Upgrade Tali Jam Seiko Solar Chronograph kepada Nato / Zulu Strap

Tali strap Nato zulu siap dipasang 1
Rancang masa untuk persediaan temuduga
Jam SEIKO berkuasa solar. Sebenarnya kuasa bateri, tapi jam ini ada solar panel yang cas bateri tu.

Jam ini mempunyi nilai sentimental pada aku. Hadiah dari madam wifey sempena aniversary kami. Lama aku pakai jam ni. Cuma aku tak pakai secara berhemah. Aku pakai secara lasak. Kerja pakai, berjalan pakai, duduk rumah pakai. Kadang-kadang mandi pun lupa buka.

Kenapa nak biarkan berkilat? Jam ini aku sayang, aku nak pakai selalu aku nak tengok selalu. Biar bercalar. Setiap garis calar itu seolah metafor kehidupan aku. Its not beautiful, but perfect. The scratch and dent make it invaluable, because I know, it’s always by my side throughout the joys. Most of all I know it’s been there throughout my hardship. Macam pemberinya, kan?

Ditakdirkan, tali jam ini rosak. Tersangkut pada carseat anak masa aku masukkan anak dalam kereta. Dah rosak, mestilah nak baiki. Dua tiga kedai jam aku pergi.

“Tak boleh baiki bang”

“Kena order, bang”

“Berapa lama?”

“Lama bang” Muka pun tak angkat.

“Harga pun mahal” muka aku tak de duit agaknya.

Kalau malas nak berniaga jangan buka kedai. Ye, aku tahu, jual jam baharu margin untungnya lagi besar dari repair jam. Dan jam aku bukanlah sampai macam jam menteri harga berpuluh ribu. Tapi pada aku, ia tetap mahal.

Masalahnya pada aku kecil. Semasa jam ini putus, springbarnya hilang. Boleh pulak kedai jam tak jual spring bar ye. Sapa yang tak tahu spring bar itu apa, refer pada gambar.

spring bar untuk jam casio
spring bar untuk jam SEIKO

Kedai jam kecil boleh repair, ada barang. Itu pun aku tahu setelah dua tiga kedai besar di pasaraya kata tak boleh repair. Tapi aku tak repair juga kat kedai kecil. Sebabnya? Aku dah decide nak repair sendiri. Kalau aku dah decide tu jangan harap la nak pujuk. Ala-ala merajuk la kononnya.

Order melalui ebay.

tali jam zulu strap nato strap daripada StrapCo
Inilah rupa NAto Strap/ Zulu strap yang aku order.

Okey, langkah pertama, aku order part melalui ebay. Sepasang springbar dan tali dari jenama StrapCo. Walaupun tali asal ialah metal link (tali jam besi), aku rasa nak ubah selera. Aku berminat dengan nato strap / zulu strap.

Dua dua ni benda yang sama. Tali jam biasanya ada dua part, tapi, untuk nato/zulu strap ni, tali tersebut bersambung. Maknyanya tali itu akan cover bahagian bawah jam sekali. Order dah buat, payment dah buat, so tunggu barang sampai untuk dipasang.

Sebelum nak order tu pastikan saiznya betul. Macam jam aku ni aku ukur pakai pembaris besi je saiz spring bar yang diperlukan. Ada juga peminat jam yang suka pakai saiz kecil sikit dari saiz sebenar.

Bagi aku, aku suka yang ngam-ngam. Kalau ada yang pakai model Casio Solar Chronograph macam aku ni, saiznya ialah 22mm, tak percaya ukur sendiri.

Zulu strap atau nato strap ini biasanya metarial dia ialah kain, nylon dan kulit. Pilih mana yang berkenan. Aku pilih nylon berwarna belang hitam kelabu dengan lining merah. Sebab rekabentuk jam aku ada bermotifkan sedikit warna merah. Walaupun aku beli di ebay, company ni ada website; www.strapsco.com. Aku order dan tunggu. Estimated time of delivery 21 April ke atas.

Pos Laju nak hantar barang, tapi tiada orang dirumah.

14/04/2016 bila balik kerja, aku tengok dalam peti surat ada surat cinta dari PosLaju. Khas untuk anda, tajuknya. Alamak, kena pergi ambil sendiri pulak. Tapi tak pe la, bukan jauh sangat pun Pejabat Pos tu. Tapi satu je aku pelik “sila ambil antara pukul 2.00 hingga 5.00 petang. The next day aku pergi jugak pagi. Pukul 8.30

“Maaf encik, barang ni blum sampai ke branch ni, masih ada kat pusat kurier” terang petugas kaunter yang sopan. Aku tak banyak cerita, dah tak de kat situ nak buat apa aku bising kan? Aku call direct pusat mel tu dan cakap aku nak ambil parcel tu direct di sana. OK. Tapi encik kena cepat.

So aku bergegas la ke sana, tak jauh pun. Masa sampai tu parcel aku dah masuk karung nak dihantar ke branch dekat rumah aku. Tapi pekerja pos tu bagus, dia tolong carikan juga dan berjaya jumpa. Tak banyak pun parcelnya, aku tak duduk area bandar, berapa ramai je la orang kampung aku pandai guna ebay. Akhirnya, bungkusan itu berada di tangan aku.

Membuka Bungkusan daripada StrapsCo.

Masa order tu aku order dua item. Strap (tali jam) dengan springbar (besi spring). Ye lah, dah rata-rata kedai jam di Malaysia ni jual dua benda tu berasingan. Bila bukak bungkusan tu, rupanya tali jam tu di pek sekali dengan spring bar, iku saiz yang aku pilih. So, kalau aku tak order spring bar tu pun tak pe.

Barang dah sampai, aku puas hati dan aku ada satu springbar extra.

Cara memasang tali jam Nato Strap @ Zulu Strap.

Semasa belum dapat zulu strap ni memang teragak-agak juga, pandai ke tidak nak pasang sendiri. Tapi bila dah pegang sendiri, baru rasa yakin. Memang senang pun, tengok semua ring tu boleh agak untuk apa. Tapi kalau nak lebih jelas, aku tunjukkan dengan panduan bergambar.

Mula – mula … Nato Strap ni talinya ada dua lapis. Satu lapisan panjang, untuk bahagian luar, dan satu lagi lapisan pendek untuk bahagian dalam. Cara pasang sila rujuk gambar.

Masukkan bahagian panjang Zulu Nato Strap ke celah spring bars
Masukkan bahagian panjang Zulu Nato Strap ke celah spring bars

 

Masukkan bahagian yang panjang ke celah kedua-dua ring yang pendek dari arah luar ke dalam.
Masukkan bahagian yang panjang ke celah kedua-dua ring yang pendek dari arah luar ke dalam.

 

Masukkan kembali tali tadi dari dalam ke luar, di antara kedua ring tadi supaya menjadi seperti dalam gambar.
Masukkan kembali tali tadi dari dalam ke luar, di antara kedua ring tadi supaya menjadi seperti dalam gambar.

Dah siap. Mudah kan? Kalau tak faham cuba perhati gambar tu. Macam mana pula nak pakai di tangan?

Cara memakai tali jam Nato Strap @ Zulu Strap.

Rujuk gambar di bawah. (Aku pakai di tangan kanan). Ada dua variasi, lipat ke luar, atau lipat ke dalam. Aku suka lipat ke dalam, nampak lebih kemas.

Contoh tali jam Nato Zulu dilipat keluar.
Contoh tali jam Nato Zulu dilipat keluar.

Ini pula contoh pakai dengan melipat hujung tali ke dalam.

Contoh lipat ke dalam. Nampak lebih kemas bila dipakai, sebab tak de yang terjuntai.
Contoh lipat ke dalam. Nampak lebih kemas bila dipakai, sebab tak de yang terjuntai.

Macam mana rupanya bila dipakai di tangan? (Tangan Kanan).

Tali strap Nato zulu siap dipasang 1
Tali strap Nato zulu siap dipasang

Boleh refer video kat youtube ni kalau tak faham instructions di atas.

JADI, TAMATLAH PROJEK DIY AKU PADA HARI INI…

Mereka yang membaca artikel ini turut membaca artikel berikut;

One thought on “Upgrade Tali Jam Seiko Solar Chronograph kepada Nato / Zulu Strap

  1. Wah.. bestnya.. bila baca entri ini, baru teringat.. dah lama tak pakai jam tangan.. jam tangan yg ada simpan jer dekat rumah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge