Viralkan: Jangan Lakukan 10 Perkara Ini Di Komputer Pejabat.

Langkah Keselamatan ketika menggunakan komputer pejabat

Tips menggunakan komputer yang dikongsi oleh ramai orang.

Kadang – kala kita terpaksa berkongsi komputer. Berkongsi komputer tidak sama dengan berkongsi alatan lain. Berapa ramai antara kita yang boleh beri pinjam telefon kepada kawan selain untuk buat panggilan?

Katakanlah kawan kita berkata “Wei, pinjam telefon sekejap, nak tengok”.

Rasanya ramai yang tidak akan beri, lebih lagi apabila kawan berlainan jantina.

Itu telefon pintar. Bahaya yang sama tetap ada daripada perkongsian komputer. Bagaimana komputer dikongsi?

  1. Komputer keluarga.
  2. Komputer pejabat / makmal komputer / sekolah.
  3. Komputer Kafe Siber.
  4. Komputer orang lain.

 

 

Langkah Keselamatan ketika menggunakan komputer pejabat
Terlampau berhati – hati ? By A1C KRISTI MULDER, USAF [Public domain], via Wikimedia Commons
Amalkan langkah-langkah dibawah untuk menjaga keselamatan dan privasi kita ketika menggunakan komputer yang bukan milik kita.

1. Jangan biarkan komputer yang anda gunakan tiada kata kunci (password).

Sesetengah tempat kerja memang mewajibkan penggunaan password di komputer. Malahan ada yang tidak membenarkan langsung pengguna menukar kata kunci tersebut sendiri. Kata kunci akan ditukar dan dibekalkan oleh bahagian IT. Itu tempat kerja yang mempunyai tahap keselamatan ICT yang tinggi.

Bagi tempat kerja yang kurang keselamatannya, terletak kepada inisiatif pekerja sendiri untuk mewujudkan password. Wujudkan juga akaun “guest” supaya komputer anda boleh diakses oleh orang lain apabila anda tiada di situ. Sebelum kita buat semua ini, pastikan majikan membenarkannya.

Perkara yang sama boleh dilakukan di komputer rumah, atau komputer keluarga. Wujudkan akaun di komputer tersebut untuk setiap ahli keluarga. Letakkan ibu bapa sebagai admin. Dengan cara ini, pemantauan masih boleh dilakukan dan keselamatan komputer masih boleh dijaga.

2. Jangan lakukan transaksi kewangan atau sulit di komputer pejabat.

Menjadi kelaziman kita melakukan transaksi online menggunakan komputer yang dikongsi. Elakkan daripada berbuat demikian. Paling bahaya ialah apabila kita melakukan transaksi kewangan menggunakan internet banking. Jika terpaksa, gunakan telefon atau tab, menggunakan data plan sendiri dan bukannya wifi awam seperti wifi pejabat atau kedai mamak.

Selain transaksi, kadang kala kita juga memuat turun dokumen peribadi menggunakan komputer yang dikongsi. Contohnya slip gaji atau dokumen peribadi yang discan. Kebanyakkan komputer biasanya akan memuat turun dokumen tersebut terus ke folder bernama downloads.

Jika anda membaca artikel ini di komputer yang dikongsi, boleh cuba eksperimen ini:

  1. Di browser yang anda gunakan pergi ke bahagian setting –> downloads.
  2. Lihat berapa banyak dokumen ada di sana, berapa banyak pula dokumen peribadi yang anda boleh jumpa?

 

Sesetengah file yang telah dipadam (delete) boleh di jumpai kembali dengan menggunakan perisian recovery atau forensics yang boleh didapati secara percuma di internet; walaupun anda telah “empty recycle bin”.

Jumpa Gambar Yang Dah Delete Dalam Recycle Bin
Jumpa Gambar Yang Dah Delete Dalam Recycle Bin

3. Jangan log-in ke sesuatu akaun ketika ada seseorang di sisi atau belakang anda.

Kita sangka kita menaip password dengan cepat dan tiada orang akan perasan. Kadang kala ada orang yang boleh meneka apa yang ditaip dan akan cuba log in ke akaun kita di lain masa. Jadi, berhati-hati ketika menaip password atau username anda ketika log in.

4. Jangan biarkan komputer mengingati anda.

Kebanyakan perisian masa kini bertujuan memudahkan kita. Antara ‘kemudahan’ yang ditawarkan ialah dengan mengingati login dan kata kunci kita. Elakkan menggunakan kemudahan ini di komputer yang dikongsi, terutamanya komputer pejabat.

Perhatikan perkataan di bawah yang boleh menyebabkan password anda diingati oleh komputer.

  • Keep me log ini.
  • Remember password.
  • Remember me.

 

diterbitkan di azwans.com

5. Jangan tinggalkan komputer walau seketika ketika anda log-in ke sesuatu akaun.

 

Log Out sebelum tinggalkan komputer
Photo: Chris Roberts/MOD [OGL], via Wikimedia Commons
Komputer yang tidak ber’penunggu’ boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Mungkin dalam masa yang sekejap ditinggalkan itu ada manusia yang tidak bertanggungjawab membuat sesuatu.

Mungkin ada ‘kawan’ yang gatal tangan ingin update status fb anda, atau melihat sesuatu yang tidak ingin anda kongsikan.

6. Jangan lupa log-out setelah selesai menggunakan sesuatu aplikasi.

Sebaik sahaja selesai menggunakan sesuatu, jangan lupa log-out. Pastikan anda clear cache  sebelum menutup browser anda. Pastikan juga anda memeriksa bahagian remembered password dan seumpamanya. Ini akan membolehkan sebarang password yang teringat secara tidak sengaja dipadam

7. Jangan simpan fail peribadi dalam komputer di tempat kerja.

Buat folder baharu dan namakannya ‘peribadi’. Letakkan semua data peribadi anda seperti gambar keluarga, password bank, dan slip gaji di dalamnya. Muatkan juga salinan kad pengenalan anda yang telah di scan.

Adakah ini bijak?

Semua ini akan mendedahkan maklumat sulit anda sekiranya ada orang lain menggunakan komputer itu. Sebaiknya lakukan urusan peribadi itu diluar pejabat.

Sekiranya komputer yang dikongsi bukan komputer pejabat, gunakan pemacu mudah alih. Gunakan kata kunci atau password untuk melindungi pemacu peribadi anda.

8. Jangan melayari laman web berbahaya.

Terdapat laman web yang secara senyap menanam virus, malware, spyware atau adware ke dalam komputer anda. Kebanyakan laman websebegini biasanya menggunakan pornografi, permainan percuma atau download movies percuma sebagai samaran.

Antara tanda-tanda komputer anda telah dijangkiti ialah apabila kita membuka sebarang browser, akan terpapar pelbagai iklan (adsware) ataupun anda dibawa ke website yang bukan homepage anda.

Sekiranya anda betulkan kembali homepage anda, browser anda akan menukarnya kembali.

9. Jangan install sebarang aplikasi tidak perlu ke komputer pejabat.

Seperti juga laman web tadi ada antara free software atau perisin percuma yang mengandungi virus, malware dan adware yang serupa. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna komputer lain yang mungkin akan menggunakan komputer tersebut.

Di kebanyakan syarikat atau tempat kerja yang memiliki Bahagian IT yang cekap, komputer mereka sememangnya telah di atur supaya pengguna tidak mempunyai privilege untuk install sebarang aplikasi di komputer milik syarikat.

Kebiasaanya ada pekerja yang gemar memasang perisian permainan dalam bentuk flash, mp3 player ataupun movie player. Selain boleh merosakkan sistem komputer jika tidak diselia, perbuatan ini juga akan mengurangkan produktiviti pekerja.

10. Jangan lupa tutup suis sebelum balik.

Walaupun dianggap remeh, perkara ini seharusnya dipandang serius. Walaupun sebuah komputer telah dimatikan (shutdown) , sekiranya komputer tersebut masih disambungkan ke capaian internet, komputer terseput boleh dihidupkan dari jarak jauh.

Perkara ini boleh berlaku sekiranya komputer itu telah dijangkiti virus dan malware tertentu. Menyeramkan.

10 perkara yang tidak harus dilakukan di komputer pejabat ini diharapkan dapat memberikan panduan dan peringatkan kita bersama.

Jangan lupa kongsikan sekiranya anda rasa artikel ini berguna.