Mini Review: Pensel Mekanikal Mini dari Unicorn.

Unicorn AP mini Pensel

Unicorn AP-20 Mini Pencil 0.5mm.

Orang dewasa dan alat tulis adalah satu kobinasi yang jarang-jarang boleh jumpa. Melainkan seorang cikgu, atau jurujual alat tulis. Tapi aku memang suka alat tulis. Tak semestinya pen mahal, kadang kala, yang murah pun kaalu keunikannya menarik perhatian aku, aku akan beli.

Malangnya, aku bukan beli sebagai koleksi. Aku beli untuk guna, dan kadang kala ada yang bertahan lama. Kadang-kadang hilang ditelan kawan-kawan yang kaki rembat. Ada masanya hilang sebab aku letak merata.

Hari ini di Tesco, aku jumpa sepasang pensel mekanikal (pensel picit atau pensel tekan) yang menarik, jenama Unicorn. Namanya Unicron AP-20 Mini Pencil 0.5mm.

Unicorn AP mini Pensel
Unicorn AP mini Pensel

Form Factor Yang menarik dan Praktikal.

O.K. Menarik dan praktikal ialah dua benda yang subjektif. Apa yang menarik pada aku, mungkin hodoh pada orang lain. Apa yang praktikal (mudah guna) pada aku, mungkin menyusahkan pada orang lain. Kita semua mempunyai citarasa yang berbeza dan itu ialah satu rahmat kepada semua. Pilihan dan variasi.

Pensel picit paling sedap aku pernah guna ialah Pilot Shaker. Dizaman sekolah menengah itulah pensel picit pilihan aku. Di zaman sekolah menengah juga, itulah pensel picit paling kerap dikebas dan hilang.

Kenapa pensel mekanikal Unicorn ini menarik minat aku? Mudahnya kerana ia pendek dan mudah dibawa (compact). Semasa bekerja, aku selalu pakai pouch bag yang boleh disangkut di tali pinggang aku. Panjang pouch bag ini tak sampai sejengkal, tak muat untuk saiz pen atau pensel biasa.

Jadi bila aku jumpa pen atau pensel yang pendek, aku mudah tertarik.

Unicorn AP mini Pensel 0.5mm
Unicorn AP mini Pensel 0.5mm

Rupa Bentuk Unicron AP-20 Mini Pencil 0.5mm.

Panjang keseluruhan pensel tekan ini ialah 118mm ataupun hampir 12 cm. Panjang ini cukup selesa untuk tangan orang Asia yang kecil. Diperbuat daripada plastik yang murah, pensel ini sesuai sama ada digunakan oleh murid sekolah, pelajar universiti ataupun mereka yang telah bekerja, sekiranya faktor kerisauan kehilangan alat tulis mahal diambil kira.

Bahagian grip pensel mekanikal ini diperbuat daripada getah (yang mungkin sintetik) dan direka dengan empat grip ring yang memberikan cengkaman lebih kuat semasa menulis.

Dah macam iklan tayar kereta.

Yang aku maksudkan ialah pensel ini sedap digengam dan rasa tidak mudah terlepas.

Lead (atau sesetengah orang panggil ubat) bagi pensel ini bersaiz 0.5 mm. Saiz paling aku suka. Walaupun 0.5 mm ialah saiz kebiasaan ubat pensel picit, terdapat juga dalam saiz 0.7 mm dan 1.0 mm ubtuk garis yang lebih tebal. Bagi tulisan aku, lebih sesuai dengan garis halus.

Perbandingan saiz; Unicorn AP mini Pensel vs Pilot G2
Perbandingan saiz; Unicorn AP mini Pensel vs Pilot G2

Kalaulah Pensel Picit ini…

Ada kosong tak jawatan designer alat tulis. Teringin la nak cuba nasib.

Pada pendapat aku, kalau pensel picit ini ingin dijadikan pensel picit premium, mungkin faktor dibawah boleh dimasukkan ke dalam rekaannya.

  1. Bahagian badan diperbuat daripada resin keras dengan pelbagai pilihan warna. Resin ini akna membuatkan pen ini lebih berat dan selesa digunakan.
  2. Masukkan spring untuk berfungsi sebagaimana Pilot Shaker. (mungkin ada masalah patent sebab dua-dua ni syarikat berbesar.
  3. Klip diperbuat daripada 100% logam. Kombinasi logam dan plastik sedia ada nampaknya mudah patah kerana klip besi ini tidak ‘membalut’ keseluruhan badan pen.

Unik dan Berbaloi.

Kesimpulannya, pada harga ini, pensel ini berbaloi dengan keunikannya. Untuk tahu sejauh mana ketahananya, aku perlu guna lebih lama lagi. Semasa artikel ini aku tulis, aku baharu sahaja membeli pensel ini tidak sampai dua jam. Kita tunggu dan lihat.

Bagi yang turut berminat sebagaimana aku, boleh cuba dapatkan di Tesco. Di Tesco online pun aku nampak ada dijual. Di kedai buku lain aku tak pasti.

Tesco Unicorn AP-Mini Pencil
Tesco Unicorn AP-Mini Pencil

#nota: Aku tidak dibayar atau diberikan imbuhan oleh Tesco Malaysia atau Unicorn untuk menulis artikel ini.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

One thought on “Mini Review: Pensel Mekanikal Mini dari Unicorn.

  1. mak aii..memang dah lama betul tak pegang pensel nih.
    pegang pen nak isi borang ssm ari tu pun kemain kekok..sebab dah lama tak menulis.
    asyik tekan keyboard jer 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge