Pantang Larang Temuduga Lisan Jawatan Kerajaan atau Kekosongan Swasta

temuduga lisan jawatan kerajaan

Entri ini adalah bahagian kedua dalam panduan menghadapai temuduga sektor kerajaan atau swasta. Sekiranya anda terlepas bahagian pertama, boleh baca di SINI.

Persiapan dan persedian sebelum hari temuduga sehinggalah sampai ke bilik temuduga telah kita bincangkan dalam artikel sebelum ini. Sekarang kita akan kaji pula pantang larang semasa temuduga lisan jawatan kerajaan atau kekosongan swasta.

Kita telah didedahkan dengan seminar kerjaya, resume workshop dan pelbagai lagi usaha pihak universiti atau kolej dalam menyediakan kita bagi menghadapi temuduga apabila mencari pekerjaan.

Jadi, sekarang kita akan refresh kembali dan berkongsi tips semasa berada di dalam bilik temuduga ketika berhadapan dengan panel penemuduga.

Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Temuduga

Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Jika kita seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu sehinggakan kita menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga dan tidak mampu bertindak balas dengan baik apabila disoal.

Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu haruslah bertempat. Click To Tweet

Malu yang terlampau akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga.

Kita harus ingat temuduga merupakan medium menilai teknik berkomunikasi kita. Panel akan menilai bagaimana kita berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan kelak. Pastikan kita mampu berbual dengan panel temuduga dalam keadaan selesa.

Mereka berniat membantu kita dalam menyerlahkan diri kita sebagai persediaan alam pekerjaan. Kita harus bersikap terbuka.

Lagak gaya berlebihan

Walau apa pun pencapaian kita dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan kita. Menyatakan kemahiran, kelebihan diri dan pencapaian lampau bukanlah sesuatu yang membanggakan diri sekiranya dilakukan dengan betul.

Kita akan dianggap berlagak sekiranya bercerita secara melampau seolah-oleh itulah pencapai terbaik seluruh Malaysia atau tanpa kita sesuatu projek lepas akan gagal.

Panel penemuduga telah dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada calon meninggikan diri atau tidak melalui cara berjalan, gaya percakapan, dan bahasa badan yang lain.

Adalah tidak sesuai jika kita menyilangkan tangan di dada ketika berhadapan dengan penemuduga. Bersederhana dalam percakapan dan perbuatan kita dan elakkan daripada bercakap besar.

Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa anda duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar atau membongkok, sebaliknya duduk dengan tegak dan selesa. Itulah postur terbaik bagi kita memberikan perhatian terhadap soalan yang dikemukakan.

Tunjukkan minat anda dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Kadang kala tabiat yang kita tidak sedari emmberi gambaran seolah olah kita tidak berminat dengan temuduga tersebut. Elakkan diri dari;

  • Bermain dengan telefon bimbit atau pen.
  • Melihat jam tangan atau jam dinding dalam bilik temuduga.
  • Menundukkan pandangan ke lantai.
  • Menyilangkan tangan atau kaki.
  • Meletupkan jari.
  • Menunding jari ke arah panel temuduga.

Tidak menggunakan Bahasa Inggeris

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Namun, ia boleh dibaiki dalam jangkamasa singkat. Panel tidak akan meminta kita menghuraikan sesuatu yang kompleks dalam Bahasa Inggeris. Kebiasaanya hanyalah;

  • “Introduce yourself in English please,” atau “Please tell use about yourself”
  • “Tell us about your previous jobs”

Soalan begini boleh dijangkakan. Apabila ia boleh dijangkakan, kita boleh bersedia lebih awal. Karang, tulis, hafal dan berlatih mengucapkan jawapan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan soalan-soalan yang boleh kita jangkakan terlebih dahulu.

Boleh mohon bantuan kawan atau ahli keluarga untuk menilai tahap kelancaran jawapan kita.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan.

Beri respon mengikut bahasa yang digunakan oleh penemuduga ketika bertanya. Click To Tweet

Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor. Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti.

Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan.Persoalan berkaitan gaji hendaklah hanya disentuh apabila isu itu disoal oleh penemuduga.

Jika kita mempunyai berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana kita mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini. Penetapan gaji hendaklah bersesuaian dengan pengalaman dan pasaran semasa.

Merayu dan berlakon drama sedih

Usah merayu dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat kita diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan kita amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki kita. Jika disitu bukan tempat kita, redhakan sahaja. Click To Tweet

Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga  bakal berakhir dengan lebih awal.

Tidak mampu membuat keputusan sendiri

Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Ada soalan yang meminta kita membuat keputusan dalam masa yang singkat. Kita perlu yakin dan tegas dengan jawapan yang diberikan.

Tunjukkan kawalan keatas diri sendiri dalam emmbuat keputusan. Menangguh jawapan supaya kita boleh bertanya kepada pihak lain menandakan kita masih belum mampu membuat keputusan sendiri.

Contohnya apabila ditanya “Bilakah kamu boleh mula bekerja?” Bandingkan jawapan dibawah, dan fikirkan;

  • “Saya perlu bincang dengan ibu bapa”
  • “Saya perlu bincang dengan suami/isteri”
  • “Saya boleh bermula selepas sekian haribulan”

Dapat memberikan keputusan serta merta menunjukkan kita telah bersedia untuk menjawat kekosongan yang diperlukan. Jawapan bersyarat atau teragak – agak menunjukkan kita sekadar mencuba nasib ke temuduga dan hanya akan menguruskan hal-hal lain setelah diterima bekerja.

Ada masanya kita perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan.

Di sini ia menandakan kita bijak mengurus sumber maklumat. Namun begitu, jangan sekali menjawab tidak tahu. Sebaliknya kemukakan alternatif bagaimana cara kita akan mendapatkan maklumat itu. Contohnya;

  • “Saya perlu merujuk kepada bahagian …”
  • “Saya boleh temui jawapannya di …”
  • “Saya perlu melihat data … sebelum buat keputusan”
  • “Saya perlu tunggu sehingga … sebelum bertindak”

Banyak ‘kemungkinan’

Menjadi kebiasaan panel temuduga menyoal calon tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang dipohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”

Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri kita. Jawab dengan yakin dan matang. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti kita dalam menguruskan situasi yang berlaku.

Terlalu berpolitik

Adakalanya panel temuduga menguji kita dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat kita tentang hal-hal dunia luar. Namun, kita harus berhati-hati dalam memberikan pendapat kita supaya tidak menampakkan kita menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain jangan terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga. Panel temuduga menyoal kita dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan kita dalam politik negara. Bersederhanalah. Usah kerana politik kita tidak diterima kerja.

Persediaan Rapi Sebelum Temuduga

temuduga lisan jawatan kerajaanSekiranya kita mempunyai masa yang panjang untuk bersedia, saya rasa rami yang boleh lulus temuduga dengan mudah. Masalah yang biasanya kita hadapi ialah surat panggilan temuduga dan jarak masa kita akan ditemuduga.

Untuk itu, melakukan research sendiri di internet dan buku mungkin tidak mendatangkan hasil yang maksima. Penyelesaiannya ialah researh yang lebih berfokus dengan bantuan ebook.

  • Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan – Apa Perlu Buat Sebelum, Semasa & Selepas Temuduga
  • Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan – Teknik Paling Efektif Untuk Menjawab Soalan Temuduga.
  • Kejayaan & Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan – Kisah-kisah Motivasi Yang Pasti Memotivasikan
  • Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan – Teknik Penulisan Resume Dan Template Resume Khas
  • 250 ++ Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan – Telah Terbukti Lebih 70% Hampir Sama Yang Sebenarnya order
Nak berjaya, kena ada usaha. Click To Tweet
azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “Pantang Larang Temuduga Lisan Jawatan Kerajaan atau Kekosongan Swasta

    1. Btul. Kemmapuan dan kesesuaian temuduga. Walaupun temuduga biasanya orang akan pakai kemas, kemeja bertali leher, ada juga temuduga yang memerlukan calon hadir dengan pakaian sukan. Ikut kesesuaian.

  1. BAGUS sangat tips nih… lagi bagus beli buku panduan tuh… persediaan mental sangat penting… interview kerajaan tak pernah dapat… interview swasta banyak kali… ada yang ok ada yang tak ok… takpelah semua tuh kira pengalaman…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge