Kekeringan idea untuk tulis blog?

7 tips mencari idea untuk menulis post di blog.

Ketika ketandusan idea atau tak tahu hendak menulis apa di blog, cuba ikuti panduan mudah ini agar dapat membantu. Idea ini mudah dan tidak meleret, kerana ia boleh dikembangkan mengikut citarasa dan keperluan blog masing-masing. Jika tips ini terlampau detail dan khusus mungkin ianya tidak sesuai untuk semua orang.

diterbitkan di azwans.com

  1. BINA SENARAI. Boleh jadi senarai yang panjang, boleh jadi senarai yang pendek. Bergantung kepada apa yang timbul di kepala. Yang penting, senarai itu SEGERA ditulis sebagai isi blog. Contohnya, senarai 7 pelakon wanita yang paling comel pada anda, 21 cara menjimatkan minyak, atau 17 perkara ajaib yang pernah anda alami.
  2. JAWAB SOALAN. Persoalan ini boleh jadi datang daripada ruangan komen di blog anda, timbul semasa perbualan harian anda atau dari dalam sanubari sendiri. Jawab mengikut kemampuan kita, sekiranya perlu, cuba buat sedikit kajian tentang persoalan yang ingin dijawab sebelum menulis jawapannya dalam bentuk blog post.
  3. TULIS REVIEW. Membeli sesuatu baru baru ini? Bagus. Itu boleh kita jadikan bahan untuk di’review’. Nyatakan apa barangnya, bagaimana membelinya, dan yang paling penting, pendapat kita tentang barang tersebut. Kita tidak perlu terhad kebada barangan. Boleh jadi, khidmat, tempat atau rancangan TV yang baru ditonton.
  4. TULIS POST TENTANG POST ORANG LAIN. Semasa membaca blog lain di internet, biasanya kita akan komen pada entri atau post yang menarik. Kali ini kita bawa kelainan dengan menerbitkan sebuah post berasingan di blog sendiri sebagai komen kepada blog tadi. Letakkan pautan asal ke blog yang dikomen. Cara ini dapat mengeratkan hubungan antara blogger dan bertukar visitors.
  5. TULIS TUTORIAL ATAU TIPS. Jika kita ada kemahiran, cuba ajarkan melalu blog post. Ataupun sekadar tips-tips biasa. Kadang kala perkara yang kita sangka biasa pada kita ialah perkara yang luar biasa kepada pembaca. Mungkin kita tidak susah bangun pagi, kita sediakan tips untuk bangun pagi. Niatkan untuk membantu.
  6. TANYA SOALAN. Bertanya soalan juga merupakan idea yang bernas untuk dijadikan post di blog. Cuba jadikan soalan itu sesuatu yang menarik dibincangkan, dan diterangkan dengan panjang lebar. Kemudian minta pendapat pembaca untuk komen.
  7. BERCERITA. Apa yang terjadi pada hari ini. Mungkin ada pengalaman yang boleh kita kongsi. Mungkin bukan pengalaman terbaru, tetapi kenangan juga boleh menjadi cerita yang menarik. Imbau kembali hari pertama masuk sekolah, dapat kerja atau membeli kereta. Kongsikan sama ada yang gembira atau sedih, pasti ada yang berminat untuk membacanya.
azwans-dilema makan gaji gambar-motobesar
Menghadiri sesuatu event juga boleh dijadikan pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
Berkongsi bukan untuk berbangga, sekadar untuk bercerita. Click To Tweet
azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

10 thoughts on “Kekeringan idea untuk tulis blog?

  1. sabree hussin Reply

    Itula… idea tu memang mahal untuk seorang penulis blog… aku pun selalu tak ada idea nak tulis apa… bila jadi benda ni, aku buat post ala-ala sales letter je la

    • azwan
      azwan Post author

      Tahniah. Saya no.3 tu paling lemah, tak pandai tulis review.

    • azwan
      azwan Post author

      Setuju. Cerita yang panas boleh tarik ramai pembaca. Tambahan pula kalau ulasan kita bernas.

  2. nikkhazami Reply

    saya selalu buat yg nombor satu tu.. mesti ada notebook sebelah komputer spy senang nak tulis idea. hehe

    • azwan
      azwan Post author

      Satu idea yang menarik tu. Mintak izin nak tiru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge