Kaweco Supra Brass Fountain Pen : Pembelian atas talian

Bagi peminat pen yang mudah disimpan dalam poket dan tiada klip pasti kenal dengan pen Kaweco Liliput. Hari ini aku perkenalkan model ‘abang’ kepadanya iaitu Kaweco Supra Brass.

Kaweco Supra Brass; fountain pen daripada brass (loyang).

Aku minat fountain pen. Komuniti kecil yang masih menghargai tulisan tangan. Pada aku, itulah deskripsi yang sesuai untuk peminat fountain pen seperti aku.

Pen Kaweco Supra Brass
Pen Kaweco Supra Brass

Kedua-dua pen Kaweco Supra dan Kaweco liliput diperbuat daripada loyang (brass). Bezanya, Kaweco Supra mempunyai diameter yang lebih standard berbanding Kaweco Liliput.

Kaweco Supra mempunyai diameter seperti kebanyakan fountain pen yang lain dari jenama yang biasa kita dengar seperti Sheaffer, Waterman dan Parker. Jika kita lihat model Kaweco Liliput, diameternya hanyalah sebesar pensel kayu.

Selain daripada diameter, keunikan Kaweco Supra ialah kerana ia mempunyai segmen penyambung di bahagian tengah badan pen. Apabila penyambung ini di pasang, pen ini akan menjadi sama panjang dengan kebanyakan pen biasa.

Dua konfigurasi Kaweco Supra Brass.

Penyambung di bahagian tengah ini bukan dicipta untuk sentiasa dibuka dan dipasang. Ianya tidak praktikal begitu. Penyambung ini sebenarnya digunakan bagi memberikan penggunakan pilihan kepada pengguna iaitu;

  1. Full mode (sama panjang dengan pen biasa).
  2. Compact mode (dibawah 4 inci)
Perbandingan Kaweco Supra Full Length
Perbandingan Kaweco Supra Full Length
Perbandingan Kaeweco Supra Compact mode
Perbandingan Kaeweco Supra Compact mode

Apabila dalam konfigurasi full mode pen ini mampu digunakan bersama converter dan international cartridge sebagai kaedah mengisi dakwat.

Di dalam compact mode pen ini hanya boleh digunakan bersama short international cartridge sebagai sumber dakwat.

Kenapa aku pilih pen Kaweco Supra?

Sebab utama aku membeli pen ini bukan kerana ia boleh beubah kepada panjang dan pendek dengan penyambung yang aku nyatakan tadi. Pada asalnya, aku mencari sebatang fountain pen yang diperbuat sepenuhnya dari logam dan bersaiz pendek, untuk mudah aku bawa ke mana-mana.

Berdasarkan ciri di atas, pen Kaweco Liliput menjadi pilihan aku. Namun, aku masih teragak – agak kerana diameter pen itu yang terlampau kecil bagi aku. aku mahu pen yang sedikit gemuk dari pensel.

Kemudia, aku dapat tahu tentang kewujudan pen Kaweco Supra, yang mula dipasarkan sekitar pada awal tahun 2016. Agak lama aku tangguhkan pembelian ini kerana menimbangkan dua faktor.

  1. Harga Kaweco Supra yang jauh lebih mahal daripada Kaweco Liliput.
  2. Kewujudan bahagian penyambung di tengah pen ini.

Aku mahukan fountain pen yang diperbuat dari logam dan lebih kurang sama panjang dengan Kaweco Liliput. Jika Kaweco Supra dijual tanpa penyambung itu, aku akan membelinya tanpa berfikir panjang.

Bagaimana pen Kaweco dibungkus?

Akhirnya aku dapat membeli pen Kaweco yang didatangkan dalam kotak tin, kotak yang ikonik dengan jenama Kaweco. Pembelian aku sebelum ini, Kaweco IceSport, tidak begini. Kotak tin unik ini didatangkan bersama sarung kotak bewarna kelabu.

Kotak tin kaweco Supra Brass
Kotak tin kaweco Supra Brass

Tin ini sesuai digunakan sebagai bekas koleksi pen lain, atau bekas cartridge nanti. Di dalam kotak ini terdapat pen Kaweco Supra, senaskah panduan pengguna yang amat kecil, satu cartridge kosong dan satu lagi cartridge jenama Kaweco dengan dakwat biru. Satu pelekat logo Kaweco berwarna perak.

diterbitkan di azwans.com

Aku membuat pembelian ini secara online di pipitzakkastore.com. Kedai ini lebih kepada kedai pembekal alat seni (art store). Dengan kata lain, pilihan pen yang ada terhad. Tetapi, kelebihannya ialah mereka adalah pengedar sah pen jenama Kaweco di Malaysia.

Kebiasaanya pen sebegini akan sedikit mahal berbanding harga di USA atau UK sebelum di ambil kira kos penghantaran. Namun, semasa survey, aku mendapati pen ini murah dengan penghantaran percuma. Jadi aku membelinya.

Set Kaweco Supra Brass
Set Kaweco Supra Brass

Kualiti pen Kaweco Supra.

Pen ini diperbuat daripada brass hampir 100%. Hanya matanya diperbuat daripada besi dan feeder unit yang memegang mata tersebut dibuat daripada plastik. Bahagian ini tidak boleh dibuat daripada logam untuk mencegah karat. Kerana, pada bahagian inilah dakwat akan mengalir.

Fountain pen yang unik diperbuat daripada logam amat jarang ditemui. Kalau adapun, harganya mahal. Kaweco Supra adalah antara yang termurah. Kebanyakan fountain pen diperbuat daripada resin atau plastik.

Memandangkan pen Kaweco Supra diperbuat daripada brass, pen ini berpotensi tahan lama dan boleh dijadikan warisan, sebagaimana bahan antik loyang dan tembaga tinggalan datuk nenek kita. Masih ingat seterika arang?

Pen ini agak berat bagi mereka yang telah terbiasa menulis menggunakan ballpen biasa seperti kilometrico, bic atau pen Pilot G2 dengan dakwat gel. Bagi yang biasa menggunakan fountain pen, contohnya seperti Parker, Waterman atau MontBlanc berat pen Kaweco Supra adalah biasa dan selesa.

Penutup pen ini perlu dipusingkan untuk dibuka. Ia tidak memakan banyak masa malah kelihatan lebih bergaya pada pendapat aku. Mekanisma ini juga melindungi pen daripada terbuka secara tidak sengaja di dalam poket atau beg.

Dalam compact mode atau pocket mode pen ini tidak terlalu berat, malahan terasa selesa dan seimbang. Berat yang tidak memenatkan tangan tapi tidak memerlukan kita menekan pen dengan kuat semasa menulis.

Untuk menulis dengan pen ini dalam compact mode penutupnya perlu diletakkan dalam keadaan posted. Maksunya, penutup pen ini perlu diletakkan di bontot pen.

Penutup pen ini perlu di skru di bahagian bontot pen. Ini akan membuatkan penutup tidak mudah tertanggal, tapi memerlukan sedikit masa jika tidak terbiasa. Tanpa penutup diletakkan sebegini, pen Kaweco Sport terlampau pendek untuk digunakan menulis.

Dalam full mode tutup tidak perlu diletakkan dalam keadaan posted kerana pen itu akan menjadi terlampau panjang dan tidak seimbang. Full mode tidak memerlukan panjang tambahan untuk menulis. Buka sahaja penutup dan terus menulis.

Kaweco Supra Compact Mode 2
Kaweco Supra Full Mode uncapped
Kaweco Supra Compact Mode
Kaweco Supra Compact Mode uncapped

Keunikan patina pen Kaweco Supra.

Patina ialah corak semula jadi yang terhasil pada permukaan logam kerana proses pengoksidaan. Cara kita memegang pen ini akan menghasilkan corak dalam jangkamasa yang panjang mengikut bagaimana kita meletakkan jari kita.

Pen ini boleh dikilatkan kembali dengan mudah menggunakan metal polish. Namun aku memilih untuk membiarkan corak patina itu terhasil berbanding membiarkannya berkilat. Memang itu tujuan Kaweco Supra dibuat daripada raw brass. Sekiranya kilatan itu ingin dikekalkan Kaweco akan melindungi pen ini dengan laquer bukan membiarkannya dalam keadaan untreated sebegitu.

Kelebihan pen Kaweco Supra Brass

  1. Kecil dan diperbuat daripada logam.
  2. Lasak dan berpotensi tahan lama.
  3. Sesuai dijadikan pen Every Day Carry (EDC) yang tidak kelihatan terlampau taktikal.
  4. Pen sukup berat tidak perlu ditekan untuk dakwat melekat di kertas, cukup dengan berat pen itu sendiri.
  5. Pembentukan patina menjadikannya unik dan peribadi.
  6. Dalam full mode pen boleh diisi dengan cartridge tambahan atau menggunakna converter.
Bahagian Pen Kaweco Supra
Bahagian Pen Kaweco Supra

Kelemahan pen Kaweco Supra Brass

  1. Dalam compact mode hanya boleh menggunakan cartridge.
  2. Tidap sesuai menggunakan penutup secara posted dalam full mode.
  3. Kepada yang tidak suka patina perlu menggilap pen ini hari – hari atau meletakkan lapisan laquer sebelum pen ini digunakan.
Pen Kaweco Supra
Pen Kaweco Supra

Spesifikasi pen Kaweco Supra Brass

Manufacturer Kaweco
Body Color Gold
Body Material Metal (Brass)
Capped or Retractable Capped – Screw On
Clippable No
Color Set No
Converter Included No
Diameter – Grip 9.9 mm
Diameter – Max 11.6 mm
Eyedropper Convertible No
Filling Mechanism Cartridge – Standard International Long, Cartridge – Standard International Short, Converter
Gift Set No
Grip Color Gold
Grip Material Metal (Brass)
Length – Capped 13.0 cm / 5.1 inches
Length – Posted 16.4 cm / 6.5 inches
Length – Uncapped 12.5 cm / 4.9 inches
Nib Color Silver
Nib Material Steel
Nib Size Fine
Pre-Installed Ink Color Blue
Tip Replaceable Yes
azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “Kaweco Supra Brass Fountain Pen : Pembelian atas talian

  1. zik Reply

    jarang2 orang pakai pen macam nih… biasa yang pakai , orang yang loaded2.. hehe

    • azwan
      azwan Post author

      Ini spesis yang ekonomi. Kalau yang loaded tu pakai harga cecah ribu-ribu. Jenama macam MontBlanc ke. Menteri pakai la. Rakyat biasa pakai yang ni atau jenama Pilot je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge