Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-58

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara. Ulang Ttahun kemerdekaan Malaysia kali ke 58. Saya persembahkan sebuah sajak untuk pembaca sekalian.

kemerdekaan Malaysia
Bunga Raya, Bunga Kebangsaan Malaysia – Shot depan rumah je

Dibumi merdeka ini, kita dilahirkan,
Dalam pelbagai acuan bangsa,
Dengan bermacam ragam budaya,
Menyusuri berjenis liku kehidupan.

Merayakan walau sederhana sambutannya,
Meraikan dengan kemeriahan upacaranya,
Memperingati lelah dan darah perwira,
Asal di sanubari tersemat rasa cinta,

Kepada Nusa…

Aku dan bapaku anak Malaysia,
Datukku dan moyangku anak Malaya,
Anak dan cucuku nanti bagaimana?
Akan masih utuhkah Pertiwinya?

Kita bersama memegang Amanah,
Jangan dikhianati Pusaka negara,
Jangan dilacur Maruah bangsa,
Jangan digadai apa yang tersisa.

Tidak perlu aku seru Kalian bangkit,
Kerana Kalian telah berdiri siaga,
Tidak perlu aku kejut lena kalian,
Kerana Kalian tidak pernah pejamkan Mata.

Merdeka bukan hak si polan,
Negara bukan hak si polan,
Semua kita namanya sama,
Anak Malaysia, Hak itu hak kita.

Jangan dicaci tawarikh bangsa,
Jika tidak ingin mengundang celaka,
Biar hidup berpaksi harmoni,
Saling hormat menghormati.

Salam Merdeka untuk BANGSA MALAYSIA,
Ayuh bersama menuju jaya,
Sehati, sejiwa, senegara, selamanya,
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

-azwans.com

Jika ingin dikongsikan kongsilah, cuma saya harap jangan diubah, dan kalau rajin, linkkan kembali ke blog ini. Sekian, SALAM MERDEKA. Selamat meynambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 58.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge