Perbezaan Antara Diari dan Journal; dari kacamata aku.

Contoh journal yang ditulis dengan tangan @ninjatravelling on istagram

 Adakah anda menulis diari sejak kecil?

Tidak. Saya tidak menulis sebarang bentuk diari semasa kecil. Saya melihat bapa ada mempunyai diari semasa saya bersekolah rendah. Namun, kebiasaanya bapa hanya mencatatkan perbenlanjaan seharian dan lain-lain perkara berkaitan kewangan atau temujanji.

Semasa di sekolah menengah saya kenal beberapa orang yang menulis diari. Kebanyakannya perempuan. Biasanya diri ini akan disorokkan, ataupun diari ini mempunyai kunci kecil.

Bilakah anda mula menulis diari atau journal?

Saya bermula menulis selepas tamat universiti. Saya tak pasti sama ada ia sesuai dipanggil diari atau journal. Tujuan asalnya hanya mencatat beberapa perkara penting, seperti maklumat untuk persediaan temuduga, perkara menarik yang saya ingin baca dengan lebih lanjut di lain masa, dan kadang – kadang emosi semasa diri.

Pada masa itu saya tiada buku khas, hanya mencoret apa yang terlintas di mana yang sempat. Kadang kala hanya di belakang resit tesco.

Contoh journal yang ditulis dengan tangan @ninjatravelling on istagram
Contoh journal yang ditulis dengan tangan oleh @ninjatravelling di istagram

Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara diari dan journal?

Ini hanyalah pendapat peribadi. Pada saya, menulis diari ialah menulis pengalaman perjalanan seharian kehidupan. Diari lebih kepada kejadian dan perasaaan, sama ada sesuatu yang menyronokkan atau sesuatu yang menyedihkan. Positif dan Negatif.

Journal adalah satu bentuk upgrade kepada diari. Satu proses kematangan penulisan. Fokus journal bukan kepada apa yang terjadi pada hari itu, tapi lebih kepada apa idea yang terfikir pada masa itu. Journal memasukkan elemen perancangan, jadual, objektif dan perkembangan, yang berada dalam keadaan lebih tersusun.

Journal merekod pendapat, mengenalpasti idea dan mengembangkannya.

Membaca kembali diari seolah membaca sebuah novel cerita, dan emmbaca kembali journal seolah membaca satu manuskrip tentang sesuatu penemuan. Semakin teratur sebuah journal, semakin teraturlah pemikiran dan kehidupan penulisnya.

Adakah sebarang perbezaan antara menulis journal secara digital atau secara manual, dengan tulisan tangan?

Banyak software atau apps yang membantu kita merekod journal. Tapi saya suka cara yang ortodoks. Buku dan pen, dan beberapa alat tulis lain yang sesuai. Pada saya menulis secara digital mudah sangat untuk diedit. Jika dengan tulisan tangan, ianya lebih ‘semula jadi’ dan ‘langsung’. Susah dibetulkan atau didelete. Apa yang terlakar akan kekal terlakar.

Apakah kelebihan menulis journal atau diari?

Menulis adalah terapi. Sama ada menulis secara digital atau manual, kedua-duanya terapi. Saya lebih suka kepada penulisan manual. Apa yang terfikir di kepala akan diterjemahkan terus kepada tulisan tangan dalam suasana yang menenangkan.

Menulis, jika disimpan dengan baik, boleh menjadi cermin refleksi diri apabila dibaca kembali. Contohnnya mungkin dalam journal empat tahun lepas kita menulis kecenderungan idea kepada parti politik tertentu, kita dapati tahun ini kita telah melompat parti dan lebih cenderung kepada parti satu lagi.

Apabila dibaca kembali, kita akan dapat rasakan kita juga seperti orang lain, lalang. Melompat seperti belalalang.

Menulis diari dan journal tidak mempunyai format tertentu, tiada betul tiada salah. Lepakan soal tatabahasa (bye-bye bahasa), asalkan apa yang ingin dirakam dapat dirakam dengan baik. Jadikannya ianya seronok dan jadikannya ia menarik.

Aku menulis untuk diri sendiri. Click To Tweet

Apakah pesan anda kepada rakan-rakan yang menulis diari dan journal diluar sana?

Tidak semua orang suka makan Durian, walaupun ia Raja Buah. Tidak semua orang yang suka makan durian itu pula gemarkan tempoyak.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

2 thoughts on “Perbezaan Antara Diari dan Journal; dari kacamata aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge