Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.

Baru – baru ini aku membeli dua batang pen secara online dari jenama Kaweco model Ice Sport. Pen ini bukan pen mahal yang dipakai oleh eksekutif syarikat – syarikat besar seperti yang selalu kita lihat dalam filem. Pen ini pen unik yang mampu milik.

Kaweco Ice Sport Rollerball
Kaweco Ice Sport Rollerball

Kenapa beli pen yang rare?

Bila kali terakhir pen anda hilang? Atau bila kali terakhir anda pinjam pen orang lain? Di pejabat? Di Bank? Di Kaunter? Masa isi borang? Bagaimana rupa bentuk pen itu? Tak berapa ingat?

Aku pasti pen tidak mempunyai kaki, tapi bila ditinggalkan bersendirian di atas meja, kemungkinan besar untuk pen tersebut ‘berjalan’ amatlah tinggi. Puncanya?

  1. Sebab pen kita sama dengan pen orang lain.
  2. Orang yang mengambil pen tersebut berfikir kita tidak kisah dia meminjam pen itu sebab pen adalah abrang yang murah.
  3. Kurangnya kasih sayang yang kita berikan kepada pen tersebut.
Pernah tengok pen yang di bawah 4 inci? #Kaweco #IceSport Click To Tweet
Kaweco Ice Sport Rollerball di Malaysia
Kaweco Ice Sport Rollerball

Kaweco Ice Sport Rollerball; di mana hendak beli?

Jikalau hendak melihat sendiri, bolehlah cuba ke kedai alat tulis yang berhampiran dan bertanya tentang model ini. Kemungkinan, jika kedai tersebut bukan fokus kepada pen, jenama yang ada hanyalah Lamy, Pilot, dan Parker.

Aku berminat dengan model Ice Sport daripada Kaweco ini sejak beberapa lama. Pada asalnya, aku berniat untuk membeli fountain pen bukan rollerball. Tetapi kerana aku dah terminat bodel lain, jadi aku pilih rollerball sebagai secondary pen aku.

Aku beli secara online, daripada KS Gill. Pada awalnya aku berminat dengan warna biru dan pink, yang berwarna biru untuk aku guna sendiri dan yang berwarna pink untuk aku hadiahkan.

Malangnya, KS Gill tiada stock untuk Kaweco Ice Sport Rollerball bewarna pink. Kerana bayaran telah aku buat, aku pilih warna hitam sebagai ganti kepada warna pink tersebut. Apabila pembelian aku sampai melalui PosLaju, aku berpuas hati dengan kedua-dua warna tersebut.

Kaweco Ice Sport tidak dibungkus di dalam kotak tin.

Trademark yang menjadi warisan Kaweco ialah pennya yang didatangkan dengan kotak klasik yang diperbuat daripada tin. Namun begitu, bagi model ini (model mampu milik), pen Kaweco ini hanya dibungkus dengan kadbod kertas, seperti kotak gincu bibir.

Perkara ini mungkin atas faktor ekonomi dan untuk memastikan harga model Ice Sport rendah.

Kotak yang membungkus Kaweco Ice Sport
Kotak yang membungkus Kaweco Ice Sport

Binaan dan rekaan pen Kaweco Ice Sport Rollerball.

Siri Ice Sport ini diperbuat daripada plastik lut cahaya. Seluruh bahagian badan pen adalah lut sinar, manakala bahagian mata dan penutup pen pula plastik bewarna separa lut cahaya; dalam kes ini biru dan hitam.

Berat pen ini aku kategorikan sebagai ringan, seringan pen biasa yang boleh kita beli di TESCO atau kedai buku. Jadi bagi mereka yang suka kepada pen ringan, Kaweco Ice Sport boleh menjadi pen kegemaran mereka.

Pen yang ringan, lasak dan praktikal.

Walaupun mempunyai berat yang sama dengan pen biasa, diameter pen ini lebar dari kebanyakan ballpen, malah lebih lebar dari pen Parker JotterI (pen kegemaran orang bekerja di pejabat). Diameter ini satu kelebihan bagi aku kerana ia memberikan aku cengkaman yang lebih ketika menulis.

Dengan kata lain, pen ini mudah dipegang.Kesimpulannya pen ini memang sesuai dengan hasrat asal aku, untuk dijadikan pen kegunaan harian. Kaweco Ice Sport menepati ciri yang aku cari, lasak dan praktikal.

diterbitkan di azwans.com

Jika inginkna pen dalam bentuk yang sama tetapi lebih berat, aku syorkan Kaweco AL Sport ataupun Kaweco AC Sport. Kedua-duanya diperbuat daripada aluminium yang comfirm lebih berat daripada plastik.

Jika ingin lebih berat lagi, pilihlah Kaweco Brass Ice Sport, pen terberat dalam siri ini yang diperbuat daripada tembaga.

Kaweco Ice Sport Black Rollerball
Kaweco Ice Sport Black Rollerball

Pen yang pendek dan mudah dibawa.

Pen ini amat ringan, tetapi itu bukanlah sebab utama aku membelinya. Semasa survey, aku mencari pen yang pendek supaya mudah dibawa dalam poket, dalam pouchbag dan tidak mempunyai klip.

Dengan ciri di atas, aku terjumpa pen Kaweco ini. Walaupun pen ini tidak mempunyai klip, bagi yang mahukan juga klip bolehlah memberinya secara berasingan, kerana Kaweco turut menjual klip bagi siri Sport yang juga padan dengan siri Ice Sport. Klip ini terdapat dalam dua warna, silver dan gold.

Kaweco Ice Sport Compare
Kaweco Ice Sport Compare to Stipula Passaporto

Ciri unik Kaweco Ice Sport / Sport.

Walaupun tidak mempunyai klip, pen ini tidak mudah bergolek. Ini kerana bentuk unik penutupnya yang berbentuk oktagon (segi lapan). Apabila ditutup, penutup pen ini meliputi 3/4 daripada panjang keseluruhan pen.

Penutup pen ini dari jenis yang perlu diputar untuk membuka dan menutupnya (diskru). Walaubagaimanapun putaran tersebut tidak panjang, hanya sekitar 3/4 putaran sahaja. Oleh itu, untuk membuka dan menutup pen ini, tidak perlu masa yang lama.

Kelebihan penutup yang perlu diputar ialah, penutup itu tidak mudah tercabut secara tidak sengaja jika diletak di dalam beg. Untuk selesa menulis, penutup pen ini perlulah diletakkan di bahagian belakang pen ketika menulis (posted).

Pen ini terlampau pendek untuk menulis dengan selesa tanpa penutup. Jika mencatat sesuatu yang ringkas, ia masih boleh digunakan, tapi bagi menulis yang agak panjang, penutup pen perlu diletakkan dalam keadaan posted.

Kaweco Ice Sport Posted
Kaweco Ice Sport Posted
Kaweco Ice Sport unposted
Kaweco Ice Sport unposted

Dakwat pen Kaweco Ice Sport.

Pen ini mempunyai dua variasi. Untung bagi aku, dua batang pen yang aku beli ini daripada variasi yang berlainan. Pen berwarna biru ini menggunakan short international cartridge yang mudah didapati. Kepelbagaian warna juga wujud kera saiz ini dibuat oleh pelbagai pengeluar pen terkemuka termasuklah Montblanc.

Bagi pen hitam pula, ia menggunakan dakwat gel yang datang dalam betuk refill bersian 6D. Refill ini ialah dari jenis parker type refill yang kalau dipasaran malaysia dimonopoli oleh jenama Parker dan Sheaffer.

Kesimpulannya, aku masih boleh mendapatkan kedua-dua jenis dakwat tanpa perlu membuat pembelian daripada luar negara.

Kelebihan Kaweco Ice Sport Rollerball

  1. Sesuai untuk kegunaan lasak seharian, kerana diperbuat daripada plastik.
  2. Harga yang mampu dimiliki.
  3. Boleh dibawa dengan mudah, walaupun di dalam poket syiling seluar jeans.
  4. Penggunaan cartridege dan refill mengelakkan dakwat mudah tumpah.
  5. Bentuk yang unik (sebab utama aku beli).
  6. Bahagian mata (nib unit) boleh ditukar kepada fountain pen jik mahu (dijual berasingan).
  7. Dakwat jauh lebih lancar daripada ballpen dna hampir menyerupai kelancaran dakwat fountain pen.

Kelemahan Kaweco Ice Sport Rollerball.

  1. Kerana diperbuat daripada plastik, kemungkinan untuk retak atau pecah ada sekiranya terjatuh atau terhempas.
  2. Dakwat agak basah (seperti fountain pen) dan tidak sesuai bagi mereka yang menekan pen dengan kuat semasa menulis.
  3. Dakwat tidak kalis air.
Kaweco Ice Sport Logo
Kaweco Ice Sport Logo

Spesifikasi Kaweco Ice Sport Rollerball

Manufacturer Kaweco
Body Color Clear
Body Material Plastic
Clip Material Metal
Clippable Yes – Clip Sold Separately
Color Set No
Design Style Compact
Diameter – Grip 10.0 mm
Diameter – Max 11.1 mm
Grip Material Plastic
Ink Refillable Yes
Length – Capped 10.6 cm / 4.2 inches
Length – Posted 13.0 cm / 5.1 inches
Length – Uncapped 10.0 cm / 3.9 inches
Mechanism Capped
Pre-Installed Ink Color Blue
Tip Material Metal
Tip Size Medium
Tip Type Conical
azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

12 thoughts on “Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.

    • azwan
      azwan Post author

      Kalau kedai-kedai dekat rumah ni ada jual, saya lebih suka beli di kedai. Boleh belek puas-puas sebelum putuskan nak beli yang mana.

  1. Hero Borneo Reply

    tak sangka penerangan tentang pen pun sangat jelas dan tepat…

    saya jenis memerlukan pen mata halus..

    senang nak isi borang..

  2. seri Reply

    alamak hai bos, pen memamng mcm en cakap, hilang je memanjang walau x de kaki. kalo beli mahal ni agaknya kita jaga elok. tgk ciri pen ni mmg tertarik

  3. zik Reply

    ini lain dari yang lain, pen macam nih… aku punya pen tak dapat bertahan dengan lama… kadang salah diri sendiri, main letak sembarangan jer

    • azwan
      azwan Post author

      Kalau bagi peminat pen, ini kira entry-level. Tapi betul la tu, pada saya pun mahal dah. Harapkan income blog je nak menyara hobi.

  4. Dedaun Comel Reply

    Menarik pen ni.. saya pun dah bosan beli pen, balik2 hilang.. huhu

    Mungkin saya kena cuba sesuatu yang baru kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge