Tips Menang SSP BSN (Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional).

Jadual menyimpan SSP BSN Cabaran 52 Minggu

Tips Menang SSP BSN

Tiada sebarang cara untuk kita MEMASTIKAN kita boleh menang cabutan SSP BSN. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk MENAIKKAN PELUANG kita memenangi cabutan ini.

1. Gunakan Duit Yang Anda Tidak Perlukan.

Semakin banyak kita beli sijil simpanan premium tidak akan menjamin kita untuk memenangi RM 1 juta. Oleh itu, jangan terlampau ghairah untuk membeli SSP BSN.

Sekiranya SSP BSN dibeli menggunakan wang yang sepatutnya kita guna ke arah lain, kemungkinan besar simpanan itu tidak akan bertahan lama.

Kita akan menebusnya untuk kegunaan sendiri sebaik sahaja matang.

Elakkan situasi ini berlaku.

Konsep asas menyimpan duit ialah; simpan dan kekalkan. Click To Tweet

Oleh itu, kita perlu gunakan duit yang kita anggap sebagai lebihan, atau sememangnya telah kita khaskan (ditetapkan dalam budget) untuk membeli SSP. Dengan itu, kemungkinan untuk kita menebus kembali sijil simpanan premium tersebut akan menjadi rendah.

2. Simpan Banyak vs Simpanan Konsisten.

Secara peribadi, saya merasakan simpanan secara kerap dan berkala adalah lebih baik daripada simpanan sekaligus yang banyak. Kenapa?

Sekiranya kita tidak fokus kepada jumlah, tetapi lebih fokus kepada jadual membeli SSP, kita akan lebih berdisplin untuk membelinya.

Kepentingan mempunyai jadual dalam membeli SSP ini ialah untuk memastikan kita sentiasa memperoleh nombor sijil baharu setiap kali pembelian dilakukan.

3. Beli BSN SSP Setiap Minggu.

Teknik ini sesuai bagi mereka yang mempunyai mesin ATM atau CDM BSN berdekatan dengan tempat tinggal atau tempat kerja. Pilih hari tertentu sebagai hari membeli SSP.

Contohnya pada hari Jumaat setiap minggu, atau mana-mana hari yang kita sendiri rasa selesa dan sesuai. Elakkan hari dan masa yang ramai orang di bank kerana ia membuang masa.

Tetapkan jumlah pembelian yang rendah supaya kita mampu melakukannya setiap bulan. Jumlah paling minima untuk membeli SSP BSN ialah RM 10.

Jika anda seorang pengguna perbankan internet Bank Simpanan Nasional, MyBSN, pembelian SSP boleh dilakukan secara online.

Baca: Panduan membeli SSP secara online.

4. Jadikan Tabiat Menyimpan Sebagai ‘Game’ yang Menyeronokkan.

Manusia pantang dicabar. Cabar diri sendiri dengan menetapkan sasaran menyimpan yang realistik. Tujuannya ialah untuk membudayakan diri dalam menyimpan dan menjadikannya sesuatu yang menyeronokkan.

CABARAN MENYIMPAN 52 MINGGU MENYIMPAN DUIT.

Seperti yang selalu diulang dalam blog ini, untuk membuatkan kita lebih berdisiplin dalam menyimpan duit, dua perkara diperlukan; sasaran dan time frame.

Dalam cabaran ini kita akan menetapkan tempoh masa 52 minggu sebagai jangka masa untuk menyimpan dan RM 13,780.00 sebagai sasaran. Caranya ialah seperti berikut.

  1. Pada minggu pertama kita akan membeli SSP BSN sebanyak RM10.00.
  2. Pada setiap minggu kita akan meningkatkan jumlah pembelian sebanyak RM 10.00.
  3. Bermakna minggu kedua kita perlu membeli SSP BSN sebanyak RM 20.00, RM 30.00 pada minggu ke tiga dan bertambah setiap minggu.
  4. Pada minggu ke 52 kita akan membeli SSP BSN sejumlah RM 520.00.
  5. Selepas 45 hari dari tarikh akhir pembelian, kita sudah mempunyai jumlah sijil simpanan premium BSN yang telah matang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 13,780.
Jadual menyimpan SSP BSN Cabaran 52 Minggu
Jadual menyimpan SSP BSN Cabaran 52 Minggu

Bagi memudahkan kita, sediakan jadual pembelian lebih awal dan cuba untuk komited kepada jadual tersebut. Jikalau ada minggu kita gagal mencapai sasaran, minggu itu adalah had menyimpan kita.

Setelah gagal, mula semula dan cuba atasi had yang berjaya dicapai sebelum ini.

Teknik ini tidak hanya boleh digunapakai dalam menyimpan secara membeli SSP BSN. Teknik ini juga sesuai digunakan dalam menyimpan di tempat lain, contohnya Tabung Haji atau Amanah Saham.

Nak Semak Keputusan SSP BSN?

APA NAK BUAT DENGAN RM 13,780.00 ?

Tetapkan tujuan menyimpan duit dari awal, supaya kita lebih bersemangat dan berdisiplin.

Sebagai contoh, kita ingin melaksanakan cabaran menyimpan duit 52 minggu ini sebagai tabungan mengerjakan ibadah haji,belanja untuk majlis perkahwinan, atau deposit membeli rumah.

Dengan ada sebab yang kukuh sebegini kita akan menjadi lebih serius dalam menyimpan dan akan berusaha memastikan sasaran menyimpan mingguan tercapai.

Find and recognize YOUR OWN big WHY, to keep you going..

Setelah jumlah RM 13,780.00 tersebut tercapai, tebuslah kesemua sijil simpanan premium itu dan laksanakanlah hajat kita.

Kelebihannya, sekiranya dalam tempoh 52 minggu tersebut kita bertuah dalam sebarang cabutan bulanan SSP BSN, sasaran kita akan tercapai lebih cepat dari jangka masa asal.

52 minggu hampir bersamaan dengan 10 bulan. Bermakna kita akan dapat menyertai 10 siri cabutan bulanan. Pada minggu ke 24 pula, kita layak untuk menyertai cabutan istimewa kerana jumlah simpanan SSP telah mencecah RM 3,000.00.

Pada bulan pertama dan kedua kita layak untuk cabutan bulanan (2 kali cabutan) dan pada bulan ketiga sehingga ke 10 (7 kali cabutan) kita layak untuk cabutan istimewa dengan hadiah RM 1 juta.

Sekiranya sijil kita terpilih sebagai pemenang utama pula, semestinya jumlah yang berjaya dikumpul menjadi berlipat kali ganda daripada sasaran asal kita.

5. Penyimpan Baru dan Lama Punya Peluang Yang Sama.

Kenyataan ini adalah berita baik bagi mereka yang baru menyimpan. Bagi yang telah lama menyimpan pula, apabila melihat orang yang tidak sampai setahun menyimpan menang, begitu sakit hatinya.

Rezeki tidak pernah terlewat, atau tersalah alamat, cuma tiada tracking number sahaja. Click To Tweet

Terimalah hakikat kemenangan dalam SSP BSN adalah rezeki semata-mata. Perbetulkan tujuan kita menyimpan bukan untuk menang, tapi adalah atas sebab the big why kita sendiri.

Menyimpan untuk sasaran asal kita, jika ada rezeki kemenangan kita bersyukur. Jika tiada, sasaran dan jangka masa menyimpan kita tetap tidak terjejas.

6. Kongsikan Tips Menyimpan Anda.

Terdapat banyak tips dan cara menyimpan yang boleh dipraktikkan. Tiada cara yang lebih baik dari yang lain. Setiap cara mempunyai kelebihan kan kelemahan masing-masing.

Apabila kita menghebahkan cara dan teknik kita menyimpan, kita secara tidak langsung memohon sokokngan individu di sekeliling kita. Mereka akan mengingatkan kita sekiranya kita tidak lagi mengikut konsep yang kita canang selalu.

Kongsikan di ruang komen tips anda menyimpan.

azwan

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.
azwan

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

30 thoughts on “Tips Menang SSP BSN (Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional).

  1. Assalam..saya nak tanya..kalau kita tebus sijil ssp akhir tahun ..seeloknya bulan berapa..kiranya dividen kita dibayar pada hari kita tebus ke…
    Kalau kita beli online ..hanya bagi ic je ke ..kat kaunter..

  2. Assalamualaikum… Saya nk tanye… 45hari kira termasuk sabtu n ahad ker??… Andai kate kite terlebih dari 45hari..duit kite boleh dapat balik ker x??….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge