Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional – SSP BSN

Slip yang dikeluarkan mewakili sijil digital SSP BSN

Sijil Simpanan Premium, SSP BSN

Kebelakangan ini saya banyak memandu dalam jarak yang jauh. Oleh kerana memandu seorang diri, radiolah teman setia sehingga sampai ke destinasi. Biasanya saya tak kekal satu stesen sahaja, dan  akan selalu tukar – tukar sesedap hati mengikut lagu yang menarik. Macam mana ditukar pun, mesti terdengar iklan “Super 10” dari Bank Simpanan Nasional.

Dengan hanya RM 10 ringgit, kita berpeluang memenangi pelbagai hadiah.

Pertama sekali, per perlu jelaskan di sini, ini bukan posting berbayar. Maknanya, saya tidak mengiklankan SSP ini bagi pihak BSN. Sapa tak nak kan? dengan sepuluh ringgit sahaja boleh menang BMW, ataupun RM 1 juta? Sejak dahulu lagi saya pernah berhajat nak beli sijil simpanan premium ni. Saya kenal SSP ni semasa sekolah menengah. Ketika itu yang menarik perhatian saya ialah rupa bentuk sijil yang dikeluarkan tu.

Slip yang dikeluarkan mewakili sijil digital SSP BSN
Slip yang dikeluarkan mewakili sijil digital SSP BSN

Nampak menarik, nampak gah. Malangnya saya tak beli pun, sayang, sebab sekarang sijil tu dah tak dikeluarkan lagi. Untuk sijil yang dikeluarkan masa ini, semuanya dikeluarkan dalam bentuk  online sahaja (e-cert). Kalau ada antara pembaca yang masih ada sijil lama tersebut, simpan, jangan tebus lagi, barang rare tu.

Kebetulan pula, sekarang ni BSN buat pulak kempen kelebihan SSP BSN special edition, sila semak website BSN untuk maklumat lanjut. Jadi saya pun belilah sijil simpanan premium dengan jumlah yang semampunya. Mulanya saya agak berbelah bahagi, sebab saya tidak memiliki sebarang akaun simpanan dengan BSN. Saya tidak mahu membuka akaun yang baharu semata – mata sebab nak membeli SSP ni.

Rupanya setelah saya semak, kita tak perlu sebarang akaun simpanan dengan BSN untuk membeli SSP. Sijil e-cert yang dikeluarkan pula hanyalah sebagai resit. Walaupun tanpanya kita masih boleh meyemak atau menebus sijil ini di kaunter BSN dengan hanya menggunakan MyKad sahaja. Maka saya meneruskan hajat untuk beli SSP dengan dua sebab utama tadi. Saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu berkaitan SSP BSN ini, sebagai panduan. Syarat yang terkini boleh dirujuk sendiri dengan pihak Bank Simpanan Nasional.

Murahkanlah rezeki kami

Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional judi, simpanan atau pelaburan?

Bagi yang bukan muslim, boleh abaikan perenggan ini. Sehingga artikel ini ditulis, SSP dijamin oleh BSN sebagai produk islamik yang patuh syariah. Maknanya ada panel yang memantau mekanisma perlaksanaan SSP. Kepada yang masih ragu boleh semak status patuh syariahnya di sini. Hadiah bagi cabutan yang dilakukan dibeli bukan dari hasil deposit simpanan pemegang sijil, sebaliknya dari satu dana yang diwujudkan berasingan. Ini merupakan faktor yang penting rupanya bagi memstikan produk itu patuh syariah.

Contohnya, jika kita adakan pertandingan memancing, dengan yuran RM 10, dan pihak penganjur pula sediakan hadiah yang dibeli dengan duit yuran tadi, maka disitu wujudnya unsur pertaruhan. Kerana ada yang dapat pulangan yang besar berbanding yuran tadi, dan ada yang pulang dengan tangan kosong dan hilang pula RM10 nya. Itu pertaruhan. Sekiranya, pertandingan itu tadi hadiahnya ditaja, manakala yuran pertandingan pula digunakan sebagai kos menjalankan pertandingan, seperti makan minum, tempat pertandingan, logistik atau sebagainya, maka disitu tiada unsur pertaruhan. Ini adalah fahaman peribadi saya melalui pembacaan yang saya lakukan.

Jadi pada saya SSP bukan judi. Kalau kita beli nombor ekor dengan RM 10, kalau nombor yang kita beli tidak ‘naik’ maka kita akan kerugian RM10 tanpa dapat apa -apa. Kalau SSP pula, walaupun kita tidak menang sebarang hadiah, duit itu tetap ada. Malahan ada sedikit dividen dari keuntungan pelaburan akan diberikan mengikut konsep perkongsian untung dengan pihak bank.

Jadi adakah SSP sebuah pelaburan? Walaupun itu yang diwar – warkan oleh BSN, tapi saya kurang setuju, kerana bagi saya pelaburan perlu memberikan pulangan melebihi kadar inflasi, untuk mengekalkan nilai matawang berbanding masa simpanan. Pendapat peribadi saya, SSP lebih kepada simpanan, dengan dividen yang tinggi sedikit daripada kebanyakan akaun simpanan bank – bank lain (malahan akaun GIRO BSN sendiri). Sebagai plus point nya pula pemegang sijil berpeluang memenangi hadiah lumayan. Itulah SSP mengikut pemahaman saya.

Dividen SSP

SSP membayar dividen untuk pemegang sijil secara tahunan. Disinilah kesilapan aku yang menyangkakan akaun simpanan perlu ada dengan BSN bagi tujuan pembayaran tersebut. Rupanya bukan begitu. Tanpa akaun simpanan dengan BSN, dividen SSP tu tak kemana, kerana ia akan dibayar semasa sijil tersebut ditebus.

Rahsia murah rezeki
Rahsia murah rezeki

Cara membeli sijil simpanan premium BSN

  1. Beli menggunakan mesin ATM atau CDM Bank Simpanan Nasional
    • Bagi pemegang kad BSN Visa Debit/Debit-i yang berusia 12 tahun ke atas boleh membeli Sijil Simpanan Premium melalui mesin ATM ataupun CDM.
    • Amun yang dibeli tertakluk kepada had pengeluaran maksimum pemegang akaun dalam gandaan RM 10.
    • Bagi pemegang akaun bersama, hanya nama Primary Account Holder sahaja yang akan tertera di SSP.
    • Caranya:
      • Masukkan kad.
      • Pilih Bahasa
      • Masukkan nombor PIN.
      • Pilih ‘SSP Saving’
      • Masukkan jumlah dalam gandaan RM 10.
      • Sahkan jumlah dan semak alamat yang tertera di skrin.
      • Simpan resit transaksi untuk rujukan.
  2. Beli menggunakan perbankan internet BSN
    • Log masuk ke perbankan internet BSN menggunakan nama dan kata laluan sedia ada.
    • Pilih ‘eSSP Saving’
    • Masukkan unit SPP yang ingin dibeli (1 unit = RM10).
    • Sahkan pilihan dan resit akan dipaparkan.
    • Cetak resit untuk simpanan sendiri.
  3. Pembelian melalui kaunter atau ejen bank berdaftar (EB)
    • Pembelian maksimum melalui ejen bank ialah RM 1,000.00

Penebusan SSP

Sijil simpanan premium boleh ditebus dikaunter BSN dengan membawa sijil asal dan kad pengenalan. Bagi sijil e-cert, memadai dengan membawa kad pengenalan sahaja.

Pemenang Hadiah SSP BSN.

Pemegang sijil boleh semak keputusan cabutan ssp bsn di sini. Hadiah bagi cabutan mingguan SSP diadakan setiap Isnin dan Rabu kecuali cuti umum.

Untuk hadiah utama ataupun Special Draw yang diadakan sekali setahun, dengan jumlah deposit minimum RM 3000. Setiap bulan turut diadakan cabutan, dengan kelayakan minimum deposit sebanyak RM 10. Selain itu terdapat local draw yang diadakan setiap bulan bagi setiap negeri dan wilayah persekutuan. Jumlah minimum ialah RM 10 sahaja.

Semua ini ialah struktur untuk cabutan bagi tahun 2015, berkemungkinan akan berubah sekiranya ada promosi yang lain pada tahun tahun akan datang. Untuk maklumat lebih lanjut tentang SSP BSN 2015 bolehlah check di sini.

Kesimpulannya, jika ada duit lebih yang ingin kita ‘bekukan’ tak salah mencuba. Dalam hal kewangan, kita harus sentiasa bersifat terbuka, dalam masa yang sama memahami dan mengkaji sebarang risiko pelaburan yang ingin diceburi. Banyak panduan dan ilmu yang boleh dijadikan rujukan dan boleh diperolehi dari internet sama ada secara percuma atau berbayar.

 

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

135 thoughts on “Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional – SSP BSN

  1. salam nak tanya, sekarang ni bsn hanya keluarkan sijil dalam bentuk resit rasmi seperti dalam gambar tu ke ?

  2. assalam, mohon bertanya… jika SSP BSN sebanyak 200K dalam tempoh 5 tahun. bagaimanakah pengiraan dividen boleh diangarkan?

  3. As salam..
    Saya nak tanya..
    macam saya ada beli 10 unit = RM 100.00
    2 tahun lalu..

    maksudnya keuntungan simpanan ssp akan masuk ke akaun ssp ke atau akaun bsn?
    sebab saya npk kat akaun ssp still rm100.00
    tq..

  4. Salam..encik azwan saya mw tanya cara daftar dan cara untuk menang hadiah tu…ada kh tiap hari atau bulan perlu bagi masuk duit dalam 3k

  5. RM50 = 5 sijil, selagi tak tebus, selagi tu layak. Sekarang semua sijil dah di’online’kan. Tak perlu sijil hardcopy asal yang dahulu.

  6. Selamat pagi En. Azwan.
    Saje nak penjelasan… perlaburan ni bermaksud kita sendiri perlu beli SSp tiap2 bulan ke? Atau
    Adakah ia akan berterusan dipotong terus daripada bank BSN giro sendiri?
    TQ

  7. salam tuan…pkcik sye bank in duit smlm kat sye..dye xpaham sgt so dye terklik pembelian ssp pastu no ic sye…dye tersilap…mcm ne nak kluarkan duit tu ??

    1. Kalau nak keluarkan kena tunggu matang 45 hari. Tapi boleh cuba bawa resit tersebut ke kaunter dan minta untuk buat pembatalan belian, sebut pembatalan, cakap silap beli. InsyaAllah dia boleh pulangkan duit.

  8. Assalam tuan. Jika mahu tebus SSP tanpa membawa atau tertinggal sijil asal, boleh ke? Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge