Cara Simpan Duit Yang Kreatif dan Seronok Untuk Dicuba!

Apakah cara simpan duit yang paling sesuai dengan rakyat Malaysia? Jawapannya tiada satu teknik yang sesuai dan praktikal bagi menyimpan duit untuk semua orang. Setiap individu mempunyai sumber pendapatan dan keperluan kewangan yang unik dan berbeza.

Namun begitu, terdapat banyak teknik menabung yang mudah dan praktikal untuk dicuba. Kita boleh membaca dan meniru cara dan gaya mereka yang konsisten menyimpan. Mana tahu, salah satu daripada cara itu sesuai dengan kita.

Di sini di kongsikan cara yang menarik untuk menyimpan duit yang sesuai dengan persekitaran dan kehidupan di Malaysia.

Mari cuba cara simpan duit yang kreatif dan menarik ini.

1. Teknik Duit Haram

Jangan khuatir, HARAM di sini tidak bermaksud menyalahi undang-undang atau haram dari segi hukum agama. Cara menyimpan duit menggunakan Teknik Duit Haram adalah begini:

  1. Anda mengharamkan diri dari menggunakan not kertas tertentu; contohnya RM1, RM5, atau RM20.
  2. Setiap kali anda terima not ini daripada sesiapa, not-not kertas ini akan terus masuk ke tabung yang telah anda buat dan khaskan untuk tujuan ini.
  3. Dengan kata lain anda menyimpan duit mengikut warna pilihan warna not wang kertas itu. Tabung biru (RM 1), Tabung Hijau (RM 5) atau Tabung Penyu (RM 20).
  4. Pilih warna yang anda suka.

2. Teknik Kalendar Masehi

Teknik ini akan melatih anda menyimpan duit secara harian dan berterusan. Kaedah yang amat baik untuk membina tabiat menabung. Caranya:

  1. Lihat hari ini berapa tarikh pada kalendar masehi.
  2. Anda perlu simpan sebanyak itu pada hari itu. Contohnya pada 14 hb, anda perlu menyimpan RM 14, pada 1hb anda perlu menyimpan RM 1.
  3. Pada bulan yang mempunyai 30 hari, anda boleh menyimpan sebanyak RM 465.
Teknik Senarai 28 Hari
Kalendar pun boleh dijadikan alat untuk membantu menjadikan menabung itu seronok.

3. Teknik Kalender Masehi Junior

Variasi daripada teknik di atas. Teknik manabung ini sesuai bagi mereka yang tidak mampu menyimpan secara harian dengan banyak. Caranya:

  1. Masih lagi menyimpan mengikut tarikh, tapi hanya mengambil kira digit belakang pada tarikh tersebut.
  2. Contohnya pada 1hb, anda menyimpan RM1, pada 7hb anda menyimpan RM 7.
  3. Apabila tiba pada 12hb anda hanya perlu menyimpan RM2, pada 24hb anda hanya perlu menyimpan RM 4.
  4. Pada 10hb, 20hb dan 30hb anda tidak perlu menyimpan.
  5. Dalam masa sebulan yang mempunyai 30 hari, anda boleh mengumpul sebanyak RM 135

4. Teknik Cabaran 30 minggu

Teknik ini memerlukan anda menyimpan secara mingguan dan menaikkan jumlah simpanan secara berkala setiap minggu.

  1. Tetapkan nilai permulaan, contohnya RM 7. Dalam masa seminggu, iaitu sebelum hari Ahad pada minggu itu, anda perlu menyimpan sebanyak RM 7.
  2. Boleh jadi anda menyimpan RM1 sehari, atau secara melompat hari, itu tidak penting.
  3. Yang pentingnya, sebelum jam 12 tengah malam pada hari Ahad minggu itu, anda berjaya menyimpan sebanyak RM7.
  4. Pada minggu kedua naikkan sasaran simpanan duit mingguan anda. Kadar kenaikan ini hendaklah seragam setiap minggu.
  5. Dalam contoh ini kita pilih kadar kenaikan ialah RM 3. Bermakna pada minggu kedua anda perlu menyimpan RM10, RM13 pada minggu ketiga, pada minggu keempat RM16 dan seterusnya.
  6. Pilih nilai mula dan jumlah kenaikan yang realistik dan tidak membebankan, tapi tidak terlampau rendah sehingga tidak mencabar.
  7. Sebagai contoh, kita ambil 30 hari sebagai tempoh untuk menguji cabaran ini.
  8. Pada hari pertama, kita akan simpan sebanyak RM 10. Kenaikan setiap hari yang kita tetapkan ialah RM 0.50.
  9. Kedua-dua nilai ini nampak realistik, tidak terlampau kecil atau besar.
  10. Pada hari kedua, kita menyimpan RM 10.50, RM 11.00 pada hari ketiga begitulah seterusnya, dengan menaikkan RM 0.50 setiap hari dari jumlah yang kita simpan hari sebelumnya.
  11. Apa akan jadi selepas 30 hari? Kita telah berjaya mengumpul RM 517.50 dalam masa 30 hari.
  12. Jumlah masa (hari,minggu,bulan) dan jumlah tabungan boleh diubah mengikut kesesuaian dan sasaran masing masing.
  13. Jadual dibawah menggambarkan berapa ringgit yang perlu disimpan setiap hari selama 30 hari untuk memahami konsep ini.
Jadual Simpan duit 30 hari
Jadual Simpan duit 30 hari

 

5. Teknik Shopping Sambil Menabung.

Jarang dinar yang dibuat gred 999.

Adakah anda jenis orang yang tidak boleh melihat duit terkumpul banyak dan ingin membeli sesuatu dengannya? Guna cara ini:

diterbitkan di azwans.com

  1. Tetapkan supaya barang yang boleh anda bei dengan duit tabungan itu adalah benda bernilai yang boleh disimpan lama, malah boleh naik nilainya.
  2. Ya, Emas dan Perak.
  3. Tetapkan sasaran bulanan, contohnya hendak membeli satu gram emas setiap bulan.
  4. Atau bagi yang suka membeli secara online, bolehlah cuba membeli Sijil Simpanan Premium BSN secara online.
  5. Boleh juga beli instrumen pelaburan yang lain seperti saham atau unit trust.

6. Cara simpan duit yang mudah tapi berkesan.

Anda rasa cara di atas terlampau kompleks? Sesetengah orang memerlukan ransangan sebegitu untuk menjadikan menyimpan duit secara harian itu menarik. Namun begitu, jika anda lebih suka kepada cara yang straightforward, boleh cuba kaedah di atas.

  1. Teknik 10% : Simpan 10% daripada setiap duit yang anda terima (gaji, komisyen, sales, claim, bonus). Atau apa – apa peratusan yang anda mampu.
  2. Teknik Hari Jumaat: Simpan dengan kadar tetap setiap hari Jumaat. Atau apa sahaja hari yang anda pilih.
  3. Teknik Tabung Buluh: Setiap hari kosongkan poket, dompet, atau beg tangan anda daripada syiling. Masukkan ke dalam tabung dan bank in pada setiap hujung bulan.
  4. Teknik Potongan Gaji: Buat arahan pemotongan gaji dan terus lupakan anda sedang menyimpan. Biar duit itu beranak – pinak sendiri.

Tips untuk menyimpan duit secara manual supaya berjaya.

  1. Tetapkan sasaran untuk menyimpan.

  2. Sediakan bekas tabung yang lut sinar supaya mudah anda melihat isi kandungan tabungan anda.

  3. Letakkan di tempat yang mudah dilihat setiap hari (tapi selamat) supaya anda ingat untuk meyimpan duit di dalam tabung itu setiap hari.

  4. Labelkan tabug itu supaya and ingat kenapa anda ingin menyimpan.

  5. Hebahkan kepada orang yang anda percayai agar mendapat sokongan moral dan semangat.

  6. Tahan diri anda daripada mengeluarkan duit dari tabung itu kecuali sasaran telah dipenuhi atau anda ingin pindahkan ke dalam bank.

Yang mana satu cara simpan duit pilihan anda?

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

3 thoughts on “Cara Simpan Duit Yang Kreatif dan Seronok Untuk Dicuba!

  1. Shaima Habiborrahman Reply

    Saya gunakan teknik haram, memang cepat menyimpan (mungkin rezeki saya dapat duit berbaki dalam bentuk RM5 dan RM20 lebih dari biasa). Teknik Masehi Junior juga menarik tu. 😀 Mohon share artikel ini tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge