Peluang untuk menang RM 1 juta dengan Al-Awfar Bank Islam

Siapa tak nak menang duit kan? Banyak sebenarnya peluang untuk memenangi hadiah wang tunai di Malaysia, salah satu melalui akaun simpanan Al-Awfar Bank Islam. Bagi tujuan ini Bank Islam menyediakan sebanyak RM 6 juta setahun sebagai hadiah.

Apakah akaun Al-Awfar Bank Islam?

Akaun Al-Awfar ialah akaun simpanan di Bank Islam yang menawarkan peluang untuk penyimpannya menang hadiah wang tunai setiap bulan dan setiap suku tahunan. Jadi, sambil menyimpan sambil berpeluang mendapat hadiah dalam bentuk wang tunai. Menarik?

Bagaimana nak buka akaun Al-Awfar?

Ada RM 100? Anda sudah boleh buka akaun ini. Terdapat akaun bank lain dengan kadar minima untuk membuka akaun lebih rendah, tetapi tidak menawarkan hadiah dalam bentuk duit, apa lagi RM 1 juta.

Walaupun jumlah yang diperlukan untuk membuka akaun ialah RM100, baki minima yang perlu dikekalkan dalam akaun AL-Awfar ialah RM50. Jika baki akaun anda lebih rendah daripada jumlah ini, anda tidak boleh melakukan pengeluaran (withdrawal).

Pembukaan akaun boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

Siapa yang layak membuka akaun Al-Awfar?

  1. Individu
  2. Persatuan
  3. Sekolah/Universiti
  4. Kelab/Kumpulan Masyarakat
  5. Kelompok Agama

Bagaimana untuk layak menyertai cabutan Al-Awfar?

Keunikan cabutan bertuah hadiah tunai akaun AL-Awfar ialah ianya berlaku secara automatik. Anda tidak perlu membuat sebarang pembelian sijil atau melakukan sebarang pendaftaran.

Selagi anda ada menyimpan duit di dalam akaun Al-Awfar Bank Islam, dengan minima RM100, nama anda akan dimasukkan ke dalam undian. Semakin banyak jumlah duit yang disimpan, peluang anda untuk menang hadiah wang tunai akan bertambah.

Setiap RM 100 yang disimpan, anda mempunyai satu undian dalam cabutan yang dijalankan. Selagi anda mengekalkan sekurang-kurangnya RM 100 dalam akaun Al-Awfar anda, selagi itu anda mempunyai satu undian.

diterbitkan di azwans.com

Kategori cabutan akaun Al-Awfar

Cabutan akan diadakan setiap bulan bagi kategori CABUTAN UNDIAN BULANAN. Bagi hadiah bulanan ialah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama : Seorang pemenang RM 100,000.00
  2. Tempat Kedua : Seorang Pemenang RM 10,000.00
  3. Saguhati : 20 Orang Pemenang RM 1,000.00

Berikut ialah hadiah bagi CABUTAN UNDIAN PERINGKAT WILAYAH. Seorang daripada setiap wilayah ini akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000.00.

  1. Wilayah Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
  2. Wilayah Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor)
  3. Wilayah Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)
  4. Wilayah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)

Bagi kategori CABUTAN UNDIAN SUKU TAHUN, hadiahnya merupakan;

  1. Tempat Pertama : Seorang pemenang RM 1,000,000.00 (RM 1 JUTA)
  2. Saguhati : 20 Orang pemenang RM 10,000.00.

Bagi kategori CABUTAN UNDIAN SUKU TAHUN (AKAUN AMANAH AL-AWFAR), hadiahnya merupakan;

  1. Tempat Pertama : Seorang pemenang RM 100,000.00
  2. Tempat Kedua : Seorang Pemenang RM 10,000.00
  3. Saguhati : 20 Orang Pemenang RM 1,000.00

Senarai pemenang undian akaun Al-Awfar Bank Islam.

Cara paling mudah unutk menyemak nama pemenang ialah di papan kenyatan di mana-mana cawangan Bank Islam. Nama pemenang juga dipamerkan di laman web Bank Islam. Boleh semak nama pemenang terkini melalui pautan di bawah.

Pakcik Kayoo

ARTIKEL TENTANG SIMPAN DUIT:

  1. Cara simpan duit yang kreatif dan seronok untuk dicuba!
  2. 21 cara simpan duit dengan mudah
  3. Teknik menyimpan yang mudah diamalkan.
  4. Teknik ‘Zero Budget’ untuk gaji kecil.
azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “Peluang untuk menang RM 1 juta dengan Al-Awfar Bank Islam

  1. titan Reply

    dah lama juga aku tak login akaun bank islam aku.

    ingat lagi ke tidak passwordnya.

    haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge