Kenapa kita memerlukan sekurang – kurangnya tiga akaun bank?

Akauan bank satu cukuplah, kenapa perlu sampai lapan? Sesetangah orang berpendapat begitu. Tidak salah pendapat itu. Cuba kita lihat pula kepada realiti. Berapa ramai orang yang betul betul mempunyai hanya satu akaun bank? Kebiasaannya akan ada dua atau tiga. Kenapa keadaan ini berlaku? Kenapa pula saya kata kita memerlukan sekurang – kurangnya tiga akaun bank? Sebelum itu mari kita lihat dahulu alasan untuk membuka akaun bank baharu:

  1. Kehendak majikan.
  2. Untuk menunaikan haji.
  3. Membuat pinjaman peribadi / kereta / rumah.
  4. Kehendak pihak Universiti.
  5. Untuk memudahkan membayar kad kredit.

Senarai ini boleh menjadi lebih panjang. Sedar atau tidak akhirnya kita telah memiliki lebih dari satu akaun bank. Bagaimana pula kita boleh mendapat manafaat dari keadaan ini? Cuba buat carian di google atau di mana – mana forum tentang pengalaman netizen untuk menutup akaun bank. Kita lihat sendiri betapa susah untuk menutup satu akaun bank. SYarat pertama yang biasa kita dengar ialah kita hanya boleh menutup sebuah akaun di cawangan di maan kita buka akaun tersebut. Bayangkan jika kita telah berpindah jauh, antara semenanjung dan Sabah atau Sarawak misalnya.Atas sebab ini ramai yang mengeluarkan semaksimum baki yang boleh dari akaun yang tidak lagi dipakai dan membiarkan akaun itu mati begitu sahaja. Kita sama – sama tahu akaun itu tidak akan ‘mati begitu sahaja’. Akaun yang tidak diusik (tiada aktiviti debit atau kredit) dalam satu tempoh masa panjang akan diberikan status dormant account oleh pihak bank. Baki yang ada, baki minima, walaupun hanya sedikit akan dipindahkan ke Kumpulan Wang Tidak Dituntut. Sesetengah bank pula mengenakan caj ke atas akaun ini. Baki beberapa sen selepas ditolak caj tadi akan dipindahkan ke kumpulan wang tadi.

Kenapa Kita Memerlukan sekurang-kurangnya tiga akaun bankAmbil tindakan terhadap akaun bank kita yang tidak lagi digunakan.

Kita tidak perlu membiarkan lagi akaun yang tidak dipakai menjadi dormant account. Selepas kita tahu kenapa kita memerlukan sekurang – kurangnya tiga akaun bank, akaun yang selama ini tidak kita hiraukan boleh kembali menjadi sesuatu yang berguna kepada kita. Saya akan terangkan fungsinya. Jika kita telah tahu kenapa pendapat bulanan kita perlu dibahagikan kepada tiga, maka mudahlah bagi kita untuk menggunakan sekurang kurangnya tiga akaun bank dalam kehidupan seharian.

Akaun Utama Kita Ialah Akaun Masa Hadapan.

Akaun masa hadapan ini ialah kumpulan wang yang kita asingkan unutk kegunaan masa hadapan. Suka saya ulang, kegunaan kecemasan juga boleh dikategorikan sebagai kegunaan masa hadapan. Setiap kali kita menerima pendapatan (gaji, komisyen, bayaran upah) satu pertiga darinya perlu disalurkan ke akaun ini. Oleh kerana kemungkinan untuk kita terpaksa menggunakan duit dari akaun ini rendah, akaun ini boleh disifatkan sebagai satu pelaburan jangka masa panjang buat kita.

Dari segi pengurusan kewangan peribadi, akaun inilah yang menjadi matlamat kita menyediakan perancangan kewangan dan berjimat cermat. Tujuannya, agar akaun ini berkembang dengan cepat dan tidak diusik. Atas sebab itu beberapa sifat yang perlu ada bagi akaun ini adalah seperti berikut;

  • Wang tidak mudah dikeluarkan dari akaun ini.

Maksud tidak mudah dikeluarkan ini biasanya dikaitkan dengan tiada kad ATM. Itu benar. Selain itu, ada juga cara untuk kita ‘menyusahkan’ pengeluaran wang dari akaun ini. Contohnya menjadikan ia sebagai joint account yang memerlukan tandatangan dua orang atau lebih bagi tujuan pengeluaran. Cara yang lain pula ialah memilih akaun yang mempunyai tempoh matang, contohnya fixed deposit yang tidak membenarkan pengeluaran sebelum satu tempoh masa berlalu. Pilih mengikut keselesaan masing-masing.

  • Akaun ini memberikan pulangan yang tinggi daripada akaun simpanan semasa.

Akaun simpanan biasa memberikan pulangan yang amat rendah, biasanya dibawah satu peratus. Untuk pulangan yang sedikit tinggi, pilihan yang ada ialah fixed deposit, Amanah Saham (ASN, ASW, ASB), dan bagi yang muslim, Tabung Haji. Kesemua akaun yang saya nyatakan tadi bersifat akaun pelaburan, oleh itu sememangnya pengeluran wang dari akaun ini agak sukar berbanding pengeluran menggunakan ATM bagi akaun simpanan biasa.

Akaun Kedua Kita Ialah Akaun Pendapatan.

Kita bebas memilih akaun ini. Akaun ini ialah akaun yang menerima aliran wang masuk. Walaubagaimanapun bagi yang makan gaji akaun ini mungkin terikat dengan bank pilihan dari pihak majikan. Fungsi utama akaun ini ialah untuk menerima pendapatan bulanan kita. Akaun ini saya gunakan sebagai akaun membayar hutang. Cuba automatikkan setiap pembayaran ansuran yang perlu dilakukan ditolak secara terus dari akaun ini.

Saya suka memilih akaun sebegini yang mempunyai perkhidmatan ATM yang meluas dan cekap kerana saya perlu ‘mengalihkan’ duit dari akaun ini ke akaun pertama yang saya perkenalkan tadi dan akaun ketiga yang saya akan terangkan nanti.¬† Satu sahaja yang saya jadikan ‘pantang’ bagi akaun ini. Perbankkan internetnya saya tidak akan aktifkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan saya sewenang-wenang membuat pembelian online atau sebagainya. Dana dalam akaun ini hanya untuk digunakan bagi pembayaran hutang sahaja.

Akaun Ketiga Ialah Akaun Perbelanjaan.

Sekarang kita makin jelas kenapa kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga akaun bank. Saya perkenalkan akaun perbelanjaan. Tujuan utama akaun ini diasingkan dari akaun gaji ialah supaya kita dapat meletakkan had perbelanjaan bulanan di awal bulan. Contohnya begini;

diterbitkan di azwans.com

Setelah gaji diterima dalam akaun kedua tadi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memindahkan satu pertiga ke akaun pertama, mengekalkan satu pertiga dalam akaun kedua dan satu per tiga terakhir ialah untuk akaun perbelanjaan. Proses ini perlu dilakukan di awal bulan, atau ketika pendapatan baru diterima.

Sekarang kita lihat, duit untuk dipelanjakan telah diasingkan. Cukup atau tidak, kita akan congak sendiri. Bagaimana kita perlu berbelanja pada bulan itu bergantung kepada jumlah ini dan baki dari bulan sebelumnya dalam akaun ini. Keputusan unutk mengikat perut atau tidak, bergantung kepada jumlah ini.

Bagi akaun ini, saya lebih sukakan akaun serba boleh. Akaun yang mempunyai kad ATM dan perkhidmatan perbankan internet yang baik. Pembayaran bil utiliti boleh dilakukan online. Kad ATM membolehkan kita mengeluarkan tunai dari baki wang dalam akaun ini secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan.

Kesimpulan Kepada Teknik Tiga Akaun.

Berikut adalah poin yang boleh diamalkan apabila kita menguruskan tiga akaun bak seperti di atas.

  1. Guna duit dari akaun yang ditetapkan untuk tujuan yang ditetapkan sahaja. Contohnya perbelanjaan tidak boleh dibuat dengan dana dari akaun satu dan dua.
  2. Pastikan setiap akaun dikemaskini penamanya, iaitu orang yang berhak menerima wang jika pemengang akaun meninggal dunia.
  3. Jadikan mengembangkan akaun pertama sebagai matlamat kewangan dalam kedhidupan.
  4. Jadikan mempunyai baki dalam akaun ketiga setiap hujung bulan sebagai matlamat jangkamasa pendek/ matlamat bulanan kita.
  5. Simapan semua butiran akaun ditempat yang selamat.
  6. Terangkan kewujudan dan fungsi setiap akaun kepada orang terdekat/ tersayang.

Akaun Keempat?

Tiga akaun sudah memadai untuk tujuan peribadi. Tetapi andaikata kita ingin memulakan pendapatan sampingan, kewujudan akaun keempat amat perlu. Sememangnya wajib jika perniagaan yang dimaksudkan ialah bisnes berdaftar berskala SME. Tapi jika sekadar menjual secara ‘suka-suka’ di facebook, instagram atau sebagainya saya tetap menyarankan supaya akaun lain dibuka. Walaupun bisnes kita hanyalah menjual tudung kepada jiran tetangga, bukalah akaun lain dan jangan gunakan akaun peribadi.

Tujuannya hanya satu untuk melihat perkembangan bisnes kita. Kewujudan akaun ini sahaja boleh membantu kita menguruskan kewangan tanpa buku akaun kira-kira yang kompleks. Mulakan akaun ini dengan modal yang kita ingin laburkan. Setiap hasil jualan masukkan kembali ke akaun ini. Bakinya berkurang atau bertambah? Dari situ kita boleh tahu perniagaan anda untung/ rugi atau berkembang/ merosot.

Jika kita ingin ‘merasa’ duit hasil jualan itu, jangan risau, kita layak merasanya. Lagipun itu adalah hasil titik peluh sendiri. Tapi jangan pula gunakan keseluruhan keuntungan itu untuk menukar sofa di hari raya. Cara mengambil keuntungan itu mudah, tetapkan gaji bulanan kepada diri sendiri. Sebanyak itu sahajalah yang kita boleh gunakan. Kalau bisnes itu masih ‘hijau’ mungkin RM10 sebulan memadai. Mungkin akaun keempat ini boleg dibincangkan dalam topik yang berasingan.

Untuk setakat ini cukuplah kita memepelajari kenapa kita memerlukan sekurang – kurangnya tiga akaun bank untuk pengurusan kewangan peribadi.

Rahsia Bermain Saham! Klik Sini!

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

3 thoughts on “Kenapa kita memerlukan sekurang – kurangnya tiga akaun bank?

  1. zik Reply

    akaun niaga terpaksa guna sebab kadang2.. ada cukup tak cukup kena topup, boleh tapi nak kena bayar balik masuk dalam akaun niaga , kasi rekod lah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge