MODAL RM 590 SETAHUN UNTUK BINA KEDAI ONLINE.

ANDA ADA PRODUK UNTUK DIPASARKAN?

Saya tidak perlu beritahu bagaimana untungnya berniaga online. Anda sendiri telah cari di internet atau dengar dari rakan. Boleh berniaga dari rumah, boleh untung beribu-ribu ringgit. Saya juga tak perlu bagi tahu berapa ramai yang gagal dalam perniagaan internet.

Anda sendiri telah dengar dari rakan atau carian di internet, memulakan perniagaan internet membawa kepada kegagalan. Modal yang dikeluarkan sekadar pulang modal, atau boleh rugi. Masa yang di ambil bersengkang mata membina website, profile Instagram atau facebook page hangus begitu sahaja.

Anda boleh pilih untuk jadi orang yang mana. Tiada jaminan dalam perniagaan. Hanya usaha dan cara menentukan kejayaan atau kegagalan.

Mari kita lihat punca perniagaan online tidak menguntungkan.

ANDA BERJAYA HANYA DALAM SATU MEDIA SOSIAL SAHAJA?

Ambil contoh seorang yang berjaya menjual secara online di Instagram. Peniaga bijak ini mempunyai profile yang diikuti oleh berpuluh ribu followers. Jualan peniaga ini amat bagus. Kadang kala beliau tak menang tangan untuk melayan whatsapp yang masuk untuk membuat order.

Dalam masa yang sama masuk lagi whatsapp atau SMS dari potential buyer yang sekadar bertanya-tanya. Kalau tidak dilayan, mungkin akan kehilangan pelanggan. Lebih masa perlu dibahagikan untuk close sale dari potential buyer dan memenuhi pesanan pembeli sedia ada.

Memenatkan. Tapi apabila melihat duit masuk ke dalam akaun bank, penat itu hilang, bukan? Anda bercerita kepada rakan tentang kejayaan anda, rakan anda memberikan idea yang ‘bernas’. Kenapa tak kembangkan ke facebook dan twitter? Anda tersengeh.

Sebagai peniaga yang bijak, sudah lama anda terfikir untuk buat begitu. Cumanya, masa yang anda ada, hanya mampu untuk mengawal satu medium media sosial sahaja. Kenapa?

  • Perlu like dan follow prospek baharu supaya mereka follow kembali online store anda. Boleh guna software tapi bila tak kena cara, akaun akan di block. Tak boleh lagi like, tak boleh lagi follow. Hanya mengharap pelanggan yang masih menyimpan nombor telefon anda.
  • Peniaga yang bijak kadang kala membina akaun back up sebagai persediaan jika berlaku perkara di atas. Satu lagi usaha yang memerlukan masa. Jika dibangunkan bersama akaun utama, mungkin follower tadi masih ada. Bagaimana kalau perlu bina semula setelah akaun di block?
  • Dalam kesibukan ini bolehkah peniaga ini membina sendiri profile di facebook dan twitter pula?

Kebiasaannya peniaga akan top dalam satu media social sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda, selaku peniaga online, lakukan. Yang paling mudah ialah dengan mengupah social manager. Mereka ialah orang yang berpengalaman dalam pemasaran online. Mereka akan bina profile akaun social bagi pihak anda, di platform yang anda mahu.

Bagi yang bagus, upahnya mahal. Kadang kala mereka tidak berminat menjaga akaun anda kerana mereka ada client yang lebih besar; contohnya akaun media social artis atau syarikat korprat. Bagi yang murah, kadang kala servicenya tidak memuaskan. Anda rasa dipermainkan.

ANDA TIADA WEBSITE ATAU ONLINE WEBSTORE?

OK. Ramai yang kata tak perlu, cukup sekadar fanpage di FB, akaun Instagram atau Twitter sahaja. Betul, sampai ke satu tahap. Jika anda inginkan pasaran yang lebih luas, anda perlu medium yang lebih besar. Anda perlu ada website atau kedai online.

Kalau tidak, kenapa Lazada tak buat akaun Istagram sahaja. Postkan pula beribu produk di timeline dan tunggu WhatsApp masuk. Praktikal tak? Ada dua sebab kenapa peniaga online yang ingin meluaskan perniagaan akan merasakan perlu ada kedai online yang berupa website;

  • Kawalan penuh ke atas website. (Akaun media sosial boleh diblock bila – bila masa dan penggayaannya terhad.)
  • Sistem automasi.

Fokus seorang peniaga ialah untuk menjual produknya. Ambil contoh peniaga kedai runcit. Seorang sahaja sudah cukup untuk menjalankan perniagaan kedai runcit kecil-kecilan. Jika peniaga ini berhasrat untuk menaikkan taraf perniagaanya, dia perlukan pekerja.

Pekerja am yang mengemaskan dan menjaga kedai. Promoter yang menglariskan jualan. Pakar pemasaran yang boleh menjenamakan dan mengiklankan perniagaan. Juruwang atau akauntan yang menjaga urusan jual beli. Penjaga stor, pegawai keselamatan, penghantaran, dan begitulah seterusnya.

Itu ialah automasi. Peniaga bijak ini menyerahkan tugas2 sampingan kepada pihak lain agar dia boleh focus kepada tugas utamanya; mencari produk untuk dijual, dan menjualnya. Pasaraya memerlukan ramai sumber manusia. Tapi, kedai online boleh dijalankan oleh seorang sahaja walaupun volume barangan yang dijual tinggi.

ANDA ADA KEDAI FIZIKAL, JADI TIDAK PERLU ONLINE?

Andaikata anda memang seorang peniaga sebenar, bukan sekadar part timer yang menjual produk di internet. Saya katakan anda masih perlu kepada website online, untuk menarik lebih ramai pelanggan. Mungkin anda rasa tidak perlu, kerana anda telah berjaya menjual banyak produk kedai anda melalui Mudah, Lazada, Lelong atau sebagainya.

Kalau itu jawapan anda, saya tidak perlu terangkan apa-apa lagi, kerana anda sudah faham kuasa pengiklanan di Internet. Anda hanya mungkin ada masalah kerana perlu menjaga tiga (atau lebih) akaun berbeza di tempat itu untuk mengiklankan produk anda.

diterbitkan di azwans.com

Perniagaan anda terlalu besar sehingga anda wajib membayar GST? Susah bagi anda untuk memiliki kedai online? Bagaimana pula kalau kedai online itu sudah siap dibina dengan sistem GST yang boleh mencetak tax invoice dan merekod jualan dengan terperinci?

Anda ialah orang paling sesuai menggunakan platform ini untuk membina kedai online anda. Kesemuanya akan disatukan bawah platform ini. Anda hanya perlu menyemak order dan memenuhi order. Selebihnya, serahkan pada sistem. Lihat produk yang boleh disatukan dibawah;

kedai online modal rm 590
Di bawah satu perkhidmatan.

ANDA TIADA KEMAHIRAN MEMBINA WEBSITE?

Peniaga ialah peniaga, Pembina laman web ialah Pembina laman web. Dua bidang kemahiran yang berbeza. Walaupun ada pembina laman web atau blog yang berjaya berniaga, tapi lebih ramai sebenarnya yang pandai berniaga tetapi tiada platform online.

Perhatikan sahaja booth di pasaraya. Kadangkala mereka tiada platform online. Kalau ada pun, tidak aktif di online. Tapi pendapatan mereka? Cukuplah sekadar kita tahu, booth yang kecil itu sewa bulananya sahaja boleh mencecah ribuan ringgit.

Ada platform yang siap dibina untuk end user seperti anda. Ambil gambar produk, muat naik, terima order dan jual. Jangan kusutkan kepala anda lebih daripada itu.

SITEGIANT PENERAJU PENYEDIA PLATFORM KEDIA ONLINE MALAYSIA.

Anda memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 590 bagi perkhidmatan selama setahun. Kenapa saya nyatakan harga terlebih dahulu? Supaya anda tahu dan dapat menggangar adakah ia untuk anda atau anda belum lagi mencapai tahap perniagaan sebegini. Murah atau mahal, berbaloi atau tidak, anda putuskan sendiri.

Ini ialah website SiteGiant Malaysia (tab baru akan dibuka apabila anda klik)

Kelebihan utamanya ialah synchronize marketplace. Anda boleh memasarkan produk anda di merata tempat, tetapi katalog dan order anda hanya perlu diuruskan di online webstore anda di SiteGiant. Ilustrasi di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.

modal rm 590 online store sync webrm590 bina kedai onlien jual merata tempat

ANDA BOLEH:

Kemaskini Inventori Serentak Ke Semua Site

Menetapkan Kategori Produk

Boleh Meletakkan Harga Berlainan Di Site Yang Berlainan

Menyediakan Promosi (Penghantaran Percuma, Diskaun, Mesra GST)

Anda tidak perlu tahu bagaiman menggunakan wordpress atau blogspot untuk membina kedai online anda. Semuanya tersedia termasuk hosting dan domain (Nama Kedai Anda). Templete juga disediakan secara percuma. Interface yang mudah sekadar drag and drop. Tidak hairanlah dalam testimoni untuk perkhidmatan ini ada antara pelanggan yang telah berumur dengan pengetahuan komputer yang sedikit.

contoh template kedai online dengan modal RM590

Dengan Modal Hanya RM 590 setahun kini, sesiapa sahaja mampu membina sebuah 3 in 1 online store.

Sitegiant E-commerce

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “MODAL RM 590 SETAHUN UNTUK BINA KEDAI ONLINE.

  1. Haru Reply

    “Tiada jaminan dalam perniagaan. Hanya usaha dan cara menentukan kejayaan atau kegagalan.”

    Sepakat sekali. 😀

    • azwan
      azwan Post author

      Kadang-kala orang yang ingin cuba-cuba berniaga salahkan mentor. Kata mentor pembohong atau sebagainya. Mungkin ada yang membohong. Tapi bukankah lebih baik check step yang kita ambil betul atau tidak. Kalau-kalau ada yang kita skip. Tak semua orang boleh buat benda yang sama. Kalau rasa tak sesuai dengan sesuatu, move on. Yang penting, jangan berhenti berusaha.

  2. Anuar Reply

    Kalau nak diikutkan RM590 tu memanglah mahal… Tapi sebenarnya bila difikirkan balik, ianya jauh lebih murah berbanding buka kedai runcit… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge