Jadual fleksible seorang blogger kecil-kecilan.

Ramai full time blogger ada jadual tersendiri. Semestinya jadual ini, kerja tu sikit je, yang selebihnya ialah enjoy kehidupan. Itulahpun sebabnya nak jadi full time blogger iaitu nak lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Tapi yang ramai tak tahu walaupun full time blogger ini nampaknya macam menjalankan kehidupan yang biasa, mereka tetap sendtiasa dirahmati idea untuk entry dalam blog mereka.

Hantar anak sekolah dapat idea, lepak dengan kawan dapat networking, pergi event  dapat offer, pergi bercuti dapat bahan untuk tulis.

diterbitkan di azwans.com

Itu full time blogger punya jadual. Bukan aku.

Jadual fleksible seorang blogger kecil – kecilan.

Apabila ada idea nak menulis, tetapi tiada capaian internet.

  1. Aku tulis dalam word.
  2. Aku taip dalam handphone

Apabila ada idea tapi tiada komputer atau handphone.

  1. Aku aku catat dalam buku atau kertas ataupun belakang resit Petronas.

Apabila ada internet dan komputer tapi tiada idea.

  1. Aku update blog security, plug-in, atau theme.
  2. Layan komen pembaca, balas, approved, delete atau marked spam.
  3. Blog walking ke blog kawan – kawan dan menyemai komen berguna.

Apabila artikel dah siap tapi tiada gambar yang sesuai.

  1. Aku tekan publish dahulu, gambar kemudian. Kalau aku rasa gambar tu aku boleh dapat dalam masa satu dua hari, aku schedule dulu post itu. Sempat atau tidak letak gambar, dua hari lagi post itu keluar.

Apabila ada gambar tapi tiada artikel.

  1. Kadang kadang aku tangkap gambar atau terjumpa gambar menarik yang aku rasa nak kongsi dan tulis sesuatu. Create new post – letak gambar – save as draft. Nanti dah datang bahan baru tulis.

Apabila tiada mood nak buka komputer.

  1. Pergi keluar dengan membawa kamera, buku dan kertas.

Apabila tiada mood untuk buka komputer atau keluar.

  1. Duduk rumah baca buku.
  2. Kemas SOHO (kononya)
Apabila mengatuk : Tidur! Click To Tweet

Apabila mendapat email notification Klikjer.

  1. Alhamdullilah.
  2. Senyum lebar.

Apabila badan rasa lemah.

  1. keluar riadah untuk beri peringatan pada otot yang melemau.

Apabila rasa down dan give up.

  1. Baca journal, tengok vision board.

Pegangan sebagai seorang blogger?

Apabila bosan membaca, menulislah. apabila boca menulis, membacalah. Click To Tweet

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

7 thoughts on “Jadual fleksible seorang blogger kecil-kecilan.

  1. Mohd Shubhi Abdul Reply

    Sentiasa nak update blog dengan penulisan terkini, tapi malangnya tak berapa nak ada masa. Ada idea, tak ada masa pulak… betul apa yang tuan coretkan kat atas tu. Macam kes tak ada jodoh pulak. Bila kita mau orang pulak tak mau..

  2. zara Reply

    bagus sangat untuk mengelakkan kita yang beralasan takde mase..takde internet..lappy rosaklah..hantar kedailah 🙂

  3. sabree hussin Reply

    Blogger tak perlu tunggu sesuatu artikel tu sempurna untuk diterbitkan. Ia boleh dikemaskini dan di upgrade dari semasa ke semasa 😀

  4. Wan Zawawi Reply

    Terbaik perkongsian ni, betul al tu, kalau dah mengantuk kena la tido, baru boleh rehatkan minda dan badan

  5. Bahrain Reply

    Macam ni la kehidupan seorang blogger. nak tulis tapi takde idea plak.. heheh. kena relax tengok persekitaran dan selalu blogwalking dapat lah ilham nak menulis.

  6. zik Reply

    biasa kalau takda idea.. tak update itu jerla… biasa memang kena tengok youtube ke dengar lagu, baru datang idea..hehe

  7. dalin Reply

    Haha betul sangat. Bila bosan membaca, menulislah. Saya pun akan tulis di belakang resit Petronas just untuk ingatkan point tu bila ternampak nanti.
    Just keep writing anywhere.
    Blogging ni heaven bagi orang yang suka kan.
    Best of luck en azwan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge