Minat Blogging, hobi, kerjaya dan …

sunset

Anda minat blogging? Kita mempunyai minat yang sama.

Saya, mungkin sebagaimana blogger Malaysia yang lain mempunyai minat dan tujuan yang sama iaitu memiliki satu identiti sendiri di alam maya. Apa tu? Maksudnya ialah presence  atau jika dalam bahasa mudah difahaminya ialah kewujudan dan identiti kita di alam cyber. Inilah salah satu kewujudan saya di alam maya, yang akan saya akan usahakan sebagai identiti utama saya.

diterbitkan di azwans.com

Pelbagai cara wujud sebenarnya untuk dijadikan avatar atau identiti bagi menggantikan jasad fizikal kita di alam maya. Media sosial adalah contoh terbaik. Tidak perlu keluar modal untuk beli domain atau hosting, boleh digunakan secara percuma dan mempunyai liputan yang luas. Asasnya, kita hanya perlu memiliki mel elektronik sahaja. Menggunakan email ini, yang majoritinya percuma kita boleh mendaftarkan akaun social media yang dihajati. Selain daripada email, nombor telefon juga boleh digunakan untuk mendaftar.

Proses seterusnya mudah, tambah kenalan, aktif sentiasa dan dengan itu semakin berkembanglah kehadiran kita di alam cyber. Cuma yang perlu diingat ialah sebagaimana kita mejaga diri kita di luar dunia maya, begitu jugalah sepatutnya kita menjaga diri di alam cyber, dari segi keselamatan dan tindak tanduk kita. Jangan jadikan minat blogging sebagai sesuatu yang memakan diri. Continue reading “Minat Blogging, hobi, kerjaya dan …”