mencari duit lebih.

Blogging sebagai cara cari duit lebih

Awak kerja apa ye?

“Blogger”, jawapan yang pendek, penuh keyakinan. Kalau itu yang aku ucapkan 15 tahun dulu, mungkin ramai yang tak ambil peduli. Macam mana dengan sekarang? “Wah, kayah lah kau!”. Itu jawapan orang sekarang. Blog sebagai cara mencari duit lebih. Sebab ramai jutawan senyap yang telah ‘terbocor’ ke pengetahuan umum.

Asalnya hobi, dan mungkin ada yang dari awal memasang niat menjadikan blog sebagai kerjaya. Tak salah, itu yang terbaik sebenarnya. Blog is business, itulah hakikatnya, tak kira apa sekalipun niat kita memulakan sebuah blog. Dan sebagai mana bisnes yang lain, 9 0ut of 10 business fail.

Jadi kalau blog pertama kita gagal, apa maknanya? Kita perlu cuba 9 kali lagi! Bagaimana pula kalau kita telah cuba 9 kali dan masih gagal? Tahniah, blog seterusnya peratus anda untuk berjaya amat tinggi. Bagaimana pula kalau sudah 27 blog anda hasilkan, semuanya tidak cukup sifat belaka, gagal semuanya? Tahniah, anda telah menemui 27 cara yang tidak berjaya, dan kini anda mempunyai pengalaman. Bagi anda, mungkin sekarang masa yang baik untuk menkaji bagaimana framework anda dalam menghasilkan blog.

Blogging sebagai cara mencari duit lebih
Pelan-pelan kayuh.

Cara mencari duit lebih dengan menghasilkan blog yang 100% berjaya, dan memberi pulangan lima angka, dalam masa satu minggu, dengan hanya bekerja 5 minit sehari.

5 minit sehari selama seminggu lebih kurang 35 minit keseluruhannya. Pulangannya pula ialah lima angka. Ada mahu? Sapa yang tak mahu. Anda percaya? Samalah kita, saya pun tak percaya. Maaf, kalau anda mahu shortcut cara mencari duit lebih sebegitu, saya tak tahu caranya. Mungkin peluang anda lebih cerah jika masuk skim cepat kaya. Tiada cara sebegitu dalam blog ini. Kebanyakannya, anda perlu belajar, membaca dan mencuba. Setengah orang malas membaca, tapi amat cepat belajar melalui video. Kalau bercakap pasal cari duit lebih, biasanya ada empat sebab yang biasa kita dengar;

  1. cari duit lebih dari rumah
  2. cari duit lebih untuk kahwin
  3. cari duit lebih tanpa modal
  4. cari duit lebih untuk pelajar

Mind set seorang blogger yang menganggap blogging sebagai kerjaya.

Saya akan tinggalkan perbincangan mengenai teknik, tips, cara dan segala macam panduan teknikal kepada mereka yang lebih arif (sikit-sikit ada saya kongsi juga dalam blog ini, rajin – rajinlah selak segala entri yang ada). Posting kali ini hanya akan sentuh mindset sahaja. Soalan pertama yang kita harus tanya pada diri sendiri ialah, pada masa ini, blog kita ini kita anggap sebagai apa?

  • Diari
  • Album gambar
  • Hobi
  • Part time
  • Kerjaya
  • Periuk nasi

Yang mana satu dari senarai di atas ialah blog kita? Kalau anda perasan, saya susunkan mengikut keseriusan (berdasarkan pendapat peribadi) dari atas ke bawah. Bagi tiga yang teratas saya lebih suka kategorikan sebagai recreational blogger, diikuti oleh amateur blogger dan yang terakhir itu ialah profesional. Setuju? Anda tidak perlu setuju.

Mind set seorang recreational blogger.

Kategori ini tidak menumpukan keuntungan, dan kategori blogger paling berjaya sebenarnya. Saya akan terangkan kenapa mereka paling berjaya, pada pandangan saya. Kita belajar kenali mereka dahulu. Bagi mereka blog mereka ialah dunia mereka. Bukan periuk nasi, tapi saya katakan, blog mereka dunia mereka. Sebab itu saya kata mereka paling bahagia.

Matlamat mereka cuma satu, mahukan minat mereka, atau passion mereka berada di internet, untuk dikongsikan dengan orang yang mereka inginkan. Merekalah blogger yang selalu mencapai matlamat ini. Kepuasannya cukup sekadar itu. Jadi, mudah untuk dicapai, kan?

Keyword search tak perlu buat, sebab mereka dah tahu apa yang mereka perlu tulis, iaitu, apa sahaja yang mereka ingin tulis. Hobi, minat, resepi, ataupun kucing parsi. Visitor tak payah fikir, sebab mereka nak share dengan kawan – kawan sahaja, kalau ada pengunjung yang sama minat, itusu dah dikira bonus. Jauh sekali la nak monetize blog atau pasang iklan. Kalau mereka dah mula bercita-cita hendak ada income, mereka lebih sesuai masuk kategori seterusnya.

Mind Set seorang part-timer blogger.

Apabila blog sudah dijadikan cara mencari duit lebih, mereka saya anggap sebagi part-time blogger, selain mencari pengalaman dan skill. Pengalaman dan skill juga merupa aset atau ‘pendapatan’ yang terhasil dari pengendalian blog.

Sebagai seorang part-timer, kita ada kekangan seperti masa, alat, dan pengetahuan. Seeloknya, bagi yang makan gaji atau yang masih belajar, sentiasa jadikan part time itu diluar priority utama, sama ada tanggungjawab atau kewajipan sebagai seorang pelajar atau dengan majikan. Seboleh-bolehnya blogger separuh masa ini mestilah menjadikan mencari kemahiran untuk mengasah bakat dan menambah pengetahun sambil medapatkan duit sampingan. Bukan sebaliknya. Jangan cari duit sambil tambah pengalaman, tapi tambah pengalaman sambil mencari duit.

Dalam kategori ini kebanyakannya akan menggunakan hosting ataupun platform blog percuma, kerana kekurangan modal atau belum berani untuk melabur dalam hosting berbayar. (Saya pernah terangkan kenapa mengeluarkan duit untuk hosting itu pelaburan, bukan kos. Check sini dan sini.) Blogger sambilan tidak akan risau kalau dia kehilangan ‘kerja’ part time ini, sebab dia masih belajar, atau dia ada kerja utama yang lain. Kegagalan boleh menjadi sesuatu yang pahit, tapi tidak semestinya memeritkan. Because we always have something that we can fall on. Apabila tiba saatnya, kita merasakan kegagalan bukan satu pilihan, kita berada di kategori ketiga.

Mind set blogger yang blognya ialah periuk nasinya.

Kalau blog kita adalah kerjaya kita, satu-satunya punca pendapatan kita, bagaimana kita akan handle blog kita? Jauh bezanya kan? Sebagai mana punca pendapatan yang bukan makan gaji, ada hari raya, ada hari mendung, faham tak agaknya? Tak de sesiapa yang akan automatik bagi duit pada kita kalau kita tak berusaha. Kalau blog kita adalah periuk nasi kita, mungkin situasi di bawah menjadi sesuatu yang perlu kita hadapi secara harian.

  1. Malas buka blog, seperti malas pergi kerja (kaki MC dan EL).
  2. Malas belajar, sampai bila pun tak naik pangkat (ranking blog naik).
  3. Malas buat entri, malas buat kerja (kaki langgar dateline).
  4. Malas buat promotion, ertinya malas mencari pelanggan.

Senang kata, kalau dah blog itu periuk nasi kita, semestinyalah sepenuh hati kita jaga. Halal haramnya. Reputasinya dari segi isinya, ketulenannya, kualitinya. Penampilan dari segi widgetnya, templatenya, gambar – gambarnya. Sama ada nak buat musuh atau nak buat kawan. Semua kita fikirkan, betul? Mesti semua kita jaga, kan?

Untuk mencapai status ini, tiada jalan pintas. Tawakal, kemudian usaha dan terus berusaha. Dalam kategori ini, blog bukan lagi sampingan. Kita perlu ada jadual, ada masa bertugas dan masa rehat. Dan apabila bertugas, kita fokus dengan tugasan itu, mengejar dateline yang kita sendiri tetapkan. Tapi rasanya lebih menyeronokkan kerana kerja ini kita yang mahu, bukan kerana terpaksa, betul?

Saya ingin ke situ, blog sebagai periuk nasi.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

3 thoughts on “Blog, dari hobi kepada kerjaya; cara mencari duit lebih.

  1. Jadi blogger sebenarnya satu perjalanan yang jauh sebelum capai matlamat. Setahun dua dikira masih muda.

    Ada suka berkongsi, suka membantu dan sebagai balasan dapat komuniti yang sama. Revenue pula datang menyusul.

  2. As Salam nak Azwan,

    Bunda juga seorang blogger, blogger mak2 ajer…blogger sambilan, mengisi masa lapang. Meski pun bunda hanya suri rumah sepenuh masa, anak2 dah besar2, dah kerja semuanya. Bunda banyak masa tinggal seorangan di rumah, kadang tu masa untuk mengupdate blog hari2 apa lagi 2 3 entri sehari pun kadang tu payah jugak.

    Kadang tu masa di penuhi untuk kerja rumah, kadang tu idea tak menyinggah, tiap bulan seminggu bunda balek kampung ziarah orang tua, yang paling getir sekali bunda ni slow sikit bab menaip , mengupload dan download dan macam2 lagi yang melibatkan penulisan dan penggunaan internet dan komputer ni, memang fail sangat kot tu.dan ditambah lagi ases internet kat rumah hanya guna talian berbayar biasa dan mobile sahaja…kadang tu bermasaalah pulak..

    Dalam masa dah 3 tahun bunda berblog, baru dalam beberapa bulan kebelakangan ni sahaja bunda baru pandai sikit2 untuk menyimpan beberapa entri yang dah siap dalam draft dan setkan tarikh untuk di publishkan…

    Tengok tu betapa slow dan ketinggalannyer bunda kan…

    Sebelum ini bila ada idea menulis bunda bertungkus lumus mengadap dan publish terus, tak reti nak save dan simpan draft banyak2 dulu…pastu setkan tarikh untuk di publishkan. So banyak masa bunda habis mengadap komputer dengan satu entri sahaja, kadang tu lama sekali baru update pulak.

    Kini bunda boleh buat aktiviti lain atau balek kampung dengan hati lapang sebab entri tetap keluar bila tiba masa tarikhnya yang dah ditetapkan.

    Ntah macam mana hari ini bunda terbuka blog Azwan ni dan terbaca benda yang kena mengena dengan bunda…dan bunda suka untuk share hal ini dengan Azwan..

    Terima kasih Azwan, semoga Azwan terus sukses dalam berblog….sudi2kan lah singgah keblog picisan bunda ye….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge