Semakan Sijil Simpanan Premium SSP BSN Menggunakan Internet

“Pernah simpan SSP BSN, lama dahulu. Tapi sekarang dah tak ingat berapa jumlahnya. Adakah duit tersebut masih ada?”

Begitulah antara soalan yang sering saya terima daripada pembaca. Di sini ada dua penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menyemak kembali berapa sebenarnya jumlah simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) anda yang ada.

Semakan SSP BSN melalui Kaunter.

Kaedah yang paling mudah, pergi ke kaunter BSN yang berhampiran dan minta pegawai bank melakukan semakan. Dokumen pengenalan diri, kad pengenalan bagi warganegara dan passport antarabangsa bagi bukan warganegara diperlukan untuk proses ini.

Semakan SSP BSN melalui myBSN.

Cara ini lebih mudah dan boleh dilakukan tanpa pergi ke bank. Bagi tujuan ini, pelanggan perlu memiliki akaun perbankkan internet (online banking) Bank Simpanan Nasional, myBSN yang aktif.

Bagi mereka yang belum mengaktifkan myBSN, boleh aktifkan di SINI.

Apabila telah berjaya log masuk ke myBSN, ikuti dua langkah mudah ini unutk menyemak baki Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN anda;

Pilih “Profile Management”.

Check SSP gun myBSN
Check SSP guna myBSN

Di tab Profile Management, pilih sub tab My Registered Account. Anda boleh melihat senarai akaun yang ada di BSN yang dimiliki atas nama anda. Senarai ini termasuklah sebarang kad kredit BSN, sekiranya ada.

Klik pada butang “Udate Account Listing” untuk kemaskini akaun SSP, akaun simpanan, akaun semasa dan akaun kad kredit sekiranya ada.

Anda tidak memerlukan langkah yang lain. Cukuup sekadar satu langkah ini sahaja dan selebihnya akan dikendalikan secara automatik oleh myBSN.

Anda hanya perlu klik “Udate Account Listing” sekali sahaja.

Lihat baki di “Account Overview”.

Semak SSP BSN gun myBSN
Semak SSP BSN guna myBSN

Setelah melakukan langkah di atas, klik pada Account Overview dan kemudian pada BSN SIjil Simpanan Premium (BSN SSP). Jumlah baki SSP BSN anda akan dipaparkan di sini sekiranya ada.

Paparan adalah dalam bentuk berapa unit sijil yang and miliki dan berapa jumlah RInggit Malaysia nilai sijil tersebut.

Selamat Mencuba.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

5 thoughts on “Semakan Sijil Simpanan Premium SSP BSN Menggunakan Internet

  1. as’kum..apa akan jadi hadiah kemenangan tapi tidak dituntut sbb x tau, bleh bg penjelasan..tolong yerr.

  2. assalamualaikum.. sy tak pernah membeli sebarang sijil ssp sama ada melalui kaunter bsn sendri ataupun online. namun pada bberap hari lpas sy ada mndeposit wang sy sbyk 10 rggit bagi satu unit.. dan pada hari ini sy mnymak akaun ssp sy.. yg terpapar adalah sy mmliki 75 unit ssp yg berjmlah 750.. adakah itu baki wNg ssp sy..? sdgkn baru skli sy membuat pembelian sjil ssp mlalui online

    1. Semasa SSP BSN boleh dibeli di kaunter dan CDM sahaja, saya kurang berminat. Setalah SSP BSN boleh dibeli online, saya menyimpan dengan lebih kerap. Boleh baca artikel ini untuk panduan: SSP BSN Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge