Fountain Pen Stipula Passaporto

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Aku telah menggunakan pen ini selama lebih tiga tahun. Semasa mula memiliki pen ini, aku tidak terasa hendak menulis sebarang review tentangnya. Tapi, untuk kali ini aku akan cuba kongsikan apa yang aku tahu tentang fountain pen Stipula Passaporto ini.

Review Fountain Pen Stipula Passaporto

Perbandingan Saiz Stipula Passaporto
Perbandingan Saiz Stipula Passaporto

Spesifikasi Teknikal Stipula Passaporto

  1. Bahan : Plastik resin dengan kemasan logam.
  2. Panjang bertutup : 9.2 cm (3.62″)
  3. Panjang tanpa tutup : 8.8 cm (3.46″)
  4. Panjang posted : 1.5 cm (4.94″)
  5. Diameter : 1.0 cm (0.34″ ~ 0.45″)
  6. Berat : 14 g (tanpa dakwat)
  7. Sistem pengisian dakwat : Short International Cartridge / Eyedropper.
  8. Mata : Steel
  9. Klip: Tiada klip.

Posted : Keadaan di mana penutup pen diletakkan di bahagian belakang pen ketika hendak menulis.

Eyedropper : Dakwat diisi secara terus ke dalam badan pen.

Pembungkusan Pen Stipula Passaporto.

Semasa aku membeli fountain pen ini, ia didatangkan sekali dengan sebuah kotak hadiah berwarna merah. Di bahagian hadapannya tertera logo Stipula sebuah syarikat mebuat pen di Itali.

Di dalam bungkusan ini terdapan fountain pen Stipula Passaporto, satu unit international short cartridge dengan dakwat berwarna biru, satu alat eyedropper untuk mengisi dakwat ke dalam pen ini sekiranya kita tidak mahu menggunakan cartridge yang dibekalkan.

Rupa bentuk pen Stipula Passaporto.

Dengan panjang hanya 9.2 cm (kurang daripada empat inci) pen ini boleh dikategorikan sebagai pen kecil yang mudah dibawa di dalam poket. Pen yang mempunyai panjang di bawah lima inci amat jarang ditemui.

Pen ini amat mudah dibawa. Kegemaran aku ialah membawa pen ini di dalam poket syiling sama ada seluar jeans ataupun seluar slack aku. Tutup pen ini mempunya bebenang untuk diskrukan ke badannya.

Oleh itu untuk membuka pen ini kita perlu memutarkannya seperti penutup botol, tidak hanya menarik penutupnya begitu sahaja seperti kebanyakan pen lain. Tutup sebegini amat selamat dan boleh membantu mengelakkan dakwat keluar sekiranya berlaku tumpahan.

Fontain pen Stipula Passaporto Posted
Fontain pen Stipula Passaporto Posted

Bagi pen Stipula Passaporto yang aku beli ini, tiada bebenang di bahagian punggung pen untuk memudahkan penutupnya diletakkan di bahagian belakang pen. Kerana pen ini terlampau pendek, meletakkan penutup di punggungnya merupakan satu keperluan untuk membolehkan pen ini digunakan seperti pen biasa.

Berita bainya ialah, terdapat variasi model Stipula ini yang mempunya bebenang di bahagian punggungnya (threaded back) untuk membolehkan penutupnya diskrukan di bahagian belakang pen.

Contoh variasi tersebut ialah versi terhad yang dihasilakan untuk Fountain Pen Network dan versi terhad yang dihasilakn oleh Stipula untuk Massdrop.

DIY leather hostler for Stipula Passaporto
DIY leather hostler for Stipula Passaporto

Bahagian tengah pen ini dihiasi kemasan logam berkrom dengan bentuk cincin dan dihiasi bunga perak. Selain berfungsi sebagai kosmetik, bunga perak ini juga menjadi penahan daripada pen ini bergolek di atas meja.

Pen ini amat mudah bergolek kerana bentuknya yang berupa kapsul silender.

Semasa aku membeli pen ini, pen ini didatangkan dengan mata steel bersaiz B (broad). Bagi tulisan tangan aku, sebenarnya mata yang lebih sesuai ialah fine ataupun extra fine.

Prestasi dan pengendalian pen Stipula Passaporto.

prestasi semasa dibeli

Semasa mula memiliki fountain pen ini, aku menggunakan cartridge yang dibekalkan. Malangnya, dakwatnya amat susah hendak keluar. Setelah membaca beberapa artikel di internet, apa yang aku faham ialah ada di antara pen Stipula ini yang mempunyai masalah inkflow seperti yang terkena padaku.

Keadaan ini dinamakan dry ataupun kering. Dakwat keluar, tetapi tidak sepekat yang diharapkan. Aku juga boleh mendengar bunyi mata pen bergesel dengan kertas. Stroke semasa menulis juga terasa amat kesat.

Penyelesaiannya ialah dengan menceraikan keseluruhan bahagian badan pen yang boleh diceraikan dan merendamnya ke dalam air suam bersabun. Langkah ini bagi menghilangkan kesan minyak yang tertinggal semasa proses pembuatan. Kesan minyak inilah yang menyekat aliran dakwat yang berasaskan air.

diterbitkan di azwans.com

Setelah aku melakukan apa yang disyorkan, aliran bertambah baik. Namun, aliran dakwat ini belum memuaskan hati aku. Aku mengambil keputusan untuk mengisi pen tersebut menggunakan fungsi eyedroppernya.

Dakwat yang boleh diisi ialah lebih kurang tiga kali ganda daripada jumlah yang boleh tiampung oleh cartridge tadi. Aliran dakwat juga menjadi lebih baik dan lancar. Cuma matanya bersaiz B yang menyebabkan aku jarang menggunakan pen ini.

Pada masa itu aku lebih selesa menggunakan pen Franklin Christoph model Collegia (kini pen ini dah hilang).

modifikasi fountain pen stipula passaporto

Setelang kehilangan Franklin Cristoph, aku cuba untuk menggunakan Stipula Passaporto secara sepenuh masa. Kerana itu aku perlu melakukan beberapa modifikasi. Modifikasi pertama ialah bagi mengubah mata pen ini.

Aku tidak suka mata B, aku ingin mengubahnya menjadi mata italic sebolehnyanya cursive italic sebagaimana mata pen Franklin Cristoph aku. Setelah membaca beberapa panduan di internet, aku cuba membentuk kembali mata pen Stipula Passaporto ini dengan batu asah dan kertas pasir.

Mungkin kerana mata B terlampau tebal atau kesabaran aku terlampau nipis, aku merasakan proses ini amat lama dan memakan masa. Aku mengambil jalan pintas dengan memotong hujung mata pen ini menggunakan playar dan hasilnya ialac sebuah mata italic.

Setelah dipotong, mata ini tidak boleh terus menulis kerana ianya terlampau kasar dan bersegi. Dakwat tidak mengalir dan mata ini boleh mencalarkan kertas. Aku menggunakan kertas pasir gred 1000 dan 2000 untuk melicinkan mata ini.

Selain menggosok secara langsung dengan kertas pasir untuk menghilangkan bucu tajam, aku juga melukis angka 8 di atas kertas pasir sehingga aku tidak merasakan mata itu kesat dan tersangkut pada kertas lagi.

Akhirnya aku berjaya membentuk mata italic yang sesuai dengan tulisan tangan aku. Tetapi, mata pen ini telah amat pendek dan begitu rapat dengan feeder plastiknya. Aku sangkakan ini akan memberikan masalah. Rupanya, aliran dakwat menjadi lebih bawah dan lancar kerana jarak yang dekat ini.

Masalah yang pernah aku hadapi dengan Stipula Passaporto.

barrel crack

Bahagian tengah pen ini pernah bocor dan melelehkan dakwat. Puncanya kerana aku terlebih ketat memusing barrel ini semasa mengisi dakwat. Sepatutunya pen ini cukup sekadar diketatkan dengan tangan, tapi aku gatal tangan menggunakan ragum.

Sesuatu yang tidak harus dicuba oleh sesiapa.

Sebagai penyelesaian, aku gunakan plumber white tape di sekeliling benang skru barrel ini untuk mengelakkan kebocoran. Setakat ini, tiada kebocoran dikesan.

ink RESIDUE in cap

Sebelum pen ini bocor lagi, aku perhatikan ada sisa dakwat di bahagian dalampenutup pen ini apabila seharian di dalam poket. Kebocoran ini tidak sampai keluar tetapi menjengkelkan.

Puncanya mungkin kerana ketika berada di dalam poket pen ini bergoncang dan terbaring dalam keadaan melintang. Sekiranya pen ini sentiasa berada dalam keadaan tegak dengan mata ke atas, mungkin perkara ini tidak berlaku.

Penyelesaiannya, aku membuat satu sarung kulit yang dijadikan bekas untuk memastikan pen ini sentiasa dalam keadaan tegak ketika dibawa. Setelah itu, tiada lagi kesan dakwat seperti yang aku maksudkan sebelum ini.

Stipula Passaporto Pros;

  1. Saiz kecil dengan bentuk yang menarik.
  2. Kapasiti dakwat yang banyak.
  3. Ringan dan tidak memenatkan jari untuk menulis dalam jangkamasa lama.
  4. Binaan badan yang see through membolehkan baki dakwat dilihat dengan mudah.
  5. Banyak pilihan dakwat yang boleh dicuba dari pelbagai jenama kerana pen ini tidak terhad kepada dakwat tertentu.

Stipula Passaporto Cons;

  1. Badan plastik boleh retak taau pecah jika terjatuh atau terhentak dengan amat kuat.
  2. Penutup perlu diletakkan di punggung pen untuk membolehkan pen digunakan dengan keadaan panjang yang normal.

Galeri Gambar Fountain Pen Stipula Passaporto

Stipula Passaporto yang kecil sehingga muat di dalam belt pouch
Stipula Passaporto yang kecil sehingga muat di dalam belt pouch
Bandingan Stipula Passaporto dengan pisau lipat Baer Grylls Scout Folder
Bandingan Stipula Passaporto dengan pisau lipat Baer Grylls Scout Folder
Contoh tulisan 1
Contoh tulisan 1

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge