RAMAI ORANG MASIH TERTANYA-TANYA KENAPA MUDAH DAPAT KERJA KERAJAAN.

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam, SPA8i

Panduan Lengkap Memohon Jawatan Kerajaan

Penduan mengisi borang SPA8i (online).

KENAPA JAWATAN KERAJAAN JARANG DIIKLANKAN?

Jawapannya bukan sebab nak simpan untuk diisi oleh orang dalam. Sebelum saudara saudari memohon sebarang jawatan kerajaan, saya mohon lupakan hasrat untuk mendapatkan kekosongan itu dengan menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’. Dunia telah maju, tolong buka mata.

Kerja kerajaan memang jarang diiklankan di akhbar atau online. Tak pernah kita dengar iklan berbunyi “kekosongan jawatan Guru Besar SK Tasik Putri”. Kecuali jawatan tersebut bersifat kontrak. Berkhidmat dengan kerajaan dalam erti kata contract for services.

Bagi mengisi kekosongan jawatan tetap kerajaan, semuanya perlu melalui satu sahaja laman web. Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Suruhanjaya ini bertanggung jawab dalam mengendalikan pengambilan kakitangan kerjaan yang tetap sepenuhnya.

Setiap pemohonan jawatan tetap kerajaan pelulah melalui laman web http://www.spa.gov.my/

BAGAIMANA HENDAK TAHU JAWATAN APA YANG KOSONG?

Jawapannya, anda tidak akan tahu. Kakiitangan awam biasa juga takkan tahu. Boleh tanya guru besar di sekolah berhampiran, jika dia tahu berapa banyak kekosongan Pembantu Tadbir Gred N17. Jawapannya mungkin tidak. Namun begitu, anda boleh membuat anggaran jawatan manakah yang akan diisi dengan banyak pada tahun ini.

Kekosongan jawatan kerajaan setiap tahun ditentukan oleh Waran Perjawatan bagi setiap jabatan. Jabatan Perkhidmatan Awam ialah badan yang bertanggungjawab menentukan hal ehwal perjawat awam dari segi perlantikan, gaji, persaraan, dan jumlah kekosongan setiap jabatan lain.

Waran Perjawatan ialah jumlah kakitangan yang boleh digaji oleh sesebuah jabatan. Waran diluluskan oleh kerajaan berdasarkan keperluan Jabatan terbabit untuk menjalankan tugas dan fungsinya. Di dalam waran perjawatan ada dijelaskan dengan terperinci jumlah orang, gred jawatan dan dimana dia akan bertugas. Setiap jabatan wajib mematuhi waran ini.

Jadi, kekosongan dalam perkhidmatan awam hanya akan berlaku atas tiga sebab;

  1. Pertambahan Waran Perjawatan.
  2. Kenaikan Pangkat.
  3. Penamatan Perkidmatan.

Pertambahan waran berlaku sekiranya kerajaan berpendapat Jabatan tersebut memerlukan lebih banyak sumber manusia (man power) untuk berfungsi. Kenaikan pangkat dalam sesuatu organisasi akan menyebabkan kekosongan berlaku di gred yang ditinggalkan. Penamatan perkhidmatan pula berlaku apabila ada persaraan, kematian, atau ada penjawat awam yang menamatkan/ditamatkan perkhidmatannya.

Ada beberapa teknik untuk mengetahui jawatan mana yang sesuai dipohon bagi tahun semasa untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kerja dalam sektor awam. Sila beri perhatian kerana ramai yang ambil mudah dan sekadar memohon secara rawak sahaja.

Kaedah paling mudah ialah dengan memerhatikan iklan di laman web SPA tadi. Dari semasa ke semasa anda akan dapat melihat iklan kekosongan yang terpapar. Lihat gambar di bawah sebagai contoh. Dipaparkan iklan kekosongan (peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam) Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S17.

Iklan Kekosongan Jawatan Kerajaan Gred 17 di Laman Web SPA.
Iklan Kekosongan Jawatan Kerajaan Gred 17 di Laman Web SPA.

Dalam iklan ini dinyatakan jawatan ini dibawah Kementerian Sumber Manusia. Kekosongan yang ada hanyalah 15 orang dan lokasi penempatan ialah di Sabah dan Sarawak. Terdapat peringatan untuk memohon jawatan ini melalui boring SPA8i online sebelum waktu tertentu. Mereka yang telah memohon lebih awal, tidak perlu berbuat apa-apa.

Sekiranya anda melihat iklan ini, sebenarnya masa anda telah suntuk. Jika anda mengisi borang setelah melihat iklan ini, anda akan melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa dan akan banyak kesilapan yang boleh berlaku. Lebih baik menjadi mereka yang boleh mengagak dengan lebih awal jawatan yang akan diiklankan.

Caranya? Perhatikan pembentangan belanjawan bagi setiap tahun. Pembentangan belanjawan (budget) biasanya diadakan sekitar bulan Oktober. Abaikan pengumuman lain. Tumpukan perhatian kepada pecahan agihan peruntukan kepada setiap kementerian dan jabatan. Jabatan yang memperoleh peruntukan paling banyak mempunyai kemungkinan paling besar untuk menambah kakitangan sedia ada.

Perhatikan juga sebarang projek besar kerajaan. Sebagai contoh, pengumuman rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membuatkan Jabatan Kastam Diraja Malasysia (JKDM) membuat pengambilan besar-besaran kearah menyediakan jabatan itu dalam perlaksanaan GST.

JKDM telah membuat pengambilan hampir 300% dari pengambilan tahunan yang biasa bagi jawatan Penguasa Kastam Gred W41, Penolong Penguasa Kastam Gred W27 dan Pegawai Kastam Gred W17. Setelah setahun GST dilaksanakan kadar pengambilan masih lagi tinggi daripada seblum perlaksanaannya. Masih ramai kakitangan diperlukan.

Begitu juga dengan pengumuman projek pembinaan hospital, lapangan tebang atau lain lian projek mega kerajaan yang bakal dijalankan. Projek ini akan mewujudkan banyak posisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam. Perhatikan bila projek itu akan dijangka siap, kerana pada tahun itulah pengambilan besar-besaran akan dilakukan.

Maklumat seperti ini boleh membantu anda untuk memilih jawatan mana yang sesuai dipohon bagi tahun itu untuk meningkatkan kemungkinan anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam.

KAJI JAWATAN YANG HENDAK DIPOHON SEBELUM MENGISI BORANG.

Berita baiknya ialah anda hanya perlu mengisi satu borang sahaja untuk memohon pelbagai jawatan. Memohon jawatan yang anda tidak layak tidak akan membuatkan anda disenaraipendekkan. Bagi iklan kekosongan jawatan swasta, memang benar, sekalipun anda berada sedikit di bawah kelayakan minima, anda digalakkan memohon. Masih ada peluang untuk dipanggil temuduga.

Keadaan ini tidak sama bagi sistem online SPA. Jika tidak layak, nama anda akan digugurkan secara automatik. Jangan buang masa memohon jawatan yang anda tidak dapat penuhi syarat minimanya. Memang anda boleh memasukkan maklumat palsu, tapi percayalah, anda akan disuruh pulang sebaik sahaja bila dipanggil nanti.

Keadaan ini benar-benar berlaku. Banyak kekosongan jawatan beruniform biasanya menjadikan had ketinggian, bukaan dada dan berat badan sebagai pra-syarat. Jangan sangka dengan memasukkan maklumat palsu anda akan terlepas. Itulah perkara pertama yang akan disemak sekiranya anda dipanggil untuk temuduga atau ujian nanti.

Website SPA menyediakan senarai jawatan dan syarat minima yang diperlukan. Ambil masa untuk mengkaji dan menyenaraikan jawatan yang layak dipohon. Susun ikut keutamaan kelayakan akedemik anda. Maklumat ini boleh dicetak atau dituliskan terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang online SPA8i.

KESILAPAN YANG BIASANYA DILAKUKAN SEMASA MENGISI BORANG SAP8i

Kesilapan pertama ialah membuka website SPA dengan tangan kosong. Ini akan membuatkan anda tercari-cari maklumat yang hendak diisi. Kemungkinan ada maklumat penting akan tercicir atau diisi secara salah. Pastikan dokumen berikut (hardcopy) ada berhampiran semasa anda mengisi borang ini. Dokumen lazim ialah seperti berikut;

  • Maklumat peribadi pemohon.
  • Maklumat peribadi ibu bapa dan pasangan.
  • Maklumat kesihatan (tinggi, berat, bukaan dada, penyakit yang dihidapi, berkaca mata atau tidak)
  • Maklumat Akademik (PMR/SRP/LCE, SPM/MCE/SPM(V), Peperiksaan Tambahan, STPM/STP/HSC, STAM, Pengajian Tinggi, Profesional/Iktisas)
  • Maklumat Kokurikulum. (Sukan/Persatuan, Rekacipta/Pencapaian)
  • Maklumat Tambahan (Bakat/Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera/Polis, Penerima Bantuan/Kurang Upaya)

Pastikan setiap ruang yang bertanda (*) diisi. Ruangan ini bermaksud maklumat itu wajib (mandatori) untuk diisi. Jika boleh, dapatkan seseorang unutk membaca apa yang telah anda isi sebelum menghantar borang ini bagi mengelakkan sebarang kesilapan kesilapan.

Jangan pandang rendah maklumat yang diisi. Banyak perincian yang perlu dipenuhkan. Sebagai contoh keputusan SPM. Anda perlu memasukkan setiap mata pelajaran dan gred yang diperoleh. Lebih mudah jika anda ada sijil atau salinannya secara fizikal semasa mengisi borang ini.

Anda juga berpeluang mengisi pilihan tempat temuduga. Pastikan ia merupakan tempat yang paling hampir dengan tempat tinggal anda sekarang. Jika anda tidak dapat hadir ke tempat itu kelak, anda perlu emmohon untuk berpindah pusat temuduga atau peperiksaan. Satu proses yang perlu anda elakkan sekiranya boleh.

Bagi yang sedang bekerja dalam sektor awam atau swasta, jangan risau kerana pihak SPA turut mengambil inisiatif mengadakan sesi di sebelah malam bagi mereka yang mempunyai komitmen lain disiang hari. Pendapat saya, sebolehnya mohon temuduga di sebelah siang. Mungkin anda selesa untuk hadir di malam hari, tapi adakah penemuduga suka apabila terpaksa bertugas di malam hari?

Setelah diisi anda hanya perlu menunggu panggilan untuk menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam. Lazimnya semua jawatan perlu melalui proses ini. Amat jarang yang terus dipanggil temuduga. Borang ini seboleh-bolehnya hendaklah dikemaskini setiap enam bulan. Jangan biarkan borang ini tidak dikemaskini sehingga 3 tahun.

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam, SPA8i
Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam, SPA8i

Panduan Menduduki Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Awam.

Tahniah, setelah mengisi boring SPA8i online, anda berjaya disenarai pendekkan anda akan mendapat surat panggilan untuk menghadiri peperiksaan bertulis. Peperiksaaan yang bakal diadakan bagi setiap calon yang layak ini ialah merupakan satu bentuk ujian kompetensi. Tujuan utama peperiksaan ini ialah untuk menetukan tahap akademik, daya menyelesaikan masalah dan kecenderungan setiap calon.

Peperiksaan bukan satu benda asing bagi rakyat Malaysia. Dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, peperiksaan adalah satu lumrah. Punca utama kegagalan calon memohon kekosongan jawatan kerajaan ialah kerana menganggap peperiksaan ini berbeza. Saya akan terangkan kenapa.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DI SEKOLAH RENDAH.

Semasa di sekolah rendah, kita mengambil masa enam tahun untuk menyiapkan diri mengahadapi satu peperiksaan besar apabila berada di Tahun Enam. Setiap tahun pula akan ada peperiksaan kecil. Guru menyediakan pelbagai panduan, kerja rumah malah memberikan tuisyen percuma untuk murd.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa membelikan buku rujukan, menghantar kita ke kelas tuisyen. Sebelum peperiksaan sebenar, kita pula disogok dengan pelbagai latih tubi, soalan contoh dan soalan ramalan. Tujuannya supaya apabila kita menduduki peperiksaan sebenar, kita tidak terkejut dengan soalan yang ditanya dan mungkin ada antara soalan yang sebenar itu seakan-akan soalan contoh yang pernah kita buat.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DI SEKOLAH MENENGAH.

Di sekolah menengah kita akan menghadapi dua peperiksaan utama. Tiga tahun pertama kita bersedia untuk peperiksaan yang pertama. Kemudian diberi tambahan masa selama dua tahun untuk peperiksaan keduan. Bagi yang menyambung peperiksaan ke tingkatan enam atau kelas pra-universiti, dua tahun lagi masa diberikan untuk bersedia.

Senario yang sama berulang. Kita hadir ke kelas, menghadiri kelas tambahan, membeli buku rujukan, dan kita dilatih pula untuk membuat nota sendiri bagi membolehkan kita menjawab soalan yang bakal diduduki. Jangan lupa, bilangan mata pelajaran telah bertambah melebihi 100% berbanding di sekolah rendah.

Sekali lagi, semakin hamper kita dengan peperiksaan semakin banyak contoh soalan yan kita buat. Kita berusaha mencari koleksi soalan tahun-tahun terdahulu, soalan peperiksaan percubaan sekolah-sekolah yang hebat, malah membeli buku rujukan untuk soalan ramalan.

Hasilya sama. Ketika menjawab soalan sebenar, latihan semasa menjawab soalan contoh, soalan ramalan dan latih tubi banyak membantu kita. Malah ada antara soalan objektif yang kita sudah hafal terlebih dahulu jawapannya kerana sudah banyak kali kita melihat dan membuatnya.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI.

Pace pembelajaran di peringkat ini semakin pantas. Bilangan mata pelajaran berkurang, namum bilangan peperiksaan bertambah. Setiap semester akan ada peperiksaan. Masa untuk kita bersidia menjadi semakin singkat. Kita perlu belajar dalam satu semester sekitar empat atau lima bulan sebelum dinilai dalam peperiksaan.

Walaupun begitu, pattern kita tidak berubah. Kalau dulu kita pergi ke bilik darjah dan kelas, kini kita ke kuliah. Kalau dulu kita pergi ke kelas tambahan, kini kita pergi ke tutorial dan makmal. Buku rujukan bertambah tebal dan mahal. Kita tetap membelinya kerana ia amat perlu.

Tidak cukup dengan itu kita masih mencari soalan contoh, soalan tutorial dan pelbagai bentuk soalan latihan lagi. Malah ada antara mereka yang berjaya lulus hanya dengan membuat latihan, mengkaji dan memahami soalan-soalan ini di beberapa minggu sebelum peperiksaan berjalan.

RAMAI YANG GAGAL DALAM MENDUDUKI PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAAN AWAM SPA INI KERANA TIDAK MENGEKALKAN CORAK PERSEDIAAN SEBELUM INI

HALANGAN DALAM PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN TEMUDUGA KERAJAAN.

Kita tidak lagi bersedia seperti mana kita bersedia bagi peperiksaan sebelum ini. Kita menerima surat panggilan, memohon cuti untuk mengambil peperiksaaan dan akhirnya menduduki peperiksaan dalam keadaan berlenggan. Hasilnya tentu mengecewakan. Soalan dalam bentuk yang tidak pernah kita lihat dan jangkakan.

Ingat beberapa perkara penting ini. Tiada buku rujukan khas bagi menduduki peperiksaan ini dijual di kedai buku. Kita biasa mendengar nasihat agar membeli buku “Malaysia Kita” sebagai rujukan. Itu tidak salah, tetapi tidak mencukupi. Terlampau banyak bab di dalamnya dan hanya sedikit yang relevan.

Tiada contoh soalan bagi peperiksaan lepas dalam peperiksaan memasuki gred tertentu dalam perkhidmatan awam ni. Soalan yang diberikan biasanya dikutip balik selepas peperiksaan. Soalan ramalan juga sukar dibuat kerana tiada yang tahu sukatan pelajaran yang perlu untuk peperiksaan ini.

Buku rujukan dan contoh soalan tidak lagi boleh dibeli dengan mudah di kedai buku seperti sebelum ini. Berita baiknya ialah rujukan dan contoh soalan kini boleh didapati di internet dalam bentuk ebook sekiranya kita pandai mencarinya. Contohnya lihat kit persediaan ini yang saya kira lengkap.

MENCARI MAKLUMAT DI INTERNET SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Saya boleh katakana 90 calon akan melakukan perkara ini. Kebiasanya di forum sperti lowyat atau cari, akan muncul thread perbincangan bagi jawatan yang bakal akan diadakan peperiksaan atau temuduga. Ia bagus untuk calon mengetahui calon lain yang akan bersama mengambil peperiksaan tersebut.

Perbincangan dan perkongsian boleh dilakukan, selagi mana calon lain sanggup berkongsi. Hakikatnya semua calon lain adalah pesaing kita. Tidak mustahillah bagi mereka menyimpan ‘senjata’ rahsia mereka. Masih ingat two rules of success?

  1. Never reveal everything that you know.

Kita juga boleh mengetahui beberapa perkara berkaitan jawatan itu dengan melawat laman web jabatan yang berkenaan. Mungkin kita boleh tahu maksud lambangnya, warna koperatnya, menteri yang menarajuinya, lalu kita hafalkan semua ‘fakta’ berkenaan.

Apa lagi persediaan yang boleh kita buat? Cuba pergi ke laman web SPA yang menerangkan dengan ringkas panduan dan sukatan peperiksaan. SPA telah bertambah moden, system peperiksaan awam perkhidmatan awam online telah banyak dilaksanakan bagi pelbagai gred jawatan.

YA, kita akan menghadapi peperiksaan ini secara online. Bayangkan mudah atau tidak mencari jawapan sekiranya rujukan bercetak ada disini. Kita boleh luangkan masa dengan mencari satu persatu di google atau mendapatkan bahan yang telah siap disusun.

Kerana wujudnya permintaan yang tinggi untuk rujukan sebegini, telah ada pihak yang berusaha menyediakannya, meyusun dan memasarkan rujukan ini secara atas talian. Malahan, ada yang diolah secara khusus untuk jawatan gred tertentu.

CONTOH KOMPILASI RUJUKAN KHAS BAGI JAWATAN TERTENTU DI PASARAN

  • Rujukan untuk peperiksaan online kemasukan Pegawai Teknologi Maklumat gred F41 (LINK)
  • Rujukan temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam gred w17 (LINK)
  • Rujukan untuk persediaan peperiksaan online calon jawatan Penolong Akauntan W27 (LINK)
  • Rujukan peperiksaan online kemasukan ke Latihan Separa Perubatan (LINK)
  • Rujukan Kerjaya Jururawat ambilan lulusan SPM & Diploma (LINK)
  • Rujukan untuk sesi temuduga untuk calon yang lulus peperiksaan online Separa Perubatan (LINK)

SETELAH SELESAI PEPERIKSAAN …

Setelah selesai menduduki peperiksaan, anda akan dipanggil untuk ke peringkat seterusnya apabila berjaya. Kekalkan momentum persediaan ini. Sekiranya anda telah memiliki panduan lengkap (salah satu daripada yang di atas), teruskan membacanya kerana tips yang diberikan lengkap sehingga ke peringkat temuduga lisan.

Sesetengah jawatan memerlukan anda hadir ke Physical Assessment Center (PAC). Selepas peperiksaan ini anda bolehlah bersedia secara fizikal. Tumpukan dengan berjongging secara ringan sekerap mungkin. Sekiranya berat badan agak berlebihan, cuba turunkan sedikit. Kita masih ada masa.

PAC tidak memerlukan anda fit seperti atlet, tapi cukup sekadar menunjukkan kita seorang yang aktif. Percayalah, banyak calon yang tak bersedia dan gagal menamatkan larian pertama. Anda mampu menyerlah tanpa kable di peringkat ini.

Dalam peringkat ini juga mungkin ada public speaking bagi calon dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tajuk diberikan secara rawak dan spontan. Tajamkan kemahiran lisan kta dan banyakkan ambil tahu tentang isu semasa.

Sekiranya persediaan yang dijalankan seeblum peperiksaan lagi, kemungkinan untuk kita berjaya di peringkat seterusnya amat tinggi. Jangan tunggu hendak lulus peperiksaan baharu hendak bersedia bagi sesi temuduga.

SELAMAT MENCUBA!.

[ADS] Dapatkankan 250 ++ Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan – Telah Terbukti Lebih 70% Hampir Sama Yang Sebenarnya.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “RAMAI ORANG MASIH TERTANYA-TANYA KENAPA MUDAH DAPAT KERJA KERAJAAN.

  1. Sesiapakah yang tahu? Adakah jika kes akta 323 dan dijamin mahkamah. adakah layak diterima bekerja dalam sektor perkhidmatan awam ni?

    1. Kes jenayah ringan kan. hmm saya pun tak pasti . kena tanya pegawai sektor awam yang lebih tinggi untuk menjawab soalan tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge