Cara Untuk Membuat Pilihan Pinjaman Peribadi

Cara untuk membuat pilihan pinjaman peribadi

Bagi yang berkerja makan gaji paling tidak sekali, mesti pernah terfikir untuk memohon personal loan. Tidak kiralah sama ada bekerja dengan kerajaan, bekerja swasta atau bekerja sendiri. Pihak bank dan along berlumba – lumba menawarkan pelbagai bentuk pakej pinjaman untuk menarik pelanggan. Kadang kala, kempen ini disertakan dengan hadiah menarik dalam bentuk wang tunai, kereta atau pakej percutian.

Cara Untuk Membuat Pilihan Pinjaman Peribadi; The First Step.

Pekara paling asas yang perlu dilakukan sebelum memohon pinjaman ini ialah menetukan sama ada kita betul-betul perlu atau tidak membuat personal loan. Memang diakui, jalan terbaik ialah menabung untuk memenuhi keperluan kita, tapi dalam setengah keadaan, kita terpaksa memilih untuk meminjam bagi menyelesaikan cabaran kewangan yang sedang dihadapi. Pakar kewangan antarabangsa sendiri selalu bertanya dalam seminar mereka; mana lebih mudah, mengumpul USD 1o,000 atau meminjam USD 10,ooo?

Sebelum meminjam, pastikan kita mempunyai alasan yang kukuh untuk memohon, inilah langkah pertama, langkah yang perlu dilakukan sebelum kita memilih dari bank mana kita akan memohon. Jangan sesekali kita membuat pinjaman atas dasar suka-suak atau sebab gaji kita layak. Dalam konteks rakyat Malaysia, berikut ialah alasan yang biasanya dijadikan sebab untuk memohon pinjaman peribadi;

  • Buat perbelanjaan kahwin.
  • Dijadikan down payment untuk pinjaman hartanah.
  • Mengubahsuai rumah.
  • Perbelanjaan anak masuk ke pusat pengajian tinggi.
  • Dijadikan modal perniagaan kecil.

Setelah kita benar benar yakin bahawa kita perlu kepada sejumlah duit yang tidak kita miliki pada masa itu dan hanya personal loan yang mampu menjadikan penyelesaian, kita boleh ke langkah seterusnya.

Cara untuk membuat pilihan pinjaman peribadiCara untuk membuat pilihan pinjaman peribadi; sebelum memohon.

Dalam fasa ini terdapat tiga langkah yang perlu kita ambil.

 

  1. Minimakan jumlah yang perlu dipinjam.
  2. Minimakan tempoh bayaran balik pinjaman.
  3. Minimakan bayaran bulanan yang perlu dibayar.

Langkah pertama tidak memerlukan kita mengkaji atau memilih daripada bank mana untuk dipohon. Tentukan jumalah yang kita perlukan berdasarkan sebab yang telah kita yakini sebelum ini. Kemudian, fikirkan cara yang boleh membantu mengurangkan jumlah itu. Kita ambil perbelanjaan kahwin sebagai contoh. Katakanlah anggarannya sekitar RM30,000.00. Cuba bincang dengan pasangan tentang penjimatan yang boleh dilakukan.

Mungkin kita boleh dapatkan lokasi yang lebih murah, atau catering service yang lebih berpatutan, atau mengurangkan kos sampingan seperti upah photografi dan door gift. Begitu juga jika tujuan kita meminjam ialah untuk membeli kereta terpakai secara tunai. Dalam hal down payment untuk pembelian hartanah, cuba dapatkan diskaun bayaran muka dari pemaju atau pembiayaan yang lebih tinggi dari pihak bank. Cara ini dapat mengurangkan jumlah yang kita perlu pinjam dengan kaedah pinjaman peribadi.

Kebanyakan salah tanggap peminjam ialah melakukan pinjaman semaksima yang dibernarkan oleh pihak bank, dengan alasan hendak membuat pinjaman bukan mudah. Percayalah, jika kita meminjam melebihi ‘keperluan’ kita, duit baki itu tidak akan berjaya disimpan. Sebaliknya akan hangus begitu sahaja entah ke mana. Sekiranya kita dari jenis yang berdisplin menyimpan, kita tidak akan membuat pinjaman peribadi kerana kita mempunyai simpanan.

Langkah kedua ialah meminimakan tempoh bayaran balik. Cuba bertanya kepada beberapa bank tentang jadual pembayaran balik pinjaman peribadi mereka. Kumpul jadual ini dan bandingkan tempohnya. Jangan ambil masa terlalu lama untuk membayar balik pinjaman kerana ia akan menjejaskan pendapatan masa hadapan kita. Setelah jumlah yang perlu dipinjam dikurangkan dalam langkah pertama tadi, kurangkan pula tempoh bayaran baliknya. Langkah kedua ini berkait langsung dengan langkah ketiga.

Langkah ketiga ialah mencari bank yang menawarkan ansuran bulanan terendah dalam jangkamasa yang telah kita pilih di langkah kedua. Jumlah bayaran yang disyorkan ialah sekitar 80% daripada kemampuan kita. Contohnya kita berkeyakinan untuk membayar ansuran sebanyak RM 500 sebulan, maka carilah pinjaman yang ansuran bulanannya sekitar RM 400 sahaja.

Apakah cara untuk membuat pilihan pinjaman peribadi yang tepat?

Bagi setiap orang mempunyai faktor yang berbeza untuk dipertimbangkan. Antara faktor – faktor yang boleh difikirkan termasuklah;

  • Patuh Syariah.
  • Pinjaman dari bank yang boleh membuat potongan gaji secara automatik, agar kita tidak terlupa membayar ansuran.
  • Pinjaman dari bank yang mempunyai khidmat perbankan internet yang memudahkan kita menyemak baki pinjaman.
  • Peratus kadar faedah yang dikenakan. Walaupun setengah bank mengenakan kadar yang tinggi berbanding yang lain, ada kalanya ia lebih menguntungkan kerana duit pinjaman yang diperolehi oleh peminjam lebih banyak berbanding bank dengan kadar faedah yang rendah tetapi mengenakan pelbagai caj lain.
  • Memberikan insentif bagi penyelesaian awal baki pinjaman. Jangan terkejut sekiranya kita dikenakan bayaran tambahan apabila cuba membayar loan secara lump sump. Kerana setengah format pinjaman akan menyebabkan bank tidak mencapai sasaran untungnya sekiranya pinjaman diselesaikan lebih awal.
  • Mempunyai perlindungan insurans yang membayar baki pinjaman sekiranya peminjam meninggal dunia.

Antara ciri pinjaman yang perlu dielakkan;

  • Kadar faedah yang tinggi bagi kelewatan bayaran.
  • Perlu membayar sejulah wang terlebih dahulu sebelum meneruma wang yang ingin dipinjam.
  • Mensyaratkan pinjaman perlu bersekali dengan permohonan kad kredit atau lain-lain produk perbankan lain.

Pinjaman peribadi merupakan komitmen jangkamasa panjang. Jika tidak digunakan dengan betul duit yang diterima, kita akan merasai keperitan membayar kembali ansuran pinjaman. Untuk tempoh yang mungkin lebih sepuluh tahun, kita tetap kena membayar sejumlah wang, sedangkan duit yang kita perolehi daripada pinjaman tersebut telah lama dihabiskan dan tidak pula dapat dilihat lagi kesannya (tidak menjadi harta).

Perancangan pembayaran balik juga perlu dirancang sebelum meminjam. Berapa sanggup bayar setiap bulan? Dari mana dapat duit untuk bayar. Sebaiknya apabila anda sudah ada pinjaman, cuba cari jalan untuk meningkatkan pendapatan kita. Sebab kita membuat pinajamn ialah kerana kita tidak cukup duit, jadi salah satu penyelesaian yang logikal ialah dengan mencari pendapatan sampingan yang boleh memberikan pulangan pasif.

Oleh itu kita perlu berhati – hati dan bijak membuat keputusan. Pilihan di tangan kita.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

15 thoughts on “Cara Untuk Membuat Pilihan Pinjaman Peribadi

  1. Salam tuan. Sy ingin bertanya pendapat. Memandangkan sy baru shj bkerja, adakah berbaloi sekiranya sy mbuat pinjaman peribadi untuk mbuat rumah sewa?

  2. Berbaloi ke buat personal loan utk beli tanah? Dan nk buat rumah atas tanah tu dlm beberapa tahun lagi.

  3. Nk tau ape tujuan penyata bank sekiranya nk buat personal loan.bank nk tgk gaji kita masuk or nk tgk baki simpanan yg ada dlm tu?

    1. Biasanya penyata bank ni nak tunjukkan aktiviti keluar masuk duit. Berguna untuk mereka yang bekerja sendiri pendapatan tanpa slip gaji. Penyata bank juga boleh buktikan income kita lebih tinggi dari slip gaji jika kita ada rumah sewa atau part time. Boleh buat pinjaman lebih besar.

    1. bergantung kepada interest rate. Kebiasaanya interest bagi pinjaman kenderaan lebih rendah dari interest untuk pinjaman peribadi.

  4. Bole x klw bt personal loan ni …sy buat serentak dua bank sekali jdi mne yg lulus sy ambek .?
    Bole ka cmtu

    1. Boleh cuba. Mana-mana bank pun akan semak guna sistem yang sama. Bank A akan tahu anda juga turut memohon dengan Bank B. Kalau nak lancar, pohon satu persatu. dah reject baru pohon dengan bank baru.

    1. Dapatkan perkhidmatan dari bank yang berdaftar. Elakkan mencari pinjaman peribadi secara online kerana dikhuatiri ditawarkan oleh peminjam tidak berlesen a.k.a “Along”.

Comments are closed.